JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, October 31, 2010

PLAZA MASALLAM TUKAR NAMA

Tukar nama + sambut Deepavali
Semalam sewaktu berjalan-jalan ke Plaza Masallam, sy terlihat beberapa pekerja sedang sibuk menggantungkan signboard nama baru bagi Plaza Masallam. Patutlah sejak beberapa bulan yang lalu plaza tu sibuk dengan renovation sana sini dan banyak jugak kedai-kedai baru yang tumbuh macam cendawan termasuk restoran2 seperti wind mill, old town white coffee, sahara, subway dan lain-lain. Opsss lupa pulak nak beritahu ianya telah ditukar nama kepada Plaza Shah Alam so no more Plaza Masallam. Bila cakap pasal Plaza Masallam ni pasti teringat tragedi melibatkan kes seseorang terbunuh daripada tingkat berapa sy tak ingat. So agaknya sebab tu kot diorang tukar nama untuk memberi nafas baru darisegi nama dan juga kepelbagaian kedai2 di dalamnya. So bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Plaza Masallam...opsss Plaza Shah Alam, sila2lah datang berkunjung ye....tapi belum nampak ada sales setakat ni.

KATA ORANG DIAM TANDA SETUJU

Bagilah aku ketenangan untuk buat keputusan
Kita selalu pernah mendengar ungkapan2 seperti “..aaaa kalau diam tu maknanya setujulah tu” dalam kehidupan seharian kita terutama dalam situasi merisik atau meminang seseorang. Tapi sejak akhir2 ini banyak pulak kena dengar kes putus tunang atau melarikan diri kerana tidak mahu meneruskan majlis perkahwinan,  batal perkahwinan disaat-saat akhir dan macam2 lagi. Dimanakah letaknya persetujuan yang telah dicapai sebelumnya? Mungkin ada sebab musabab mengapa ianya terjadi… tetapi kenapa perlu sampai putus tunang atau membatalkan majlis disaat2 akhir? Kenapa tidak daripada awal lagi jika sudah nampak ketidakserasian di antara mereka? Kenapa semasa merisik atau meminang hanya mendiamkan diri  jika hati tidak berkenan. Kadangkala bila sudah setuju, banyak pihak yang terlibat dan masing-masing bertanggungjawab untuk meneruskan hubungan atau ikatan yang telah dimenterai sehingga terbinanya sebuah masjid atau perkahwinan yang dirancang. Diam daripada awal bererti semuanya sepatutnya berjalan dengan lancar…. Jika diam memberi seribu makna, maka pasti seribu keadaan jugak yang akan terhasil dikemudian hari….kata oranglah.

Saturday, October 30, 2010

IS NOT ABOUT INSURANCE, IS ABOUT RENSPOSIBILITY

Oklah…back to the story. Macamana bumper kereta sy boleh kena langgar. Beberapa minggu lepas, sewaktu sy berhenti kat traffic light, tiba2 sy terdengar orang menjerit “Oiiiiii!!!” dan kemudian terdengarlah satu hentaman dibelakang kereta sy. Bila keluar tengok satu motor dah tersadai kat belakang kereta dengan 2 orang terguling kat tepi jalan. Pada mulanya sy ingat sorang tu penunggang dan seorang pembonceng. Tapi bila2 tiba2 sorang ni bangun dan terus marah pada sorang lagi yang dok terduduk tepi jalan, baru sy tahu ceritanya. Si budak ni melintas jalan, so penunggang motor ni bila jalan celah2 kereta, tiba2 si budak ni muncul dengan jalan selamba tanpa toleh kiri kanan, so apalagi, si penunggang nipun berlanggarlah dengan dia dan oleh kerana nak selamat diri daripada terheret kat jalan dia lepaskan motor tu belayar cantik terus ke bumper kereta sy. Pendek cerita, mak budak ni datang dan kami (sy dan penunggang) pun ceritalah. Yang jadi kemarahan penunggang tu bukanlah sebab dia lintas jalan tetapi sebab dah lah jalan tak tgk kiri kanan, lepas tu dia pakai baju tutup kepala dan kat telinga siap ada earphone lagi dengar lagu!! Pendek cerita mak budak ni, sy ingat lagi sy panggil dia auntie Christine cakap suruh kami berdua pergi workshop yang kami kenal dan beritahu dia berapa kos, nanti dia bayar…so beberapa hari lepas tu sy pun pergi lah kat satu workshop dan bila dah beritahu harganya dalam RM450…sy pun call auntie ni dan dia cakap suruh call agent insuran dia…so sy pun call lah agent insuran dia dan dia boleh cakap insuran tak tanggung kes macam ni….Lepas sy bertekak dengan agent u sebab sy bukan nak bincang pasal insurans, sy pun terus cut conversation sebab no point cakap dengan orang macam tu. Well, actually dalam kes ni bukanlah sy nak sangat duit auntie Christine tu, bukan jugak nak suruh sampai libatkan insuran, tetapi kenalah fikir dalam hal ni siapa yang salah. Anak dia. So kenalah ada courtesy atau rasa tanggungjawab untuk setidak2nya cover sikit kos pembaikan sebagai compensation. Bayangkan sebab kesalahan anak dia, satu motor dah rosak, bumper kereta sy rosak, penunggang motor tu patah gigi dan injured kat kaki……Malas cakap apa. This is not about right. This is not about insurance. This is about courtesy and responsibility.

SATU HARI DI WORKSHOP


Bumper sebelum di ganti
 Hari ni sy berada satu hari di workshop atau bengkel kereta kerana bumper kereta sy kena langgar. So kena tukar bumper dan kena spray sekali yang memakan masa 1 hari. Tak dapatlah sy nak blogwalking dan buat entry baru siang tadi sebab kat sini tak ada kedai makan yang ada WIFI, dan broadband pulak tertinggal dirumah...so bersantai sajalah hari ni sambil melihat pemandangan yang indah di workshop kereta. Macam mana boleh accident? Emmm sebenarnya bumper kereta sy dilanggar oleh sebuah motor. Bukan salah saya dan bukan jugak salah penunggang motor....kuang..kuang..kuang! Habis tu salah siapa ye? Next entry saya ceritakan...
So bila kita dah terbiasa buat entry atau setidak2nya bw tiap2 hari, bila hari ni sy tak dapat buat, rasa serba tak kena aje...risau pun ada, gelisah dan bimbang pun ada...kata orang macam ada sesuatu je yang tertinggal bila tak dapat nak blogging.... punyalah impak maksimanya blogging ni sampai satu hari tak blogging pun rasa macam setahun...cehhh wahhh....bermadah sekejap. Anyway, jika ada msg yang lambat balas tu, sorry ye but sy akan sentiasa membalasnya walaupun lambat...tu dah jadi motto jom santai sekejap

Thursday, October 28, 2010

RESEPI CENDAWAN GORENG

Biasanya kita dok tengok orang dok jual pisang goreng, keledek goreng, ubi goreng, cempedak goreng dan jugak cendawan goreng. Kali ni sy akan berikan anda resepi cendawan goreng yang ranggup dan crispy... kalau makan bunyi macam biskut...tetapi masa mula2 saya buat dulu, perrghhh...dia punya crispy jadi macam cokelat M&M.."Melt in your mouth, not in your hand". Tapi kita belajar daripada kesilapan kan, so bila dok baca daripada rakan2 chef yang memang saya kenal sangat dengan mereka walaupun mereka tak kenal saya, barulah sy tahu ada rahsia rupanya macam mana nak buat cendawan jadi crispy....so mari kita mulakan.
Bahan-bahannya adalah:
Cendawan yang warna kelabu di potong ikut suka anda. Jangan kecik sangat.
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung jagung
2 sudu air kapur
Sedikit serbuk daun pasley
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk secukup rasa
Garam secukup rasa
Air mengikut kesesuaian...tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Kesemua bahan diatas di campur dan di gaul serta di pukul sehingga sebati.

Sebelum kita masak, ada beberapa petua. Jangan basuh cendawan dengan air kerana secara logiknya cendawan tu sudah bersih semasa di packing dan dari segi penanamannya. Jika dibasuh, air akan menyerap ke dalam cendawan menyebabkan cendawan itu menjadi lembik dan lembut...auuwwww. Ingat tu ye. Jika cendawan tu basah, sy nasihatkan anda keringkan atau jemurkan dulu sekejap supaya ianya kering. Petua kedua ialah jangan rendam cendawan tu dalam adunan kerana air akan menyerap dan sekali lagi menjadikan cendawan kita auuwww...
Ok...panaskan minyak, ambil cendawan dan celup dengan pantasnya dan terus masuk dalam kuali sehingga warna kekuningan dan boleh di angkat...siap.

Wednesday, October 27, 2010

GANTUNG TANPA SEBAB

Memang bila setiap kali terjadi situasi sebegini, semua benda serba tak kena... opsss, lupa nak translate tajuk di atas. Dalam bahasa Inggeris nya ialah Hang Without Notice...bukan ditujukan kepada orang tetapi kepada PC. Yaaaa...itulah yang terjadi sehinggalah sekarang barulah sy dapat masuk balik dan meninjau rakan2 punya entry dan buat perjalanan blog...tetapi malang tidak berbau, bila PC dah ok, shoutmix pulak yang buat hal. Semua member punya blog, shoutmix diorang tak boleh connected, so tak dapatlah sy nak buat singgah balas sambil membalas komen-komen rakan bloggers yang cukup setia...satu tepukan gemuruh untuk anda semua.
Bila cakap pasal keadaan di atas, pernahkan anda jugak mengalami keadaan di mana pada masa tu, apa saja yang anda buat, semua tak kena. Daripada start bangun pagi sampailah ke malamnya. Ada saja yang tak betul dan tak kena. Kereta rosaklah, baju koyaklah, pakai stokin sebelah lainlah, baju kurung tak gosoklah, gigi lupa gosoklah, masuk kereta kunci tertinggal lah dan macam2 lagi situasi yang membuatkan anda kata..."Hari ini bukan hari saya " atau dalam bahasa Inggerisnya " Not my day" atau dalam bahasa Mandarin "Wa Ai Ni"... :-) 

NUFFNANG DAN SEO

Entry kali ni sy lencong sikit daripada tajuk yang biasa sy tulis, Cuma sy nak berkongsi dengan anda tentang satu artikel berkenaan penting ke SEO dan keyword dalam blogging. Sy dah lupa daripada website mana ( jika sy jumpa kembali akan sy attached kan dalam entry ini) tetapi artikel tersebut mengatakan tentang bagaimana untuk mendapatkan keyword yang tinggi dalam SEO kerana ini akan memberikan impak yang besar kepada traffic blog anda walaupun anda tidak melakukan sebarang entry dan blogwalking, tetapi traffic anda tetap tinggi hinggakan dalam website itu menyatakan tanpa blogwalking, traffic  ke blog beliau mencecah hingga ke angka 900 sehari! 
Bagi mereka yang hanya mementingkan kepada blogging, traffic tinggi atau rendah bukanlah satu kepentingan. Bagi mereka yang menggabungkan dunia blogging dengan pendapatan sampingan terutamanya melalui Nuffnang, pasti traffic yang tinggi memberi impak yang besar. Bagaimanakah caranya untuk mendapat keyword yang mempunyai nilai yang tinggi dalam setiap SEO ( Search Engine Optimum ) ? Entry kali ini biarlah saya buat ianya tergantung. Bagi mereka yang tahu mungkin anda boleh kongsikan kepada mereka yang ingin tahu dan bagi mereka yang tidak tahu pasti akan mencari sumber-sumber sendiri bagaimana ianya boleh didapati dan berkongsi pulak dengan rakan bloggers yang lain…Cuma persoalannya, penting ke SEO  dan pengunaan keyword dalam dunia blogging?

Tuesday, October 26, 2010

KATA ORANG BUNCIT TANDA ROMANTIK

Opss Google bagi gambar sebelum dia buncit :-)

Ramai orang yang memperkatakan tentang sifat2 seseorang daripada fizikal semulajadi seseorang dan salah satu daripadanya adalah perut. Macam-macam sifat atau karektor yang dikatakan bergantung kepada keadaan perut seseorang.  Ada yang kata kurus orangnya penjimat. Buncit of coz lah kuat makan dan ada juga yang mengatakan orang buncit atau bahasa lembutnya boroy ni romantik. Betul ke? Emmm tang mana yang dikatakan romantik ni ye, adakah disebabkan kebuncitan itu sendiri yang menampakkan mereka ini kelihatan comel dan sekaligus menyerlahkan keromantikan mereka? Rata-rata mereka yang  berbadan besar mempunyai suara yang lunak dan boleh menyanyi. Mungkin ini jugak merupakan salah satu sebab mereka romantik. Secara puratanya mereka yang berbadan besar dan boroy ni tidak mempunyai stamina yang tinggi ( kecuali ahli sukan dan dan dalam hal2 tertentu ) dan keadaan ini jugak menyebabkan mereka mudah penat dan situasi ini mempengaruhi mood mereka iaitu dapat mengurangkan mood rasa marah disebabkan kekurangan stamina.  Mereka yang berperut buncit jugak kadangkala sedar yang mereka berperut buncit menyebabkan mereka mempunyai pelbagai ilham dan idea meromantikkan keadaan sehinggakan pasangannya tidak ‘sedar’ kebuncitan perut mereka.. kata oranglah.  

Monday, October 25, 2010

OLD TOWN WHITE COFFEE REWARDS

Last few days, I went to one of the Old Town White Coffee in Subang.... opsss. Entry kali ni sy buat dalam English ye, macam sy cakap dululah, saja nak improve my English...kalau tak sia-sia je belajar English kat sekolah... continue please. After I paid my meals, I've been given one card with one stamp on it. Actually it's for Old Town Rewards which means, everytime you spend RM10 and above at Old Town per transaction you're entitle for one Old Town stamp. Collect 6 Old Town stamps and you can redeem it for one minced chicken rice or javanese mee. Well, javanese mee is one of my favourite meal there. This rewards is valid until 31 December 2010 and valid all days.
javanese mee

Talking about Old Town White Coffee, you can see that nowadays there're so many coffee house or what we called 'kopitiam' in every town in Malaysia, even mamak restaurant also some of them known as 'mamak kopitiam'!! But this is Malaysia, what ever we called them, the food is still shows how the variaties of Malaysian food such as javanese mee, nasi lemak, mee goreng and others. Right? 

RESEPI DAGING MASAK HITAM ALA SANTAI

Ehsan Google
Beberapa hari yang lepas sy ada memberikan resepi Daging Masak Merah Ala Santai, so kali ni sy nak beri resepi Daging Masak Hitam Ala Santai pulak, khas bagi mereka yang gemarkan masakan black pepper. So mari kita mulakan ye tuan2 dan puan2. Macam biasalah, untuk jadikan daging anda lembut, sila baca entry saya mengenai petua untuk melembutkan daging...rasanya entry bulan October atau September...

Bahan-bahannya adalah:
Daging ( ikut sukalah berapa banyak, sy selalu beli yang dah jual dalam peket )
3 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar di potong tebal / mayam
1 sudu kecil cili kisar
1 batang serai
2 sudu tomato sos
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis . Ikut kesesuaian citarasa anda
1/2 ke 1 sudu black pepper, ikut pada tahap kepedasan yang anda mahu.
Garam secukup rasa
1 batang lada merah dihiris panjang
1 biji tomato dimayam
Rasanya nak masak ni sama macam resepi terdahulu. Mudah je nak masak ni. Goreng daging sehingga masak dulu. Asingkan. Kemudian kita tumis bawang merah dan putih. Lepas tu masukkan cili kisar dan goreng sehingga garing. Masukkan kesemua bahan lain kecuali bawang besar dengan sedikit air. Lepas dah sebati, masukkan daging, bawang besar dan serai dan kacau hingga sebati. Masukkan lada merah dan tomato. Kacau. Siap.

BILA POKOK BERBUNGA

Nampak tak ada 4 batang bunga?
Cakap pasal pokok ni, perkara yang paling best dan memberi kepuasan ialah apabila ada hasilnya bila dia besar. Kalau pokok buah, maka kepuasannya bila pokok tu berbuah. Kalau pokok bunga, of coz bila pokok bunga tu berbunga...Sure anda gelak kan sebab mestilah pokok buah, dia berbuah. pokok bunga mesti berbunga.. tapi jangan anda tak tahu, ada pokok buah sampai ke tua pun dia tak berbuah... ada pokok bunga sampai mati pun dia dok keluar daun je tapi tak ada bunga...:-) 
So cuma nak cerita salah satu pokok bunga yang saya tanam hampir 5 bulan lalu, akhirnya berbunga. Lama jugak saya tunggu pokok ni berbunga sebab saya suka bunga putihnya yang bersesuaian dengan konsep rumah saya yang banyak warna putih. Dok tambah baja bunga, dok jaga air...tapi tak jugak bunga-bunga sampailah minggu lepas bila pokok tu berbunga...bukan satu tapi sampai 4 bunga keluar!! Puasnya.. terasa penat lelah menanam dan menjaganya berbaloi. Agaknya macam tu jugaklah rasanya ia para penanam pokok di Malaysia ni ye...kalau berbuah, pasti ada pendapatan untuk keluarga mereka dan kalau tidak, maka kuranglah sedikit. Apa2 pun, yang penting, hijaukan sekeliling rumah anda dengan pokok2 buah dan bunga.

SEJARAH DEEPAVALI SERBA SEDIKIT

Sebab 1 Malaysia kan, so kita sharelah sikit story mory pasal perayaan Deepavali yang akan tiba tidak lama lagi. Tentang sambutan hari tersebut dan sejarahnya yang saya ambil daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Ianya juga dikenali sebagai Diwali dan Divali. Perkataan Deepavali adalah gabungan daripada perkataan "Dipa" beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Disambut pada 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya telah di kalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan, Sebelum mati, semua manusia di minta meraikan hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada mereka tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi dariada kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut agama Hindu bagi melambangkan kejayaan dan kebaikan mengatasi kejahatan dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Sunday, October 24, 2010

BLACKOUT

Bila cakap pasal blackout ni pasti semua akan terbayangkan tentang kegelapan. Bila cakap pasal kegelapan mesti berkait dengan ketiadaan letrik .Bila tiada letrik, kita akan terbayangkan pasal kepanasan sebab tiada kipas, kebosanan sebab tiada siaran boleh dilihat. Kadangkala bila blackoujt ni jugak, banyak pulak idea2 yang datang untuk kita taip. Masa tulah kita boleh tengok cahaya bulan ( kalau adalah), masa tu kita boleh dengar keheningan malam yang sunyi, boleh menenangkan jiwa seketika...semuanya terasa senyap dan aman. Cuba bayangkan tiba-tiba letrik datang balik, mulalah balik dengan riuh rendahnya dengan bunyi television atau radio, kipas berpusing dan macam2 lagi. Berbeza sama sekali bila waktu blackout tadi.
Bila cakap pasal blackout ni teringat saya semasa kejadian blackout satu malaysia yang memakan masa berjam-jam kerana masalah teknikal di stesen janakuasa paka di Terengganu. Memang teruk masa tu sebab banyak office tutup dan tidur malam pun bukak pintu...tapi sekarang ni bila ada masalah, tak sampai 1 jam dah settle....lega rasanya. Antara ketiadaan air dan eletrik, mana yang anda rasa boleh tahan?

OPENING COLUMBIA ASIA DI BUKIT RIMAU

Hari ini adalah merupakan hari pembukaan satu lagi cawangan Columbia Asia di Bukit Rimau. So banyaklah acara2 seperti pertandingan melukis, mewarna, pertunjukan badut, ceramah kesihatan dan pemeriksaan percuma perubatan. Pada asalnya, saya ingatkan nak ke Columbia Asia untuk mendapatkan pemeriksaan percuma tapi bila sampai disana, rupa2nya pemeriksaan percuma dijalankan pada pukul 8.30 pagi sahaja....saya sampai kat sana pukul 2 ptg!! Jadi melepaslah nak dapat pemeriksaan perubatan percuma...apa2 pun, saya dapat makan percuma. Kira oklah tu. Suasana Columbia Asia kat sini dan nampak tersusun dan penuh dengan furniture2 yang moden...baru lah katakan. Harganya pun boleh tahan mahal jugak...tapi bagi mereka yang berduit dan mementingkan keselesaan, sy rasa tidak menjadi masalah untuk mendapatkan rawatan di Columbia Asia.

Friday, October 22, 2010

RESEPI DAGING MASAK MERAH ALA SANTAI

Ehsan Google

Lama benar rasanya tak buat entry pasal resepi. Ini bermakna lama jugaklah sy tak masak, kira tapau je sebab tak cukup masa dan kadangkala keletihan memanjang tiap2 hari menempuh jam sana sini. So hari ni tuan2 dan puan2, kita akan buat resepi Daging Masak Merah Ala Santai. Sebelum tu daging tu kalau nak melembutkannya sila tengok entry Petua-petua masakan yang lepas. Sy ada bagi beberapa petua bagaimana nak lembutkan daging...
Ok. Kita mulakan dengan bahan-bahannya iaitu:
Daging ( ikut sukalah berapa banyak, sy selalu beli yang dah jual dalam peket )
3 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
1 biji bawang besar di potong tebal / mayam
1 sudu kecil cili kisar
1 batang serai
2 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
3 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis . Ikut kesesuaian citarasa anda
Garam secukup rasa
1 batang lada merah dihiris panjang buat hiasan... suka part hiasan ni.

Mari kita mula memasak.Mudah je nak masak ni. Goreng daging sehingga masak dulu. Asingkan. Kemudian kita tumis bawang merah dan putih. Lepas tu masukkan cili dan goreng sehingga garing. Masukkan kesemua bahan lain kecuali bawang besar dengan sedikit air. Lepas dah sebati, masukkan daging, bawang besar dan serai dan kacau hingga sebati. Masukkan lada merah. Kacau. Siap.

Thursday, October 21, 2010

KATA ORANG COPYCAT TAK ELOK

Ehsan Google
Sebenarnya amalan-amalan copy mengcopy ni dah biasa kita dengar apa lagi dalam dunia blogging yang cukup luas dan susah untuk di kawal. Kenapa sy dok buat tajuk kat atas? Sebenarnya semalam waktu saya melakukan blogwalking, saya ada terbaca satu blog mengenai "Perempuan tinggi daripada lelaki" dan macam biasalah, sy kalau buat blogwalking, saya akan membaca mana-mana artikel yang seronok untuk dibaca. So dalam dok terbaca tu, tiba-tiba saya rasa ayat-ayat nya macam pernah saya lihat tapi dimana ye? Patutlah..rupa-rupanya artikel tu saya pernah tulis dalam entry bulan September yang lalu. Mula2 tu terasa jugak kecik hati tapi bila fikir2 balik, dunia blogging memang macam tu... last2 sekali, rasa bangga pun ada jugak sebab artikel kita ada jugak orang ambil sebagai bahan blog diorang...
Bila cakap pasal copy mengcopy ni, saya teringat masa zaman persekolahan dulu. Masa ambik peperiksaan akhir tahun terutama mata pelajaran Add Maths dan Mod Maths. Masa tu 'mathematical box' dibenarkan dibawak masuk ke dewan peperiksaan dan sebenarnya saya dan rakan2 yang lain sejak beberapa hari sebelum peperiksaan sudah pun bertungkus lumus ....tapi bukan bertungkus lumus belajar, sebaliknya membuat nota2 kecik dan di tulis kat tepi2 mathematical box tersebut dengan segala formula yang ada :-) Sorry cikgu. Kalau tak, nanti tak lulus pulak..... tapi benda tu boleh buat masa peperiksaan sekolah ajelah. Bila SPM...emmmm 

Wednesday, October 20, 2010

KATA ORANG KEKASIH AWAL DAN AKHIR

Pernah anda terasa bila pertama kali bercinta dialah kekasih awal dan akhir untuk anda? Masa tu semua seperti sudah terancang, setiap langkah seperti sudah diatur bagi merealisasikan impian anda. Bagi anda, tiada dua atau tiga atau empat atau pengganti untuk pasangan kita. Setiap halangan mendatang, setiap onak yang merintang, setiap dugaan yang terbentang akan di tempuh tidak kira apa juga kesannya asalkan kita dapat seiring dengan pasangan kekasih kita, awal dan akhir. Ramaikah orang sebegini? Berapa ramai pasangan yang dapat bertahan sehingga ke penghujungnya? Bertahankan cinta mereka walaupun setahun bersama? 5 tahun? 10 tahun sehingga menempuh gerbang perkahwinan? Mungkin ada yang berjaya dan mungkin ada jugak yang gagal di tengah jalan... Banyak faktor yang mempengaruhi kedua-duanya tetapi yang pasti kesannya pasti memberi impak yang mendalam dalam kehidupan kita tidak kira pada akhirnya kita bersama atau tidak. 
Ada jugak yang berkawan dengan orang lain, bertunang dengan orang lain dan akhirnya berkahwin dengan orang lain. Lumrah kehidupan memerlukan kesetiaan dan saling memahami serta kasih sayang yang mendalam antara satu sama lain...belum sentuh bab asas agama lagi tu. Jika semua itu dapat digabungkan pastinya kebahagiaan kisah percintaan awal kita akan berakhir dengan kejayaan dan penyatuan... walaupun ada orang berkata bercinta tak semestinya bersama, bertemu tidak semestinya bersatu, berkasih tidak semestinya berkahwin... kata orang. 

Tuesday, October 19, 2010

MENCEGAH DAN MENGURANGKAN RISIKO BARAH

Tiba-tiba pulak saya terasa nak bagi entry pasal kesihatan. Masa kecik-kecik dulu, cita-cita memang nak jadi doktor, tak kisahlah doktor apa..doktor haiwan ke, doktor pakar sakit puan ke, doktor klinik ke... tapi cita2 tu tak kesampaian. Hancur lebur bila result matapelajaran Biology tidak seperti yang diharapkan. So, berbalik pasal entry kali ni, saya pernah terbaca beberapa artikel mengenai penyakit barah yang semakin meningkat dan apakah perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit barah ini. Antara cara-caranya adalah:

1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Itu adalah antara pemakanan yang dapat mengurangkan risiko daripada mengalami penyakit barah. Diharap sama-samalah kita menjaga kesihatan demi diri sendiri.

OFF ENTRY ON BLOGWALKING

Beberapa hari ni nampaknya terpaksalah saya off post entry kerana terpaksa sibuk dengan year end financial closing...almaklumlah, kerja accounts memang macam ni, ada hari-harinya yang memang relax dan ada jugak hari2 nya yang memang busy, but of coz i will not stop blogging, that's for sure..and one more thing, saya jugak takkan stop blogwalking kerana ianya seperti merapatkan siratulrahim walaupun tidak mengenali dan berjumpa dengan rakan bloggers tapi dalam dunia blogging, itulah kenyataannya. Ianya bukan dengan apa yang kita lihat, bukan dengan apa yang kita sentuh tapi dengan apa yang kita kongsi..suka duka, pahit manis, semuanya ada dalam dunia blogging. So I hope this few days walaupun tiada entry terbaru from me, but the friendship still go on and on and will never stop...
Bila bercakap pasal persahabatan ni, saya ada satu kisah yang ingin saya kongsikan bersama dengan anda. Cerita mengenai saya dan rakan saya semasa kami bersekolah menengah. Masa tu saya bersekolah asrama penuh. Dia merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang agak lain sikit kerana suka berambut punk dan berseluar ketat. Sifat dia jugak yang agak kadangkala ok kadangkala ber emosi membuatkan beliau tidak ramai kawan dan saya adalah salah seorang yang tidak berapa rapat dengannya. Walaupun kami satu kelas daripada form 4 hingga 5, tapi saya hanya rapat dengan dia semasa peperiksaan SPM hampir tiba. Terjadi apabila semua student form 1 hingga 4 sudah bercuti, dan yang tinggal hanya kami form 5 yang masing2 mengulangkaji sendiri tidak kira di mana tempat, dalam kelas, bawah pokok, dalam library, makmal pun jadi dan mana2 saja tempat asalkan tenang...almaklumlah, tak ada orang. Jadi cerita, tempat ketenangan saya belajar adalah di bawah pokok dan kebetulan hari tu saya duduk tidak jauh daripada rakan saya yang saya panggil Kamarul itu. Kami bertegur sapa dan pendek cerita kami jadi rapat dan entah macam mana imej punk dia pun boleh hilang sebaliknya saya pulak yang terikut2 jadi imej punk :-)
Sehingga kini, kami masih berhubungan dan dia tinggal di Terengganu, katanya dia setia dengan kampungnya. Akan bekerja di sana tidak kira apa kerja sehingga ke akhir hayat... Moral of the story, tidak kira bagaimana bentuk luaran seseorang, persahabatan di nilai daripada dalaman dan jika dalaman kita ikhlas dan jujur, ianya akan berkekalan sampai bila2.

Thursday, October 14, 2010

KATA ORANG JANGAN SUKA BERJANJI

Berjanji memang senang lafaznya dan lebih bermakna bila janji2nya berbunyi cukup indah dan sedap di dengar. Persoalannya berapakah ramai antara kita yang mengotakan atau menepati setiap janji2 itu? Berapa banyak pulakkah alasan2 yang diberikan jika janji2 itu tidak dapat dikotakan? Nanti jadi seperti lagu KRU "Janji Tinggal Janji". Setengah orang memang suka berjanji. Bagi mereka berjanji sudah menjadi sebahagian daripada diary hidup mereka bagi memudahkan dan menyelesaikan masalah atau menggembirakan sesiapa. Berjanji sana, berjanji sini, berjanji itu, berjanji ini dan pelbagai janji2 yang ditaburkan agar mereka dipercayai, agar mereka diberi keyakinan, agar mendapat apa yang mereka inginkan dan macam2 alasan serta tujuan. Jika hampir kesemuanya dapat ditepati, itu merupakan lambang kejujuran dan ketulusan hati budi seseorang terserlah. Jika semuanya hanya tinggal janji, pasti ada orang yang akan merasa kecewa, marah dan putus asa. Kadangkala ianya mempengaruhi hidup seseorang hingga menyebabkan tiada kepercayaan kepada sesiapa saja dek kerana janji. Haiiiiiiii kenapalah kita perlu berjanji jika tak mampu untuk mengotakannya? Jawapan mudah ialah kalau tak janji, orang tak percaya! Mungkin boleh diterima kerana setengah2 orang tidak akan berpuashati selagi tidak mendapat kata putus menyebabkan kita terpaksa berjanji. Tapi bukan ke kejujuran itu lebih penting daripada berjanji kosong? Jika dah sayang, jika dah kasih, jika dah cinta, jika dah percaya, jika dan memahami, jika dah kenal hati budi... apalah sangat dengan kejujuran yang mungkin pahit untuk diterima tapi ianya kebenaran? Kata oranglah.... 

TRIBUTE UNTUK TAN SRI P RAMLEE

Sempena dengan Astro menjadikan bulan ini untuk mengingati seniman agung tanahair kita iaitu TS P Ramlee dengan menayangkan filem2 nya, maka jom santai sekejap juga ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi sejarah P Ramlee bagi kita mengenali dengan lebih rapat siapa itu P Ramlee. Dilahirkan pada pagi Hariraya, 22 Mac 1929 dirumah neneknya di no 40A, Counter Hall, Penang. Anak kepada Teuku Nyak Putih Teuku Karim dan Che Mah Hussein. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg Jawa dan kemudian Francis Light School. Semasa perang dunia ke 2, P Ramlee mendapat pendidikan di Japanese Navy School. Pandai bermain pelbagai alat muzik bermula daripada ukele, gitar dan biola. Menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itulah beliau menggunakan P (bagi Puteh) sebagai awalan namanya dan kekal sehingga sekarang.
Dari segi perkahwinan beliau pula, mula mendirikan rumahtangga dengan Junaidah Daeng Haris pada tahun 1953 dan dikurniakan 2 orang anak iaitu Mohd Nasir dan Arfan. Bercerai pada tahun 1954 dan berkahwin pula dengan Norizan pada 6 Februari 1955 tapi bertahan sehingga 1961. Pada tahun yang sama P Ramlee bertemu dengan Saloma atau Salmah Ismail dan berkahwin pada 21 November 1961. Sepanjang perkahwinan P Ramlee cuma mempunyai 2 orang anak dan R Ramlee juga telah mengambil beberapa orang anak angkat antaranya ialah Betty, Zakiah @ Zazaloma, Sabarudin @ Badin dan akhir sekali Dian.
Pendekar Bujang Lapok

Dalam dunia perfileman, P Ramlee telah berlakun dalam 67 buah filem bermula daripada filem pertama "Chinta" dan filem terakhir " Laksamana Do Re Mi" dan P Ramlee juga telah mendendangkan hampir 359 buah lagu. Beliau juga pernah memenangi anugerah di Festival Filem Asia di HongKong, Jakarta, Kuala Lumpur, Manila, Singapore, Taipei dan Tokyo. Tidak ketinggalan Festival Filem Antarabangsa di Berlin.
P Ramlee meninggal pada usia muda iaitu 44 tahun pada pagi Selasa 29 Mei 1973 kerana di serang sakit jantung dan jenazahnya di kebumikan di tanah perkuburan orang-orang Islam di Jalan Ampang.

Labu Labi

Kalau cakap pasal filemnya, pasti kalau di tayang beratus kali pun kita tidak akan bosan kerana lakunannya yang bersahaja tidak kira apa watak sekalipun yang dilakunkan. Antara filem-filem P Ramlee yang menjadi kegemaran saya adalah seperti Ahmad Albab, Anak Bapak, Anakku Sazali, Antara 2 Darjat, Bujang Lapok,
 Do Re Mi, Hang Tuah, Hujan Panas, Ibu Mertuaku, Ibu, Kancan Tirana, Labu Labi, Nasib si Labu Labi, Laksamana Do Re Mi, Pendekar Bujang Lapok, Masam-masam Manis, Madu Tiga, Keluarga 69, Musang Berjanggut, Nujum Pak Belalang, Penarik Becha, Seniman Bujang Lapok, Semerah Padi, Sejoli, Sarjan Hassan, Sabaruddin Tukang Kasut, Tiga Abdul, Ragam P Ramlee dan banyak lagi filem-filemnya yang cukup hebat dan mantap.
Jasa beliau dalam bidang seni tanahair tetap akan dikenang sampai bila-bila dan beliau tetap bertakhta menjadi seniman agung. Semuga rohnya dicucuri rahmat.

p/s : Filem yang paling saya minat adalah Labu Labi. Suka bila part si Labu cakap " Asal aku mimpi aje kau datang, asal aku mimpi aje kau datang. Agaknya engkau tak ada kerja lain ye Labi "
Apa pulak tag kegemaran anda?

Wednesday, October 13, 2010

IKAN KELI MASAK HIJAU

Apa khabar tuan2 dan puan2 sekelian? Sihat? Alhamdulillah...Kali ini anda semua akan diberikan resepi Ikan keli masak hijau...bukan ikan geli ye...ikan keli. Sebab apa setengah orang cakap ikan geli, sebab bila tengok ikan keli ni tiba-tiba je diorang geli...ahaksss. Oklah. Terus kepada bahan-bahannya ialah:
Seekor ikan keli yang besar atau 2 ekor ikan keli biasa
6 ulas bawang putih digiling
12 biji bawang merah digiling
100gm cili padi atau lebih kurang dalam 10 - 15 btg digiling
50gm cili masak
100gm tomato
Air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya mula-mula goreng ikan keli tu sampai garing, kemudian put aside atau ketepikan sekejap. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili padi, cili masak dan tomato sehingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan gaul sehingga masak dan masukkan ikan keli yang digoreng tadi dan gaul rata2 dan boleh dihidang.
p/s : Minta maaf ye tuan2 dan puan2, gambar masakan kali ni tak dapat disertakan kerana masa ni handphone tengah charge...cari dalam google tapi tak ada satu pun yang sesuai.

PROMOSI TOMEI DI KLCC

Rasanya baru beberapa hari lepas sy buat entry pasal Tissot mengadakan promosi di ruang legar KLCC. Tup-tup semalam bila saya singgah di sana, Tomei pulak yang membuat promosi produk mereka. Daripada jauh nampak lip-lap berkilauan barang kemas yang bersinar-sinar. Bagi sesiapa yang sukakan kilauan emas putih dan kebetulan berada di KLCC, tengok2 dan jenguk2lah kat Tomei tu, mana tahu ada yang berkenan atau yang ada plan nak berkahwin pada cuti sekolah akan datang, masa nilah boleh tinjau2 kot ada promosi jualan sekali ke.
Bila cakap pasal KLCC ni, saya kadangkala rasa teruja bila waktu tengahari di mana orang ramai sibuk keluar untuk lunch atau window shopping. Keadaannya tak ubah macam kita berada di jepun dimana orang lalu lalang macam mengejar sesuatu. Semua jalan laju2 macam keretapi express... Nasib saya kurang baik sebab masa tulah selalunya saya akan sampa ke KLCC atas urusan pejabat. 

Tuesday, October 12, 2010

BUKAN ITU MAKSUD KU

Mulanya nak buat sajak, tapi ilham tak datang. So terasa pulak nak merapu-rapu... so inilah hasil nukilan rapuan saya yang tiada permulaan dan tiada penyudahnya.
"Bukan ke kita pernah berjanji untuk tidak merahsiakan apa-apa di antara kita? Kenapa sekarang baru you beritahu I semua benda ni? Who am I to you?" keluhan Azura sambil titisan jernih airmatanya mula membasahi pipi. Razlan cuba untuk memujuk tapi ditepis mentah-mentah.
"Zura. Bukan maksud I nak buat begini dekat you. Secara jujurnya I terpaksa unt...."
"Untuk apa? Untuk apa!! Kita dan berkawan hampir 8 tahun. Tak cukup kah untuk you mengenali hatibudi I? Masih tak cukupkah untuk you mempercayai I sehingga sanggup menyembunyikan sesuatu daripada I" Azura seperti putus harapan dengan apa yang berlaku. Dari riak airmukanya kekecewaan jelas terpancar.
"I minta maaf Zura. Kalaulah you tahu apa yang I buat ini semua hanyalah untuk kebaikan you..."
"What? I silap dengar ke ni? Kat mana yang you cakap kebaikan untuk I? I nampak dengan mata I sendiri you keluar dengan rakan baik I!! Apa yang dia dah buat kat you sampai you sanggup keluar dengan dia? What? Why?...." petang semakin muram. semakin merundum serundum dengan keadaan mereka.
"You boleh marah I Zura, tapi bukan dia. Dia tak bersalah langsung dalam perkara ni?" Razlan masih membela Wanie, rakan baik Azura. Mereka bertiga adalah rakan baik sewaktu berada di IPTA dulu.
"Ooooo...so sekarang ni I lah yang bersalah. I yang kacau perhubungan you berdua. Itu yang you maksudkan?"
.....emmmm. Apa kata baris berikutnya anda yang berikan. Asah bakat yang terpendam atau goreng aje apa yang anda rasa sesuai untuk situasi diorang ni.

Monday, October 11, 2010

KATA ORANG BERTUNANG JANGAN LAMA

Ehsan Google
Kadangkala masa boleh mengubah keadaan dan perasaan seseorang. Mungkin itu adalah salah satu daripada sebab mengapa ikatan pertunangan jarang diikat begitu lama. Dugaan mendatang siapa yang tahu. Begitu juga pandangan yang kurang manis jika pasangan yang bertunang terlalu lama tapi keluar kesana kesini berdua. Kebiasaannya ikatan pertunangan adalah di janjikan kurang daripada setahun dan ada jugak pertunangan dan pernikahan di jalankan hampir serentak. Ada persoalan timbul kenapa dugaan semasa bertunang lebih mencabar sedangkan kadangkala dugaannya sama aje dengan semasa sebelum bertunang atau berkasih? Kenapa tahap cemburu mendadak 100 celcius sedangkan sebelum bertunang, pasangan kita tulah yang paling cool dalam dunia? Adakah kerana nama ikatan pertunangan itu sendiri? Kalau macam tu tak payahlah kita bertunang, cukup semua terus je nikah dan kahwin :-) Kenapa perlu bertunang? Mengikut adatnya, bertunang adalah satu tanda persetujuan secara lisan antara kedua-dua keluarga sebelum mereka dinikahkan pada satu masa yang ditetapkan, cuma selama mana masa tersebut tidaklah di nyatakan secara terperinci. Teringat saya kepada lagu nyanyian Sweet Charity yang bertajuk " Jangan tunggu lama-lama" ataupun lagu Tan Sri SM Salim yang bertajuk "Apa dah jadi". Apa-apapun, diharap ikatan pertunangan tidak kira pendek atau panjang akan memberikan ruang kepada pasangan yang bertunang untuk mengenali dan merancang ke arah perhubungan yang lebih erat dan persefahaman yang lebih kukuh agar ikatan perkahwinan nanti akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin... Kata orang. 

RESEPI JEMPUT-JEMPUT BERGEDIL ALA SANTAI

Ada orang bertanya kenapa ada yang setengah-setengah resepi di letak "ala-santai" dan ada yang tidak. Sebenarnya bila saya letak ala-santai selepas nama resepi tu maknanya resepi tu saya buat sendiri, kalau tidak tu maknanya samada saya baca melalui majalah ataupun seseorang memberitahu saya resepinya. Tapi andaikata adalah resepi2 tu yang sama dengan yang sedia ada, maka ianya berlaku secara tidak sengaja almaklumlah resepi ni pun macam lagu...kot mana pun, mesti ada sedikit yang persamaannya.
Kali ini saya akan bagi anda resepi jemput-jemput bergedil ala-santai ( Actually saya panggil bergedil 2 dalam 1 sebab boleh buat jemput-jemput atau boleh jugak masuk dalam lontong)
Bahan-bahannya adalah:
4 biji kentang besar direbus dan di lenyek
2 biji bawang merah ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk
2 tangkai daun sup dimayang
2 tangkai daun bawang dimayang
200gm daging dicincang
2 biji telur dipukul
5 keping biskut tawar di pecah lumat / ramas pakai tangan pun boleh
10 - 15 sudu besar tepung gandum ( agak-agak )

Cara membuatnya. Cukup senang. Masuk semua bahan( kecuali tepung) dan gaul hingga sebati, kemudian sedikit demi sedikit masukkan tepung hingga cukup untuk dijadikan doh jemput-jemput. Panaskan minyak dan goreng sehingga kuning keemasan.

PROMOSI DISANA SINI

Ruang legar KLCC - Tissot
Ruang legar Jusco Bukit Tinggi
Dalam kita dok sibuk-sibuk menyambut hari-hari terakhir Hariraya pada tahun ini, sana sini shopping centre dan hypermarket sudah memulakan kerja mereka kembali iaitu menarik pelanggan2 dengan mengadakan jualan dan promosi-promosi di ruang legar masing2. Antara tempat2 yang sempat saya "terlawat" ( melawat secara tak sengaja ) adalah di ruang legar KLCC di mana Tissot mengadakan promosi bagi produk jam tangan terbaru mereka dan ada juga acara-acara yang menarik di adakan di sana. Bila cakap pasal jam tangan ni, sejak di perkenalkan handphone ke dunia ni, saya sudah jarang memakai jam tangan kerana saya hanya tengok di handphone je bila nak tahu waktu, tapi bagi mereka yang memang sudah sebati dengan jam tangan pasti akan memakainya apalagi jika ianya bersesuaian dengan penampilan mereka...nampak lebih segak dan anggun.
Begitu juga di JUSCO yang juga mengadakan promosi jualan dengan diskaun hebat di antara 7/10 hingga 21/10 kalau tak salah saya, selain daripada meneruskan Baby Fair mereka. Diskaun di antara 50% hingga 70% di tawarkan bagi pelbagai produk kecuali produk makanan dan saya ada juga acara-acara hadiah percuma jika membeli barangan-barangan JUSCO di ruang legar.

RAKYAT MALAYSIA BUAT DUA KERJA?


Kenapa saya buat tajuk seperti di atas? Sebenarnya berlaku satu incident pada hari ahad lepas. Saya nak singgah ke kedai untuk membeli top up internet prepaid saya ( Sebab tu saya dah beberapa hari tak update blog ) dan semasa saya keluar daripada kereta, saya terlihat seorang budak yang berpakaian kemas mengambil satu botol plastik kosong di jalan. Sangka saya dia nak membuangnya di tong sampah, tapi tekaan sy meleset dan kebetulan sy dapat berjalan seiring dengan budak tersebut sambil bertanyakan kepada nya apa yang hendak dibuat dengan botol kosong itu. Budak itu menjawab dia nak menjual botol tu, tiap2 minggu dia akan menjual pada pakcik lori yang selalu memekik pakai speaker tu. Saya tanya lagi banyak ke dapat sekali jual. Katanya kalau dicampur sekali dengan yang dikumpul oleh ibubapa serta 3 orang adik beradiknya...dapatlah sekali jual dalam RM20 ke RM30 ringgit, maknanya sebulan dalam RM80 ke RM120 Saya tersentak sekejap. Bukan kerana berapa hasil yang mereka dapat tapi kesemua ahli keluarga budak itu jugak mengutip botol2 atau tin2 kosong untuk dijual dan dari pakaian budak itu, saya tak nampak dia datang daripada keluarga yang susah. Teringat saya pada kata2 rakan saya dulu bahwa sebesar mana gaji, dia tetap terpaksa mencari kerja sambilan untuk mendapatkan duit lebih. Bila difikir2kan rasanya macam ada logiknya jugak disitu, sebab itu kita boleh lihat ramai orang walaupun sudah bekerja tetap tetapi masih mencari pendapatan sampingan seperti menjual makanan dan barangan di pasar malam, memasuki bidang MLM, jual tin2 dan botol2 kosong, jual insuran, investment atau pelaburan, bidang perniagaan internet dan lain-lain...Sejauh mana benarnya, anda saja yang dapat menilainya.

OPEN HOUSE HARI2 TERAKHIR

Antara hidangannya
Banyak pulak jemputan open house hari-hari terakhir bulan syawal dan awal bulan zulkaedah ni terutama hari jumaat dan sabtu, walaubagaimana pun tak semua tempat saya dapat pergi memandangkan kepada lokasinya. Salah satu tempat yang saya pergi beraya adalah di bukit jelutong pada hari Sabtu lepas. Kira open house to saudara mara  yang dibuat setiap tahun bagi merapat dan menemukan saudara mara yang jauh-jauh dan dekat, yang kenal dan tak kenal, yang dulu kurus dah gemuk, yang dulu gemuk bertambah gemuk... Macam-macam ragam dan perangai bila dah lama tak jumpa. Makanannya pun boleh tahan sedap. Ada laksa Johor ( yang ini tiap-tiap tahun ada), nasi dagang, nasi impit dengan kuah lodeh serta sambal kacang, kuih muih dan pelbagai lagi lauk pauk yang ada.
Saudara mara bukak cerita lama

Bila cakap pasal open house dan gathering saudara mara ni, saya rasa zaman sekarang ni dah ramai di antara kita yang kadang kala tidak mengenali saudara mara masing-masing walaupun rapat kerana masalah komunikasi dan arus perubahan zaman. Waktu dulu bila ada saja balik kampung, datuk nenek kita akan membawa ibubapa dan cucu2 mereka kerumah saudara mara dan memperkenalkan anak serta cucu masing-masing, jadi generasi seterus nya pulak bila balik kampung akan jugak membuat cara yang sama menyebabkan ikatan persaudaraan itu nampaklah kekuatannya, tapi sekarang, jika balik kampung halaman, saudara atau sepupu duduk sebelah pun belum tentu kenal! Teringat saya akan iklan Berita Harian satu ketika dulu...tagline dia berbunyi " Zaman Dah Berubah"

Friday, October 8, 2010

TAJUK BEBAS SANTAI

Sebenarnya semalam saya tak sempat nak buat entry/post apa-apa sebab tertidur awal. Selalunya saya akan update satu entry sebelum tidur atau sekurang-kurangnya menziarah blog rakan-rakan tapi akibat keletihan, balik rumah terus tertidur sampai pagi. Jadi pagi ni, saya beri kebebasan kepada diri saya untuk menulis apa saja yang terlintas di kepala saya. 
Pernah tak anda satu ketika mempunyai masalah yang di tahap maksima dan dalam masa yang sama tidak tahu bagaimana nak melepaskan atau meredakan masalah tersebut atau adakah anda mempunyai cara-cara yang unik untuk mengurangkan tekanan tersebut. Mungkin ada di antara kita menggunakan cara seperti meluahkan kepada rakan terdekat atau rakan karib, ada yang pergi naik gunung everest dan jerit sekuat hati, ada yang ketawa sorang-sorang, ada yang diam memanjang dan tiba-tiba elok je macam tak ada apa2 berlaku, ada yang menangis sekuat tidak, ada yang menari dan menari dan menari sampai letih...dan macam-macam lagi. Tell me if you have any different ways. 
Macam saya, jika saya mempunyai masalah yang terpendam atau terbuku, saya akan meluahkannya dengan bersukan. Tidak kira apa jenis sukan baik berjogging, main badminton atau bolatampar, cuma anda boleh lihat bahwa prestasi saya masa tu memang luar jangkaan...macam ada tonik dalam badan tiba-tiba cergas sepanjang masa...selalu jog 2 round taman perumahan pun dah letih, kalau ada masalah, 5 round pun tak nak berhenti!!
So....what's yours?  

Thursday, October 7, 2010

LAGU DAN NOSTALGIA KEHIDUPAN

Kadangkala lagu-lagu memainkan peranan dalam setiap perjalanan kehidupan kita tidak kita apa situasi kita ketika itu samada sedang bergembira, berduka, bercinta, bertunang, berkahwin, mendapat cahaya mata, mendapat kejayaan, kerjaya..sebut apa saja keadaan, ada saja lagu yang dapat membayangkannya. Tapi saya pasti, lagu2 yang bertemakan cinta dan kasihsayang pasti paling menusuk dan diingati dalam hati kita apatah lagi jika dalam masa yang sama kita juga sedang di landa alam percintaan... wahhh jiwang pulak bunyinya. Anyway, straight to ampang point, kadangkala, ada orang menyukai sesuatu lagu bukan kerana iramanya tetapi kerana senikata atau liriknya yang memberi makna mendalam terhadapnya. Sebagai contoh, ada seorang rakan sepejabat saya dulu yang pernah bertunang tiba-tiba putus kerana tunangnya ada orang lain dan lagu yang paling memberi kesan dalam hidupnya adalah lagu Januari nyanyian Glenn kerana perkara itu berlaku pada bulan Januari. Lagu2 berentak balada, slow tempo dan klasik sentimental sentiasa diminati dan senang menyentuh jiwa dan sanubari kita. Bagi saya pulak, terlalu banyak lagu yang memberi kenangan bermakna dalam hidup saya dan salah satu daripadanya adalah lagu "Teratai" nyanyian Sweet Charity. Bukan sebab seseorang, bukan sebab bercinta..tapi lagu itulah lagu pertama yang saya nyanyikan didepan orang ramai. Waktu itu saya berumur 14 tahun. Saya diminta untuk bermain gitar oleh arwah ayah saya bagi mengiringi band dia sewaktu diadakan pertandingan talen time..so masa selingan menunggu result, arwah ayah suruh saya nyanyi dan saya memilih lagu Teratai :-) Jadi, bagaimana dengan anda? Pasti ada lagu yang anda suka dan memberi seribu kenangan dalam hidup anda...

PETUA - PETUA MASAKAN 4

Kalau kita perhatikan pada generasi dulu2, tidak kira dalam apa jugak keadaan seperti masakan, kerja, perhubungan, perkahwinan, rumah...apa saja yang ada disekeliling, mesti ada pantang larang atau petua-petua. Kadangkala petua2 yang diberikan mempunyai tujuan2 yang tertentu serta tersembunyi, sebagai contoh jangan duduk atas bantal, jangan main bawah rumah, jangan menyanyi semasa memasak dan pelbagai lagi petua2 orang dulu2. Petua masakan kali ini adalah antaranya:
Melembutkan Mentega Kacang
Masukkan 1 sudu madu kedalam mentega kacang dan tunggu dalam 30 minit dan kemudian kacau madu dan mentega menjadi sebati
Elak Goreng Tauhu Jadi Hancur
Sebelum goreng, taburkan sedikit garam dalam minyak dan biar sebati, kemudian barulah masukkan tauhu. Tauhu tidak hancur dan melekat pada kuali serta minyak dapat digunakan lagi.
Melembutkan Nasi Lemak
Cara yang biasa orang dulu2 guna untuk melembutkan nasi lemak adala dengan memasukkan dalam setengah cawan beras pulut dalam nasi lemak tadi dan nasi lemak itu tidak akan menjadi keras dan lebih sedap.
Elak Nasi Lembik
Jika nasi anda lembik, kupas kentang dan potong 2 lalu masukkan dalam nasi tadi, bergantung kepada berapa lembik nasi tersebut.
Hilangkan pahit Mengkudu
Sebelum di masak atau dibuat ulam, rendam pucuk mengkudu denga air garam selama 30 minit dan kemudian di ramas sehingga keluar airnya dan di tos.


Wednesday, October 6, 2010

LAWAK SANTAI 2

Kisah benar Patch Adams
Pernah anda melihat cerita Patch Adams lakunan Robin William yang difilemkan pada tahun 1999 rasanya. Kisah bagaimana seorang doktor pelatih yang ditugaskan untuk merawat pesakit kronik. Doktor2 lain sibuk membuat kajian ttg pesakit manakala dia pulak sibuk membuat lawak untuk membuatkan pesakit yang mengidap penyakit kronik tidak merasakan kesakitan yang mereka alami. Baginya, lawak merupakan satu ubat mujarab untuk meredakan penyakit kronik. Patch Adams ini merupakan kisah benar. Ada suka duka mengenai usaha doktor tersebut yang cuba untuk menggembirakan pesakitnya termasuk kematian teman wanitanya yang di bunuh oleh salah seorang pesakit. Ini kisah benar. Sy belum cerita lagi pasal lawak2 ye... saya baru cerita intro pasal lawak2 yang mana kesimpulannya lawak ni boleh meredakan masalah yang kita hadapi tidak kira sebesar mana masalah tersebut... ambil secawan kopi dan kita santai-santai dengan cerita2 lawak.


Sebelum sy diketawakan biarlah sy ketawa dulu supaya sekurang-kurangnya hilang masalah saya jika cerita lawak sy ni tidak lawak. Cerita ni berlaku waktu sy bekerja di Segamat dan sy sewa satu rumah bersama dengan seorang rakan. Satu hari berlakulah perbualan begini:
Rakan : Hgau hak hikut haku hegi he handar khe? ( Opsss...lupa nak tambah, rakan serumah saya ni sengau)
Saya : Tak naklah. Ada banyak loan kena process ( Opss..lupa nak tambah, waktu tu sy kerja di bank)
Rakan : Hapa? adhe hite vest? Hite hape? ( Opss..lupa nak tambah, waktu ni sy baru tahu yang dia jugak ada sedikit masalah dengan pendengaran )
Saya : Bukan. Ada banyak pinjaman yang kena check ( sambil tunjukkan borang pinjaman yang banyak kat tangan)
Rakan : Oooo ( tanda fahamlah tu ). Hengahari hgau nhak hungkus mahan hak?
Saya : Tak naklah. Aku masak sendiri je. Maggi kan banyak stock... ( Orang bujang katakan :-) )
Rakan : Haku hakap mahan hengahari..hukan fagi.
Saya : Bukan...( sambil kedapur dan mengambil sebungkus maggi) Ni hah..nanti aku masak maggi.
Rakan : Ooooo ( tanda fahamlah tu) Hokey..haku gi hulu. Hanti hetang haku halik. Haku tak hawak hunci, hau hade heluar hana2 khe?
Saya : Tak ada. Kat rumah je. No problem.
Rakan : Haku thak halik halam. hane hada vah. Han dah hakap hadi?
Saya : hukan. haku hakap haku hade khat humah.
Rakan : Ooooo hapa hak hakap hadi...( sambil keluar dengan senyuman )
Sejak itu, setiap kali kalau bercakap dengan rakan serumah saya tu, saya kena ikut style dia, kalau tak mesti ada aje yang tak kena...Dia cuma tinggal di rumah sewa tu selama 6 bulan sebab dia pindah rumah. Kahwin dgn orang Segamat dan sama sengau dengan dia )

KATA ORANG BERDUA LEBIH BAIK..

Tajuk ini bukan berkaitan dengan lelaki yang sudah berkahwin ye... jangan salah faham. Ianya berkaitan dengan kehidupan kita yang dulunya bergelar " Single" tapi kemudian berjumpa seseorang dan menjadi double...atau kata orang berdua. Ikut kiraan matematiknya
single + single = couple!
single + double = trouble!! ahakssss...
Anyway, betul ke berdua lebih baik? Macam lagu yang dinyanyikan oleh Acha Septriasa tu.
Kata orang kalau berdua segala masalah menjadi ringan kerana kini masalah kita dapat dikongsi dengan orang lain. Betul jugak, tapi bagaimana jika sepanjang hubungan kita tu, pasangan kita aje yang memanjang ada masalah? Dah daripada elok2 kita tak ada masalah, kena pulak fikirkan masalah orang lain. Kata orang kalau berdua, semua yang pahit pun akan terasa manis. Betul jugak ye sebab bila kita tgk pasangan kita makan gelojoh ke, kentut tak kira tempat ke, terpakai baju koyak ke, pasangan kita dok marah2 ke, cemburu buta ke...semua tu kita akan mudah lupakan dan memaafkan diorang. Cuba kalau kita lihat orang lain...mesti rasa meluat dan eeeeeehhh. Kata orang bila berdua terasa diri disayangi dan dikasihi. Betul jugak kan ..ialah bila ada sapa2 pandang pasangan kita, mulalah kita nak muka masam, mulut memuncung sedepa kedepan. Maknanya cemburulah tu..cemburu tanda sayang. Tapi macamana pulak jika cemburu tu berterusan menjadi selisih faham, daripada selisih faham menjadi pergaduhan mulut dan kemudian break off atau clash. Kemanakah menghilangnya lagu unbreakable yang pernah ditujukan kepada pasangan kita dulu? Kata oranglah...

Monday, October 4, 2010

PETUA PENJAGAAN RUMAH 1

Mr Google cakap gambar ni cantik sebagai hiasan
Selain petua masakan, petua penjagaan rumah sama jugak pentingnya dalam kehidupan seharian kita. Kadangkala petua2 ini amat membantu dalam keadaan tertentu walaupun zaman sekarang ini sebut apa saja bahan sudah macam2 ada terjual. Sebagai contoh pelbagai jenis sabun, Sabun basuh baju, basuh pinggan mangkuk, sabun badan, sabun muka, sabun kaki, sabun kereta, sabun kasut...dan macam2 jenis lagi. Tapi dalam masa yang sama, janganlah pulak kita melupai akan petua orang dulu2 yang kadangkala berguna untuk kita waktu sekarang...seingat saya antaranya ialah:
Hilangkan Kesan Hitam diPermukaan Sterika
Ambil kertas surat khabar dan dilipat 2 atau 3 menjadi tebal dan kemudian gosok sterika tadi atas suratkhabar. Lama-kelamaan kesan hitam di permukaan sterika akan hilang.
Hilangkan Kesan Minyak Pada Bekas Plastik
Gunakan belimbing buluh dan gosokkan kepada bahagian minyak yang degil tadi. Kesan minyak tersebut akan hilang bila dibilas.
Hindari Almari Anda Daripada Lipas
Ambil beberapa helai daun pandan dan dicuci bersih2, kemudian diikat kemas dan letakkan di dalam almari atau atas almari. Lama kelamaan lipas akan tiada dan almari jugak berbau wangi.
Pakaian Terkena Kopi
Cara cukup mudah. Ini biasa saya praktikkan dimana jika pakaian terkena kopi, jirus bahagian baju yang terkena kopi dengan air panas dan kemudian basuh seperti biasa, tetapi tengok jugaklah kain jenis apa. Kalau yang mahal dan sensitif, gunalah bahan yang khas.
So sehingga di entry lain. Selamat mencuba

RESEPI MUDAH LONTONG GORENG

Diam tak diam dah masuk minggu terakhir kita merayakan bulan Syawal. Rasanya macam baru semalam menyambut hariraya. Mungkin ada diantara kita yang masih mempunyai balance2 kuih atau jugak ketupat atau nasi impit yang disimpan dalam peti sejuk dek asyik makan benda sama je...so hari ni saya akan beri resepi mudah buat lontong goreng aka ketupat goreng aka nasi impit goreng..mana satu yang masih ada dalam stock. Next entry saya akan beri resepi special lontong goreng ala santai. Jadi, bila cakap mudah, bahan dia pun mudah jugak lah....antara bahan2nya adalah:
Ketupat @ Nasi Impit dalam 5 kampit dipotong 12 setiap satu. Ikut suka hati andalah.
6 biji bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 batang lada merah ditumbuk halus
1 batang lada hijau ditumbuj halus
Sedikit udang kering @ ikan bilis ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Kicap manis secukup rasa
Telur sebiji
Sedikit sayur hijau - apa2 sayur hijau pun boleh.... untuk kesihatan :-)
Cara membuatnya adalah panaskan minyak dalam 2 sudu dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau kemudian masukkan lada, udang kering @ ikan bilis, garam dan kicap dan tumis sekejap. Kemudian masukkan ketupat @ nasi impit tadi dan gaul sehingga sebati. Bila sudah sebati, masukkan telur dan gaul hingga rata dan anda boleh slurrrpppp panas2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails