Wednesday, January 26, 2011

ANTARA 'NGANGKUNG' DAN 'DAMPING MALAM'

Semalam oleh kerana sy balik awal ke rumah, sempatlah sy tengok cerita ‘Ngangkung’ dan ‘Damping Malam’ di Astro kerana kedua-dua cerita ni sy tak sempat nak lihat di panggung..Bukan setakat tak sempat, memang dah lama sangat sy tak ke panggung, banyak sy lihat cerita melalui DVD. Sebenarnya sy menjangkakan dapat melihat sebuah cerita komedi dan sebuah cerita seram tetapi hampa, Cuma cerita ‘Ngangkung’ saja yang bagi sy ada kombinasi komedi, seram dan pengajaran. Walaupun komedinya tidak banyak tetapi bila datang part komedinya tu, memang sy gelak habis terutama part permulaan bila masa hantu  perempuan tu dok meraba2 dada si Angah Raja Lawak kerana dada Angah tu bergoyang2.. Bagi sy cerita ‘Damping Malam’ hanya banyak unsur suspens tapi semuanya seperti sudah dijangka daripada awal dan tak banyak unsur2 seram, entah kenapa sy rasa cerita ‘Ngangkung’ lagi seram daripada ‘Damping Malam’. Bagaimanapun, ada rakan sy berkata bahwa cerita Khurafat arahan Shamsul Yusof memang menyeramkan. Anda dah menonton cerita tu ke? Dalam banyak2 cerita yang pernah anda lihat, cerita apakah yang anda rasa cerita paling seram... maksud sy cerita melayulah....  Jangan bandingkan cerita daripada Indonesia, Thailand, Korea atau Jepun yang memang terkenal dengan cerita seram diorang...

7 comments:

  1. alamak....mina jarang tgk cite seram...cite congkak kot....mina punye habit kalo tgk cte seram haruslah off kn bunyi...just tgk cte la...n mulut gerak2...kahkahkah...sengal.

    ReplyDelete
  2. KUREKURE COMEL - tu dah kira macam hantu bisu dah tu..tiba-tiba je muncul tanpa suara :-)

    ReplyDelete
  3. hmm tk berapa suka ngangkung entha kenapa huhu

    ReplyDelete
  4. Daniela - Ni mesti pelakun dia tak handsome ni :-). Ada sebab2 tertentu ke?

    ReplyDelete
  5. da tgk ngangkung..rase bese2 je..agak plik cmne ley dpt kutipan berjuta2..tp diakui msg yg dipaparkan cgt mndalam..n utk damping mlm saye blom tgk ag..:D

    ReplyDelete
  6. dua2 cerita pun x tengok lagi. tapi mak saya cakap, cerita ngangkung tu cerita hantu yg kelakar. so tak seram pun

    ReplyDelete
  7. Nurul - rasanya memang kira macam biasa je..
    Siti Radz - ooo tak seram yee, cuma tgk part dia tgh makan, lepas tu tiba2 dia tengok bawah meja..:-)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails