Monday, January 10, 2011

BILA SATU MASA MINAT KERJA DAH HILANG

Bila datang idea ni tak boleh buat apa, tengah kerja pun kena berhenti sebab nak menaip apa yang terlintas difikiran, kalau disimpan, walaupun kita tahu sipnosisnya tapi tak sama semasa  kita menaip spontan. Kebanyakan entry yang sy tulis memang spontan..sebab tulah kadangakala, bila entry dah keluar pun boleh edit balik sebab ada silap situ sana sini.
Oleh sebab hari ni sy tak lunch, cuma makan lepat pisang dengan roti serta air milo buat sendiri..emm kira lunch ke tu? So masa lunch tadi sy pergilah jalan2 untuk menghilangkan ngantuk kerja. Suasana pulak baru nak redup...( masa taip ni hujan dah pun turun ) dan tiba-tiba sy terlihat satu kedai ni baru dah tutup. Kalau tak salah sy, kedai serbanika ni baru je bukak beberapa bulan yang lepas, dah tutup dah!! Sy tengok dalam dah kosong dah. Pernah dulu ada jugak cita-cita sy kalau dah sampai tahap boring nak bekerja makan gaji, ingatkan nak bukak satu bisnes kecil-kecilan, ialah dah tak ada tekanan dan nak kejar dateline lagi, boleh berblogging 24 jam :-) ke buat blogcomment..
Tapi bila tengok pada keadaan sekarang ni dengan harga yang sentiasa turun naik, even kedai serbanika pun boleh tutup tak sampai 6 bulan beroperasi...bisnes apa yang sesuai ye?

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails