JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, January 19, 2011

BELAJAR DAN KERJAYA

Beberapa hari lepas, sy dapat call daripada rakan lama sy yang sama2 study kat UiTM Shah Alam dulu. Dia ambik course Accountancy. So dalam borak2 tu dia beritahulah sekarang dia tengah buat free lance sejak berhenti dulu disebabkan company dia tutup. Sejak tu dia cakap memang susah untuk mendapatkan kerja walaupun dalam paper berlambak kerja kosong. Daripada 300 application dia applied, cuma 2 je yang jawab. Itupun jawab permohonan dia tak berjaya, bukannya dapat gi interview ke atau sekurang-kurangnya dalam perhatian ke.. So sebab putus harapan, dia kerja through online je dengan buat printing work, kira jauh menyimpang daripada kursus yang dia belajar.
So isunya kadangkala, apa yang kita belajar tidak semestinya kerjaya yang akan kita dapat kelak sealiran dengan ijazah yang kita genggam. Mungkin semasa belajar kita sudah merangka dan membuat perancangan tentang kerjaya kita, tapi dalam masa yang sama kita harus jugak membuat plan contingency andaikata apa yang kita rancang tidak menjadi. Kata orang, sediakan payung sebelum hujan.
Ada jugak orang berkata, kerja sekarang tak boleh memilih, apply je mana-mana yang kosong, janji dapat. Lepas tu barulah fikir the next step. Ada jugak betulnya, tapi bagaimana selepas tu kita sudah mula sukakan kerja tu?
Ada jugak para ibubapa yang sudah mula memilihkan kerjaya atau cita-cita untuk anak-anaknya daripada kecik, contohnya jadi doktor, lawyer, akauntan, akitek, pakar IT dan macam-macam lagi, tapi apabila anak-anak diorang mendapat keputusan yang kurang memberansangkan dalam peperiksaan sekolah, mulalah berkata macam mana nak jadi doktor kalau result macam ni? Macam mana nak jadi pilot kalau result cukup makan je..? Ada pakar kanak2 mengatakan, sewaktu zaman sekolah rendah, biarkan anak-anak kita belajar dengan seronok tanpa membebankan mereka dengan keinginan dan perancangan kita. Biar kesedaran itu timbul dengan sendirinya bila mereka tahu apa itu cita-cita mereka yang sebenarnya. Itu kata pakarlah. Anda? 

2 comments:

  1. "sewaktu zaman sekolah rendah, biarkan anak-anak kita belajar dengan seronok tanpa membebankan mereka dengan keinginan dan perancangan kita. Biar kesedaran itu timbul dengan sendirinya bila mereka tahu apa itu cita-cita mereka yang sebenarnya."

    memang setuju sangat dengan fakta ni.. sbb dulu arwah parents xde paksa2 belajar gila2.. alhamdulillah bila dah lama2, diri sendiri yg sedar betapa penting nya belajar & ilmu ni.. :D

    ReplyDelete
  2. setuju..jgn paksa anak2...tension kot..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails