JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, January 28, 2011

AKU LUPA! AKU LUPA! AKU LUPA!

Bila baca tajuk diatas bagi yang menonton rancangan Astro Raja Lawak mesti akan teringat salah seorang pesertanya bernama Nadzmi yang menggunakan trademark aku lupa. Tapi sy bukanlah nak menceritakan ttg Raja Lawak, Cuma nak berkongsi kisah-kisah benar sy yang berlaku pada satu masa dahulu. Antaranya adalah:
Kisah Pertama
Masa tu kira sy baru sebulan menjejaki kaki ke sekolah berasrama penuh, jadi memang kena rajinlah kesurau sembahyang berjemaah, kalau tak, sure senior akan kenakan kitaorang. Satu hari tu, entah macam mana saya sakit perut, jadi sy lambat sikit nak ke surau. Bergegas sy pakai baju, pakai kain, pakai songkok dan terus ke surau. Sampai je disurau, sy lihat semua dah start sembahyang, lalu sy pun terus masuk saf dan angkat takbir. Selepas ruku’ dan berdiri untuk sujud, bila sy dengar imam membaca “Allah….” Sy pun teruslah ikut sujud..tapi sy hairan kenapa orang lain tak sujud, rupa2nya tengah rakaat ke 2 sembahyang subuh, Imam tengah baca doa qunut…..!!
Aku lupa!Aku lupa!Aku lupa
Kisah Kedua
Masa sekolah rendah dan menengah, sy memang aktif bersukan terutama dalam lumba lari. Bukanlah sy juara, tapi setakat tempat ke 2 dan 3 tu biasa bagi sy :-) So bila ada acara lari, semua acara sy masuk. Masa sy darjah 6, sy ambil bahagian acara lari 100m, 200m, 800m dan lompat tinggi. So hari tu selepas sy lari dan mendapat tempat ke2 dalam acara lari 100m, lepas tu sy kena ambil bahagian dalam acara 800m pulak.  Tiba-tiba announcement berbunyi “ jomsantaisekejap daripada rumah hijau lorong no 4” wah..kelam kabut sy terus ke lorong no 4 untuk ready lari. Bila pengadil menembak pistol mainannya tu, sy pun berlari macam biasa seperti Usain Bolt berkulit cerah, nafas kena tahan, maintain dan pandang ke depan selaku seorang juara. Sesampainya jarak 200m sebelum garisan penamat, sy terus mengumpul tenaga dan berlari sekuat hati  meninggalkan peserta lain yang seperti merelakan sy dan seperti tidak mahu mengejar. Sambil berlari pantas ke garisan penamat sy mengangkat tangan kegembiraan kerana menjadi juara…tapi orang lain bersorak-sorak boo booo boo….rupa-rupanya masa tu acara 1500m, sy dok ingat acara 800m..sy lupa sy ada ambil bahagian dalam acara 1500m… Sy dengan segan silu meneruskan larian dan akhirnya mendapat tempat ke 3.
Aku lupa! Aku lupa! Aku lupa!
Kisah ketiga
Waktu ni sy dah bekerja. Satu hari selepas habis meeting di Shah Alam, tiba-tiba boss sy call dan menyuruh sy berjumpa dengan seseorang di Petaling Jaya untuk mengambil dokumen penting kerana despatch hari tu cuti. Selesai sy berjumpa dengan orang itu, boss sy call lagi ( macam tahu2 je sy baru lepas jumpa orang tu) dan menyuruh sy menggantikan dia untuk meeting di Damansara. Oleh kerana letih dan lapar teramat sangat, lagipun ada masa sejam lagi sebelum meeting, maka sy oun singgahlah ke salah sebuah food court di Damansara. Lepas order dan ambil makanan, sy pun cari tempat duduk, rata2 dah penuh dan kesemuanya perempuan. Sy terfikir, kat Damansara ni ramai pekerja perempuan ke? Tak kisahlah, lalu sy duduk tempat yang orang baru beredar masa tu…Tiba-tiba sy terdengar ada seorang perempuan sedang berbisik dengan rakan sebelahnya..”Dia ni tak pergi sembahyang Jumaat ke?” Ya rabbi…hari tu hari Jumaat rupanya
Aku lupa! Aku lupa! Aku lupa!
Anda pernah terlupa? 

13 comments:

  1. fda sangat selalu terlupa... kekadang lupa kat mana fda letak satu2 barang tu. pastu mulalah emo2 carik tak jumpa

    ReplyDelete
  2. hahahahahah
    awak nie lawak lar!!
    aku lupa!!
    saya pernah lupa....
    sepatutnye kelas cancel..
    pastu saya g plak...
    pensyarah tu tegur...
    ekau tak dtg kelas ke ari tu?
    kan saya dah ckp tade kelas mggu nie..
    hoho malu giler

    ReplyDelete
  3. patutlah banyak gak yg buat entri pasal lupa nie. rupanya penangan raja lawak. sy dah lama tak tengok tv. hik3. dah namanya manusia kan. memang lupa :D

    ReplyDelete
  4. fda - harap semua tu barang2 kecik, manalah tahu kalau sampai kereta pun tak ingat letak mana, kan naya :-)
    Daniela - hahaha nasib baik kelas aje, kalau exam, tak naya ke tu..
    zirconia - memang dia ni akan selalu buat satu ayat sebagai trademark..biasalah, cikgu mana ada masa :-)
    Mujahadah - thousand times...siap boleh ingat berapa kali terlupa tu..:-)

    ReplyDelete
  5. lawak la bc entry nie,nk gelak jek tau...hehehe..
    sy nie cm fida la,cpt lupe mne letak brg2...kdg2 smpi nk gadoh2 ngn adik2..sbbnya xjmpe n berkeras tue kate ingat...haha,sudahnya ada kt tmpt lain..

    (^_^)v

    ReplyDelete
  6. :.noRuL.: - ooo kira lupa letak barang kat manalah ni...nasib baik barang je, kalau dah kahwin nanti, kalau drop by suami kat mana-mana, jangan lupa pulak :-)

    ReplyDelete
  7. refer kisah dua:
    sy ingt lg sorg budak perempuan ni, masuk lari juga. sama mcm tuan blog.
    sampai kat garisan penamat, dia stop lari sebab ingat dah habis padahal kena pusing lagi tu.
    tapi dia menang juga. kalau tak silap sy la. memang serupa punya kisah.

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Hehehe... Lawak jugak awak nih. Especially Kisah #2 tu. Siap angkat tangan, konon juara ek... :P

    ReplyDelete
  9. dina slalu lupa mybe trmkn semut kot uhuk3

    ReplyDelete
  10. Lupa yg ke3 tu memangla lupa yg kronik yg sama je alasan dgn hubby i bila dia tak g semayang jumaat...

    ReplyDelete
  11. a big girl - entah2 perempuan tu awk kot?
    Siti Radz - memang juara, masa tulah...bila tahu tersilap, terus hilang perasaan juara tu...
    dina darwina - kenapa orang selalu cakap kalau makan semut mestu mudah lupa? Ada story ke pasal tu?
    Wan Hafisah - hahaha..kira sy ni katogeri kronik lah ye...Dr kronik kot:-)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails