JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, January 10, 2011

CINTA TIDAK MENGENAL USIA

Masih ingat pada entry sy yang lepas mengenai adakah cinta dibatasi usia? Mengenai masalah rakan sy yang berumur 32 tahun bercinta dengan bossnya yang berumur 45 tahun. OK, sebelum ni sy ada menasihatkan dia jika mereka dah fikir masak2 tentang masadepan, tentang anak ( kerana bossnya berumur 45 tahun, so risiko untuk mendapat anak tu mungkin 50-50 dan mendatangkan kemudaratan kepada si ibu dan anak jika boss dia tu mengandung ), tentang penerimaan keluarga masing2 dan jugak rakan-rakan diorang. Kalau diorang sanggup, maka teruskanlah dan sy jugak menasihatkan supaya diorang cuba untuk menyakinkan keluarga masing2 bahwa perhubungan mereka boleh bahagia walaupun dengan perbezaan umur yang ketara.
So semalam kawan sy tu call sy dan beritahu keadaan dia dan boss dia sekarang. Boss dia a.k.a girlfriend dia tu dah tender resignation letter, berhenti daripada syarikat tu..seingat sy dia tu memang dah lama bekerja disitu. Katanya boss dia tak mahu nanti ada orang akan memburukkan keadaan, jadi salah seorang daripada mereka kena berhenti dan tak sangka boss dia yang nak berhenti. Buat masa ni dia cakap boss dia tak ada terfikir untuk bekerja kat mana-mana. Berkenaan dengan keluarga, so far tiada bantahan daripada keluarga boss dia tapi ada sedikit masalah daripada keluarga kawan sy, walaupun mereka membantah tidak, terima pun tidak. Tapi sy dah nasihat untuk bersabar dan berusaha untuk lebih menyakinkan mereka kerana restu ibubapa tu penting. So, so far so goodlah keadaan diorang berdua…
Kadangkala terfikir jugak sy, apa yang dilakukan oleh boss dia tu sudah menunjukkan betapa dia sayangkan kawan sy, sanggup berhenti padahal dia dah lama bekerja disitu.. memang cinta tidak mengenal usia.

5 comments:

  1. begitulah hebatnya cinta tak kenal usia..hehe

    ReplyDelete
  2. yaaa.. setuju..
    boss tu a.k.a girlfriendnya tu ikhlas..

    ReplyDelete
  3. Perspektif SYAH - macam siti dgn datuk K lah ye?
    a big girl - harap2nya macam tulah..emmm sy nak masuk kat yr blog tak dpt, maybe url salah kot. nnt bagi yang url sekali lagi ye kalau awk baca msg ni

    ReplyDelete
  4. ... dan cinta jugak memerlukan pengorbanan santai... kalau hati dah sayang, bukan setakat berhenti kerja... apapon akan direla demi bukti cinta sejati... :)) hehehe... berbunga2 di pagi hari nak masuk tengahari dah

    ReplyDelete
  5. rizman's sweetheart - mendalam tu...dalam ada makna :-) but itulah kenyataannya. Tak pe, biarkan berbunga banyak2, sebab sekarang musim hujan, susah nak jumpa bunga.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails