Monday, January 10, 2011

ONCE UPON A TIME AT PETROL STATION

Petang tadi sewaktu sy mengisi minyak di stesen minyak Petronas, tiba-tiba sy terlihat seorang pekerja daripada Bangladesh yang memang dah lama sy kenal kerana sy selalu isi minyak di stesen situ. Suatu ketika dulu, dekat mana-mana saja kita pergi samada stesen minyak, kedai makan, kedai perabut.. mesti ada pekerja daripada bangladesh terutamanya sebelum kerajaan menghadkan kemasukan mereka dan kebanyakan daripada mereka sebenarnya adalah graduan-graduan U disana.. macam tak percaya tapi itulah yang diberitahu kerana disana tidak mempunyai kerja-kerja kosong dan gaji yang murah berbanding dengan gaji sebagai attendant pam minyak di sini yang lebih mahal daripada gaji bekerja pejabat di sana. So sy berbuallah dengan pekerja Bangladesh ni sementara mengepam minyak, kenapa dia masih bekerja di Malaysia sedangkan ramai rakan dia dah balik ke Bangladesh, so dia cakap dia masih diperlukan tetapi akan balik jugak kesana tahun ini..sy tanya lagilah, boleh ke survive bekerja di Malaysia sambil menyimpan sebab tolak sewa, tolak makan, tolak transport dan macam2 lagi..so dia cakap, makan dia masak dan barangan basah beli stock seminggu, transport tak ada sebab dia naik basikal dimana rumah sewa dia dalam 3 km jauhnya, Sewa rumah dia kongsi 12 orang dan hanya bayar RM50 sebulan....Gaji dia sebulan RM800 ke RM1,000 dan tiap2 bulan dia hantar duit kepada parents dia sebanyak RM600. Terfikir sy bagaimana kita yang mendapat gaji lebih daripada mereka tapi nak menyimpan RM100 sebulan pun susah...apalagi nak menghantar duit ke parents kita? Mungkin kos atau perbelanjaan kita tidak sama dengan diorang tetapi cuba bayangkan kalau kita bekerja di tempat orang, adakah kita akan membuat perkara yang sama?

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails