Tuesday, January 4, 2011

LAGENDA BUDAK SEKOLAH

Aku adalah aku. (Bukan nama sebenar) Kisah ini merupakan kisah aku (Bukan kisah sebenar ) yang telah aku alami semasa aku bersekolah dulu. Aku memang terkenal dikalangan rakan-rakan ku sebagai “Mat Jiwang” sebab aku ni memang handsome giler dan aku sukakan puisi2 serta aku pantang kalau tengok perempuan cantik, mesti aku nak tackle. Pelajaran? Aku tak kisah sangat sebab mak bapak aku kaya. Diorang merupakan usahawan pembekal kaya di kedai2 roti. Cikgu2 semua memang respect dengan aku sebab walaupun aku tak pernah jenguk buku, tapi aku selalu lulus dalam exam walaupun cukup2 makan. Guru Besar Sekolah merupakan kawan baik aku sebab anak perempuan dia girlfriend aku walaupun anak dia tak pernah kenal aku. Setiap kali waktu rehat, aku diberi layanan istimewa oleh pengusaha kantin dengan memberikan aku makanan terlebih dahulu daripada mereka yang beratur panjang sebab kaya-kaya yang diorang dapat tu semua free daripada mak bapak aku. Aku kesekolah tak pernah jalan kaki. Aku ada driver sendiri. Mungkin anda selalu lihat kenderaan yang boleh bukak dibahagian atas, kenderaan aku semua bahagian boleh bukak..orang kata open air. Pak Seman dengan becanya selalu sampai on time tiap2 pagi. Kat sekolah, port yang selalu aku suka lepak adalah bahagian tandas, sebenarnya hampir setiap hari aku berada disitu kerana aku selalu kena denda cuci tandas sebab tak buat kerja sekolah. Bagi aku, dah nama kerja sekolah, sekolahlah yang buat kerja..buat apa aku yang kena buat. Berbalik pasal kisah perempuan cantik, dalam ramai2 aweks yang aku tackle, ada sorang awek ni nama dia fasha sandar. Dia ni selalu suka menyandar kat dinding sambil satu kaki di letak kat tepi dinding. Hubungan aku dengan dia hanya bertahan 1 hari sebab lepas aku cakap aku nak tackle dia, dia terus belah macam tu je. Sorang lagi awek yang aku suka ialah Nora Varnish. Dia ni suka sangat warnakan kuku dia. Hubungan aku dengan dia bertahan lama sikit, 2 hari. ..Ok. Aku stop disini dulu. Cikgu Besar panggil aku. Sekarang ni aku dah pun bekerja dan aku bekerja di Sekolah yang aku belajar dulu sebab aku nak berbakti kepada sekolah yang banyak berjasa kepada aku..walaupun hanya sebagai pengawal keselamatan. 

2 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails