JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, January 11, 2011

KENAPA RAMAI BLOGGERS TIADA RUANGAN CHAT?

Samada anda perasan atau tidak, kebanyakkan bloggers yang mempunyai follower lebih daripada 5,000 orang tidak mempunyai shoutbox @ shoutmix. Kenapa ye? Apakah relevennya disebalik ketiadaan ruang chat tersebut? Atau mungkin sebelum ini memang ada ruangan itu tapi setelah mempunyai follower yang ramai, maka diorang delete? Nak tanya si Hanis ke, brother Ben ke, Irene ke...tak ada shoutmix nak tanya :-) Mungkinkah dengan ketiadaan chatbox akan membuatkan kita terpaksa memberi komen sebagai alternatif untuk chat? Anda ada jawapan untuk itu? Semasa sy membuat blogcomment dulu dalam Jom komen-komen, sy ada singgah blog-blog yang mempunyai ramai followers..kira yang taraf otai lah dan rata-rata blog diorang tiada chat column ( atau mungkin ada, cuma sy tak nampak..if that case, mintak maaflah ye..) Atau adakah ruangan chat ini hanyalah semata-mata untuk menaikkan traffic sekali gus menaikkan rating PPC kita? dan mereka tidak memerlukan  itu semua kerana bagi mereka blogging is blogging. Nothing to do with PPC and traffic...atau traffic jugak bergantung kepada berapa kerap kita membuat entry dalam sehari? Mungkin pakar-pakar bloggers ada jawapan untuk itu. Apa pendapat anda?
p/s : Sy pernah terbaca salah satu entry bro Ben beberapa bulan yang lepas yang salah satu kenapa ramai yang mengikuti blog dia adalah kerana dia sentiasa update entry dia 3 - 5 sehari supaya follower sentiasa dapat mengikuti perkembangannya.

10 comments:

  1. Salam..

    Blogger buang cbox atas beberapa sebab. Tak sanggup nak balas kunjungan sebab terlalu ramai yg berkunjung. Satu lagi sebab adanya penipuan trafik. Dgn membuka hanya 1 blog khas, jejak boleh ditinggalkan di banyak cbox. ini merupakan penipuan dalam trafik.

    Teratak Usang

    ReplyDelete
  2. ada jugak yg tak ada chatroom tu sebab nak orang komen kat entry dia saja..
    pendapat saya saja ;)

    ReplyDelete
  3. Ada bloggers yg tak suka bila ada pengunjung yg salahgunakan ruangan cetbox tu... Atau mungkin juga satu cara supaya dorang dapat bnyk komen.. Ye la kan, nak tegor owner blog tak tau kat celah mana nak tego, so terpaksalah tego kat ruangan komen.. Barulah nampak bnyk sikit pengomen... hahaha...

    Pada akak, sukahati masing2 la samada nak letak ataupun tak cetbox tu... Jgn tinggalkan url atau ayat yg kotor2 dah la...

    ReplyDelete
  4. azilas - sy pun biasa dengar penipuan traffic ni, bukan setakat bw sj, tapi komen pun ada jugak penipuan..
    mary ann - maybe salah satu sebabnyalah sebab tu kita tgk banyak komen bila tak ada chat column
    kak Azz - betul jugak, kalau dah banyak kan..mana nak layan ..apapun, jika org bw cara baik, kita balas baiklah kan...

    ReplyDelete
  5. dorg yg pemes xnk ada shoutmix sbb ramai anonimos salu kacau

    ReplyDelete
  6. ye lah..saya pun perasan ramai yang followers nya ramai takde shoutbox...stratgi lah tu..agaknya...

    ReplyDelete
  7. myaby - ooo kira nak privacy lah ni..
    ummiarissa - mungkin jugak ummiarissa...

    ReplyDelete
  8. diorg nyer trafic tinggi kot...iyer ler kalo satu hari beribu, x daya nk balas kunjungan... tue yg buang kot,takut org kata sombong x dtg singgah..

    ReplyDelete
  9. Syah stuju klu ianya taktik utk tarik pengunjung bg komen kt entry sbb duk kunjung2 xde tempat nk letak link..so komen jela..mungkin sblum jd otai pun, mybe mereka da jumpa taktik ni..tu psl rmi pgunjung...pendpt Syah je..

    ReplyDelete
  10. Rush D - betul jugak tu..tapi kalau traffic tinggi bukan ke menolong diorang punya ranking?
    Pendapat Syah - Mungkin betul jugak tu. Mungkin ada perbezaan antara bw dengan comments dari segi rating and ranking.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails