Tuesday, January 11, 2011

BILA KEJUJURAN MULA HILANG

Kita selalu dengar bahwa dalam satu2 perhubungan itu yang penting adalah kejujuran dan bila ada kejujuran maka kebahagiaan akan dapat dikecapi. Tapi bolehkah kita mencari seseorang yang jujur pada masa kini seratus peratus? Sama sekali tidak!!Bagaimana dengan 99%? 90%? 80%? Lihat mata pasangan anda sekali sekala…renung dalam-dalam dan bertanyakan kepada nya adakah dia jujur selama ini? Nanti anda nilaikan sendiri daripada reaksi dia…:-)
Entry ini sebenarnya berkaitan dengan cerita yang akan sy ceritakan mengenai rakan sy yang satu ketika dahulu mempunyai seorang isteri. Isterinya bagi saya memang cukup setia. Sebenarnya pendek cerita isterinya adalah orang Kedah dan kawan sy ni orang Johor. Waktu kami ada company trip di Genting Highland, company isteri dia pun ada company trip jugak dan mereka bertemu di sana. Tak sampai seminggu, diorang bertunang dan akhirnya berkahwin. Kawan sy ni sebenarnya seorang yang pendiam dan cukup tidak suka bersosial mahupun keluar dengan rakan2…walaupun semasa dia masih bujang. Jadi anda boleh bayangkan yang hidup mereka suami isteri.. of coz bahagialah sebab mereka berdua saja. Pendek cerita lagi…mereka dikurniakan 4 orang anak. Tahun ke 8 perkahwinan mereka, kawan sy mula berubah sedikit demi sedikit, bukan kerana perasaan terhadap isterinya berubah tetapi sifatnya yg mula mudah suka pada perempuan lain…( opsss kira berubahlah tu ehhh) ini semua berpunca daripada dia dinaikkan pangkat dan terpaksa ikut boss untuk any function atau dinner dengan cliets.. So lama kelamaan, isterinya sudah dapat menangkap perubahan sikap kawan sy ni namun ditepis dan dinafikan dengan sekeras2nya oleh kawan sy tapi setakat mana dia boleh bertahan dengan menyembunyikan realitinya.. daripada pergaduhan kecil dan akhirnya mereka bercerai. Kini bekas isterinya balik dan menetap di Kedah bersama 2  daripada anak mereka manakala kawan sy masih di company yang sama bersama dengan 2 orang anak. Kedua2nya masih belum kahwin dengar cerita dan sy ada dengar yang kawan sy masih dalam usaha untuk memujuk dan merujuk bekas isterinya itu…What do think?  

2 comments:

  1. salam,

    kalau rujuk balik tu bagus lah... kesian kat anak2 mereka, tak pasal2 anak dorang berjauhan dgn adik beradik sendiri.
    semoga mereka disatukan semula, tapi hati wanita bila dah kecewa susah nak diubat, tapi kadang2 hati wanita begitu lembut dan mudah memaafkan.

    ReplyDelete
  2. yupp...biasanya dalam kes macam ni, memang anak2 yang jadi mangsa..kalau berlarutan sampai ke besar, tulah yang jadi jejak kasih.
    Kalau hati wanita dah kecewa dan susah nak diubati, ada cara ke untuk mengubatnya?

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails