Friday, January 14, 2011

PRAPPPPP!!

“Praaaapppp” Tiba-tiba satu bunyi kedengaran seakan datang dari belakang rumah.
“Bang! Bunyi apa tu bang?” tanya Senah mengejutkan suaminya sambil memerhatikan sekeliling.
“Bunyi apa? Sy tak dengar bunyi apa pun? Sy baru je nak terlena, awk dah kacau..tak ada apalah yang. Awk tidur jelah” jawab Aman yang jelas masih mengantuk.
“Sy memang dengar tadi tu bang..Macam daripada belakang rumah kita je bang?”Senah masih keresahan kerana suaminya seperti tidak percaya dengan kata-katanya.
Selang beberapa minit kemudian, sekali lagi bunyi itu kedengaran.
“Yang…! Bangun yang. Sy dengar bunyi tu…” kali ini Aman pulak yang mendengar bunyi itu.
“Abang ni, tadi sy dengar abang tak percaya…ni sy tengah tidur, abang kacak sy pulak. Kalau nak kacau pun pagi esoklah Bang” mata Senah layu sambil menepis2 tangan Aman yang tak berhenti mengejutnya.
“Abang tak tipulah yang..Kali ni memang abang dengar. Bangunlah yang..Abang nak pergi tengok sekejap kat belakang” Aman seperti ingin tahu darimana bunyi itu berasal.
“Tak payahlah bang. Senah takut sorang-sorang. Jom kita tidur tengah-tengah. Dah pukul 1 pagi dah ni..” Senah seperti keberatan untuk tinggal keseorangan.
“Okaylah..” Aman bersetuju dengan cadangan Senah sambil menarik selimut dan mengesot punggungnya ketengah dan kemudian…..
“Praaappppppp!!!” Satu lagi bunyi tapi kali ni lebih kuat.
“Arghhhhhhhh” jeritan Aman dan Senah serentak memecah kesunyian malam itu.
Malam itu Senah dan Aman terpaksa tidur di kerusi ruang tamu kerana katil mereka tidak dapat digunakan lagi.

4 comments:

  1. huhuhuhu....
    kecoh jer dengar bunyik kat blakang
    padahal kat bwh bdan dyorang sndri
    hahahahahahaha~~~
    agak sengal ini pasangan

    ReplyDelete
  2. haha..
    lawak betul la...
    lain kali beli katil besi..

    ReplyDelete
  3. haha.. berat bebenor ke mereka2 tu ?:)

    ReplyDelete
  4. nurkaloi - tulah bila takut, bunyi katil pun disangka bukan2.
    a big girl - katil besi bunyi dia lagi menakutkan.
    jeely jelly - diorang maybe tak berat, katil tu yang tak boleh tampung..:-)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails