JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, September 30, 2010

DINNER DI MYDIN USJ

Kain2 di Nagoya Carrefour Bkt Rimau
Hari ini saya dinner di Mydin USJ. Kalau kat situ, apalagi sudah pasti saya akan order Mee Rebus Johor yang ada dijual di Medan Selera Mydin sebelah luar...mengadap tv screen besar. Walaupun rasanya tidak sesedap mee rebus johor yang ori tetapi rasanya kira adalah... Saya tahu bahwa mee rebus lan janggut ada membuka cawangannya di Shah Alam cuma saya kurang pasti di mana kedainya beroperasi...( Mee rebus Lan Janggut memang terkenal di Johor Bahru ) so kalau ada sesiapa yang tahu, sila inform ye. Saya belanja mee rebus.

Inilah rupa mee rebus johor di mydin usj

Sambil berjalan-jalan di Mydin, lagu raya masih lagi berkumandang dan diselang seli pulak dengan lagu Bollywood...sah DJ tu minat lagu2 Hindustan. Cakap pasal Hindustan, beberapa hari yang lepas saya ada melihat kain-kain bollywood yang cantik di Nagoya. Kain semeter harganya di jual daripada RM6/meter. Memang banyak variasi serta pelbagai corak dan warna. So, bagi mereka yang akan menyambut Deepavali akan datang ni, bolehlah mula mencari kain-kain yang sesuai untuk di buat sari ke, baju ke dan macam-macam lagi.

KATA ORANG MINDA ORANG KAYA BERBEZA

Ehsan google
Pernah tak pada satu ketika kita memikirkan apa yang membezakan pemikiran dan minda orang kaya dan orang kurang kaya? Walau dimana kedudukan kita sekalipun, harus jangan lupa bahwa kalau bukan kita, mungkin ibubapa kita, mungkin datuk kita, mungkin moyang kita, ada diantara mereka yang pernah mengalami kesusahan hidup dan daripada kesusahan dan keperitan itulah yang menjadikan kesenangan pada generasi akan datang mungkin termasuk kita sendiri. Ini semua merupakan kajian dari segi general/umum saja dan tidak ada kena mengena dengan apa yang anda semua lalui. Mungkin ada yang benar dan mungkin ada jugak yang tidak. Antara yang membezakannya adalah:

#1: Orang kaya percaya "Saya yang mencorakkan hidup saya"
Orang susah percaya "Semuanya sudah nasib"
#2: Orang kaya berbisnes untuk menang.
Orang susah berbisnes supaya tak rugi.
#3: Orang kaya komited untuk jadi kaya.
Orang susah hanya nak kaya.
#4: Orang kaya berfikiran luas & jauh.
Orang susah berfikiran sempit.
#5: Orang kaya lebih tumpukan kepada peluang.
Orang susah lebih tumpukan kepada halangan.
#6: Orang kaya kagum dan mencontohi orang yang berjaya & kaya.
Orang susah benci dan dengki kepada orang berjaya & kaya.
#7: Orang kaya berkawan dengan orang positif & berjaya.
Orang susah berkawan dengan orang negatif & gagal.
#8: Orang kaya berfikiran positif tentang jualan & bisnes.
Orang susah berfikiran negatif tentang jualan & bisnes.
#9: Orang kaya lebih kuat daripada masalah.
Orang susah lemah dan lembik dengan masalah.
#10: Orang kaya bersedia belajar perkara baru.
Orang susah menganggap semuanya sudah tahu.
#11: Orang kaya memilih dibayar melalui hasil.
Orang susah memilih dibayar melalui masa.
#12: Orang kaya buatkan duit berkerja kuat untuknya.
Orang susah kerja kuat untuk cari duit.
#13: Orang kaya bertindak walaupun takut.
Orang susah biarkan ketakutan untuk tidak bertindak.


KATA ORANG CINTA DATANG DARI HATI

Bak kata pepatah mengatakan dari mata turun ke hati. Maka hatilah yang akan memberi keputusan samada menerima atau memberi  cinta kepada seseorang.. Macam mana untuk menilai cinta daripada hati sedangkan hati tidak berbicara. Adakah dengan hanya degupan jantung yang semakin laju menandakan bahwa kita mencintai seseorang? Bagaimana jika itu semua atas rasa kegugupan kita dek kerana malu. Bagaimana pula akal fikiran yang sentiasa ligat memikirkan tentang personaliti seseorang samada baik atau tidak, samada boleh dipercayai atau tidak, samada jujur atau tidak. Salahkah akal fikiran kita jika tidak menerima cinta seseorang kerana tiada ciri2 yang diinginkan sedangkan hati mula terdetik mencintai seseorang. Kata orang masanya akan sampai dengan sendirinya untuk kita tahu bila kita mencintai seseorang. Tapi bila? Seyakin mana hati kita membuat pilihan yang betul? Adakah kerana mata kita meng’ya’kan apa yang dilihat, maka hati menurut kata? Tepuk dada tanya selera. Kadangkala kita sendiri keliru untuk menilai erti cinta…

Wednesday, September 29, 2010

RESEPI IKAN KUKUS HALIA

Goreng sudah. Bakar sudah. Apa kata kali ini kita buat resepi kukus pulak. Bila cakap pasal kukus ni, rasanya makanan paling sesuai adalah ikan. Jadi haruslah beli dan saya cadangkan ikan siakap sebab rasanya fresh dan manis2 gitu, sesuai untuk masakan cara kukus. So terus kepada bahan-bahannya iaitu:

1 ekor ikan siakap dibelah tengah
3 ulas bawang putih dipotong kiub
1 biji lemon dipotong bulat
1 ulas halia dipotong nipis
3 sudu perahan jus limau
1 batang serai diracik halus
3 helai daun limau purut diracik halus
2 biji jeruk asam boi
1 sudu serbuk daun pasley
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya memang mudah. Yang penting anda perlu ada bekas untuk mengukus. Taburkan semua bahan tadi samarata diatas ikan siakap dan kemudian masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Kemudian kukus selama 30 hingga 40 minit dan pastikan ianya benar-benar masak atau mengikut selera anda. Hidang sementara masih panas. Mudah bukan.

ULASAN MOVIE - SHUTTER ISLAND

Lakunan mantap Leonardo Di Capprio dalam cerita ini membawa kita kepada satu misteri ke satu misteri yang semakin lama semakin rumit. Walaupun saya sudah boleh mengagak pengakhiran cerita ini daripada mula kerana terlalu banyak cerita2 yang berbentuk psycho sebegini tetapi anda akan tertarik dengan plot cerita yang sentiasa penuh dengan tanda tanya benar atau tidak bagi setiap keadaan.
Sipnosis cerita ini mengisahkan tentang seorang Marsyall yang dilantik oleh kerajaan US untuk menyiasat misteri kehilangan seorang pesakit mental disebuah rumah sakit yang terletak di sebuah pulau terpencil daripada dunia luar, dan dalam masa yang sama Marsyall tersebut ingin mencari pembunuh isterinya yang telah di hantar kerumah sakit tersebut. Kejutan mula berlaku apabila satu demi satu bukti yang didapati menunjukkan Marsyall itu telah membunuh isterinya sendiri kerana isterinya telah membunuh 3 orang anak mereka. Apakah kesudahannya? Anda pasti boleh agak :-)

SAJAK KEEMPAT

Lama benar tak buat sajak. Kali ini saya buat sajak pasal ...emmm hujan sebab hujan asyik turun je lately ni..
Pendam, rendam, kelam, selam.
Bilakah fenomena ini akan terhenti
Kupukul, kuhentak, kuhempap, ku singkap
Namun tak pernah ada segenggam harapan
Deraian titik hujan membasahi bumi
Seiring selari bersama pilu airmata
Menari, menyanyi senada sepi hati rindu
Tanpa tahu niat hati yang lupus
Tanpa melihat kusut akal berombak dusta
Hujan masih menitis, hujan masih menangis
Percikan alunan gitar memecah sunyi
Membawa lagu jauh terpinggir
Tatkala mereka pergi bersama bisikan cinta
Dan aku ditinggalkan sebeginii
Bilakah hujan mahu berhenti
Bilakah derita bertemu nokhtah

BILA HUJAN TURUN


Pendekar Bujang Lapuk
"Ani, angkat jemuran! Hujan dah turun.” Masihkah anda ingat dialog yang sentiasa terngiang-ngiang setiap kali melihat hari hujan? Of course pasti sure dah tentu anda ingat, daripada cerita Pendekar Bujang Lapok dialog Pendekar Mustar dari Kg Pinang Sebatang. Sejak kebelakangan ini hujan mula turun setiap petang dan kadangkala daripada pagi awan hitam sudah mula berkumpul berdiskusi bila nak turunkan hujan. Bila hujan2 begini, perkara pertama ianya akan mempengaruhi suhu air cond kita menjadikan air cond kita semakin sejuk. Bila air cond sejuk, ianya akan mempengaruhi tahap kecerdasan kita untuk membuat kerja yang akan menjadi semakin layu dan sayu. Bila tahap kecerdasan kita semakin layu dan sayu, ianya akan menjadikan kita semakin mengantuk dan mengantuk dan mengantuk. Bila kita semakin mengantuk, maka ianya akan memberi kesan kepada idea yang hendak kita masukkan dalam entry kali ini menyebabkan entah apa-apa keluar daripada fikiran kita… Tapi dalam entah apa-apa yang keluar tu, tangan ni masih lagi menaip dan idea datang bertimpa-timpa seperti bak kata pepatah, mengikat guni sekuat tidak, bocor dibawah mencurah-curah ( Jangan cari dalam Kamus Dewan Bahasa, memang tak ada…seperti yang saya cakap, idea tengah datang. Pepatah pun boleh keluar )
Awan Yang Pilu

Sebenarnya saya suka kalau huja turun waktu pagi sebab dapat memulakan kerja dengan suasana yang sejuk dan nyaman, fikiran fresh, motivasi tengah tinggi dan idea (idea lagi ) tengah banyak. Kalau hujan turun petang, saya tak boleh nak tumpukan perhatian kerana saya asyik terbayang…Jam ke tidak nak balik nanti? Apa2 pun, hujan tetap hujan, panas tetap panas. Terima dengan seadanya kerana itu semua ada rahmatnya.


KATA ORANG - MEMILIH ATAU DIPILIH

Pilih atau dipilih? Mana pilihan anda? Kalau kita pilih, sudah tentu semua ciri2 yang kita inginkan ada pada seseorang manakala kalau kita dipilih, kita pulak mempunyai ciri2 yang diingini oleh seseorang itu. Tapi dalam kedua-dua situasi ini, manakah yang mempunyai peluang cerah perhubungan itu untuk bertahan lama? Mungkin jawapan biasa yang akan kedengaran adalah semuanya bergantung kepada kejujuran dan hatibudi masing-masing. Tapi bilakah kejujuran dan hatibudi itu dapat anda ketahui setelah mengenali pasangan anda? Sebulan? 2 bulan? Setahun? 2 tahun? Emmm… you’ll never know. Macam petikan dalam cerita Forest Gump “ Life is like a box of chocolate. You’ll never what’s inside until you open it”. Sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah. Manusia yang kita kenali dulunya pendiam, boleh berubah menjadi kasar dan panas baran. Manusia yang kita kenali dulunya seorang penyabar dan pemalu, boleh berubah menjadi tegas dan pemarah. Mungkin ada juga situasi daripada buruk menjadi baik macam dalam cerita Lagenda Budak Setan. Kadangkala, ada jugak situasi kita memilih mengikut ciri2 yang diinginkan, mengenali hati budi diorang, berhati-hati dengan setiap langkah, tapi masih terkena jugak, masih jugak menemui kekecewaan, masih jugak ditinggalkan atau kita yang terpaksa meninggalkan diorang.
Mungkin agaknya kena balik kepada tradisi orang dulu-dulu iaitu mengikut pilihan ibubapa tetapi persoalannya orang dulu sama ke dengan orang sekarang? Generasi ibubapa kita dulu2, ibubapa mengenali ibubapa pasangan terlebih dahulu, barulah mereka mengenali anak mereka. Zaman sekarang, ibubapa kita mengenali pasangan kita dulu, barulah mengenali ibubapa mereka.…arus perubahan begitu ketara. Cara hidup semakin memerlukan kekuatan rohani dan jasmani. Meskipun kita masih ada adat dan budaya tapi pernahkah kita amalkan seperti generasi ibubapa kita dulu2… Mungkin ada, tapi saya rasa boleh dikira. Apakah anda memilih atau dipilih mengikut naluri hati anda? 60% penceraian berlaku dari pasangan yang telah mengenali diri masing-masing lebih daripada 3 tahun. Mana silapnya?  


PETUA-PETUA MASAKAN 2

Petua-petua masakan orang dulu2 semakin dilupakan kerana kemajuan teknologi masakini sehinggakan untuk memasak nasi goreng pun kena beli perencah nasi goreng sedangkan resepi bahan asas untuk membuat nasi goreng cukup mudah…tetapi harga perencah nasi goreng tidak kurang hebatnya, 95sen sepeket! Mesti semua tak nak bersusah2 nak tumis tu tumis ni kan. Kali ini, saya sambung lagi petua-petua masakan yang pernah saya praktikan dan baca melalui majalah2 masakan antaranya:
Karipap Rangup Dan Enak
Untuk mengelak karipap daripada liat dan keras, sebelum mengadun marjerin bersama tepung gandum, panaskan marjerin bersama ½ cawan minyak dan biarkan mendidih dan kemudian tuang minyak kedalam adunan tepung gandum tadi.
Bau Wangi Dalam Peti Sejuk
Letak sebungkus serbuk kopi dalam bekas plastic dan simpan dalam peti ais.
Pisang Goreng Lebih Garing
Masa mula2 saya buat goreng pisang, selalu aje tak garing dan sentiasa lembik. Tapi untuk menjadikan pisang goreng anda garing, campurkan adunan tepung gandum anda dengan sedikit tepung kastard.
Mengupas Bawang Putih Cara Mudah
Sebelum anda nak masak, ambil beberapa ulas bawang putih yang hendak anda gunakan dan gorengkan ia dalam kuali tanpa minyak. Lepas tu amat senang untuk anda kopek bawang putih tersebut
Menghilangkan Karat Pada Cerek / Bekas Masak
Setiapkali anda membasuh, bilaskan bekas tersebut dengan campuran cuka dan garam. Kemudian jemurkan sehingga kering.
Hilangkan Kerak Degil Pada Periuk
Bukan aje daki pada baju je yang degil, kerak pun ada jugak yang degil. Untuk menghilangkannya adalah dengan merebus kulit kentang kedalam periuk yang berkerak tadi dan biar selama beberapa minit sehingga mengelegak. InsyaAllah, kerak itu akan tanggal dengan sendirinya.
Selamat mencuba.... :-)

I-CITY DAN KELIP-KELIP

Sebatang pokok berharga RM1,400. Ikut pada saiz.
Sana sini memperkatakan tentang i-city yang penuh dengan cahaya berwarna-warni, penuh dengan keindahan dan gemerlapan lampu. Maka ramai jugaklah pengusaha nursery pokok2 menghasilkan pokok2 yang boleh menghasilkan cahaya-cahaya yang pelbagai warna, tapi jangan salah sangka pulak, bukan pokok tu yang mengeluarkan cahaya tetapi ianya di reka seperti pokok yang menghasilkan bunga dan daun yang bercahaya seperti yang terdapat di i-city. So lain kali, tak payah nak ke i-city, kat rumah sendiri dah ada pokok yang bercahaya. Tapi anda jangan pulak terperanjat bila melihat harganya sebab sebatang pokok yang sederhana besar berharga dalam RM1,400.00! Yang tak ada pokok, Cuma bunga atau daun bercahaya dalam 4 @ 5 tangkai berharga dalam RM500.00. Emmm gamatnya kena pergi i-city jugaklah rasanya  tetapi bagi mereka yang ada modal dan inginkan kelainan dalam rumah mereka, anda boleh membelinya di nursery2 pokok atau kedai lampu ( Saya jumpa di nursery Carrefour Bukit Rimau )
Kg Kuantan terkenal dengan kelip2. Ehsan Google

Bila kita cakap pasal lampu-lampu bercahaya waktu malam, masa zaman dulu2 dikampung, ada juga tempat-tempat yang mempunyai cahaya2 diwaktu malam tanpa cahaya2 lampu. Sumber semulajadi alam yang menerangi malam daripada serangga yang kita panggil kunang-kunang atau kelip-kelip atau dalam bahasa Inggerisnya fireflies. Sekarang ni, sungguh payah untuk kita jumpa serangga ini dan saya pernah melihat kunang2 ini di Kampung Kuantan, dekat Kuala Selangor dimana untuk melihat kunang2 ni kena menaiki sampan dan berkayuh sepanjang 100m untuk melihatnya di celah2 pokok pada waktu malam…. Dan kena bayaran sebanyak RM10 seorang kalau tak salah saya..waktu tu. Its very special species yang cukup menakjubkan dan anda seperti melihat bintang2 berkerlipan pada waktu malam….

Tuesday, September 28, 2010

PETUA-PETUA MASAKAN 1

Kadangkala, masakan bukan saja tentang dengan kesedapan dan kelazatan, tapi bagaimana ianya boleh menjadi sedap dan lazat. Bagaimana daging boleh jadi lembut? Bagaimana ikan goreng tidak terpecik minyaknya semasa menggoreng? Ini semua bukan daripada reseipi, tapi daripada petua-petua. So, entry kali ini saya akan cuba mengingatkan petua-petua yang pernah saya baca dan jugak mempraktikkannya sendiri. 
Elak Ikan Melekat Pada Kuali
Masukkan sedikit garam pada minyak dan kacau hingga sebati. Kemudian bolehlah anda menggoreng ikan atau ayam. Jangan pulak anda masukkan terlalu banyak garam, nanti masin pulak ikan anda.
Melembutkan Daging
Masukkan segenggam beras pulut dalam air dan rebus bersama daging.
Elak Telur Retak Bila Direbus
Khas bagi merebus telur dalam kuantiti yang banyak. Masukkan telur dalam bekas jaring besi / biasanya digunakkan untuk letak bawang @ kentang, kemudian masukkan sedikit garam dalam air dan rebus telur dalam bekas jaring tadi.
Kupas Telur Cara Mudah
Jika ingin mendapatkan permukaan telur yang licin, anda hendaklah merendamkan telur yang sudah direbus kedalam air sejuk dan biarkan telur itu sejuk. Kemudian anda boleh kupas telur tersebut dengan mudah.
Hilang Bau Dalam Peti Sejuk
Anda cuma perlu letak sekeping roti kosong dalam peti sejuk. InsyaAllah, hilang bau walau bau durian sekalipun.
Ok...nanti saya bagi lagi petua-petua yang saya ingat-ingat lupa kerana al maklumlah ada yang saya praktikkan dan ada yang tidak. Anyway, selamat mencuba.

ULASAN MOVIE - LU FIKIRLAH SENDIRI DE MOVIE

Bagi saya ceritanya simple dan mempunyai jalan cerita yang mudah tapi kesampaian. Tentang kehidupan seharian Nabil dan keluarganya yang hidup susah. Jika anda mengharapkan cerita ini berunsur lawak, maka mungkin anda akan kecewa kerana bagi saya lawak-lawak yang di tonjolkan adalah biasa, Sebaliknya saya lebih tersentuh dengan shot2 sedih dimana Nabil terpaksa berkorban dengan bekerja di pasar malam hanya untuk membelikan Mila (Adik Nabil ) sepasang kasut kerana kasutnya sudah koyak. Ada juga keadaan dimana Nabil bergaduh dengan adik lelakinya yang dipercayai terlibat dengan gejala dadah yang telah menjual satu2nya motor Nabil hanya untuk mendapatkan duit. Secara keseluruhannya ceritanya ok dan boleh ditonton.
Jom santai sekejap - ***

Monday, September 27, 2010

JUSCO BABY FAIR

Jusco Baby Fair kembali lagi dengan potongan-potongan diskaun yang menarik di setiap hypermarket Jusco. Rasanya baru beberapa minggu yang lepas saya ada buat entry mengenai Jusco mengadakan jualan sehingga 70% bagi pakaian dan alat kosmetik..tup-tup, datang lagi jualan Jusco, kali ini bagi sesiapa yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak, rasanya inilah masa yang sesuai untuk anda meninjau dan membeli barangan-barangan Jusco dengan potongan harga yang hebat...ada sehingga 70%. Rasanya kalau mengikut sms yang saya terima, jualan ini bermula daripada 27-09-2010 sehingga 10-10-2010 Jadi jangan tunggu sehingga barang dah tak ada stok baru nak pergi. Bagi saya, selalunya saya akan pergi ke Jusco Bukit Tinggi ataupun Jusco IOI Mall Puchong ataupun Jusco Bukit Raja. Tengok keadaanlah. Rasanya Jusco sekarang ni ada hampir setiap kawasan-kawasan bandar.

JOM SANTAI BERSAMA DIGI IPHONE 4

Iphone kini sudah menjangkau kepada IPhone 4. Dengan combinasi DIGI membawa kepada satu lagi era baru dalam dunia teknologi komunikasi. Daripada penggunaan surat, talipon bercable, wireless telephone hinggalah ke IPhone 4. Dengan kecanggihan panggilan video bergambar daripada IPhone 4 ke IPhone 4 menggunakan Wi-Fi, Kesempurnaan dan ketajaman resolusi phone screen dengan lebih daripada 4 kali pixel daripada IPhone sebelumnya. Anda juga boleh menggunakan multi task serentak tanpa mengganggu kelajuan application tersebut dan juga tanpa memberi kesan kepada jangkahayat batteri anda dan juga anda boleh merekod, menambah dan berkongsi video recording hanya di IPhone 4 ini.
Banyak application yang boleh didapati di dalam IPhone 4 dan bagi saya salah satu daripadanya adalah application tentang masakan!! Kalau nak masak resepi yang istimewa, yang sedap, yang lain daripada yang lain, cari saja resepi tu kat dalam IPhone 4. Anda boleh dapati pelbagai resepi daripada pelbagai citarasa dari pelbagai chef2 dan host2 yang terkenal seperti Martha Stewart, Jamie Olivers dan lain-lain. Jom Santai Sekejap punya resepi on next IPhone 5 :-)
Dengan DIGI yang mengadakan promosi post paid daripada serendah RM58 sebulan dengan kelebihan 200 sms percuma, 20 mms percuma dan internet 1GB serta caj panggilan yang rendah ke semua nombor, saya rasa sesiapa saja mampu memiliki IPhone 4. Promosi DIGI bermula daripada 24 September 2010.
Jadi hayatilah kelancaran dan kecanggihan IPhone 4 ini sambil melayari applikasinya yang banyak untuk anda terokai. Semuanya di hujung jari anda.
Salah satu resepi Jamie Oliver dalam IPhone 4

Sunday, September 26, 2010

RESEPI KEPAK AYAM BAKAR MADU ALA SANTAI

Sebenarnya saya jarang masak mengunakan cara membakar, tapi sekali sekala, bila ada masa, ada jugak cuba buat masakan dengan cara bakar atau barbeque. Tukar selera. Kali ni, saya bagi anda resepi Ayam Bakar Madu Ala Santai. Anda boleh bakar dengan menggunakan arang atau oven, tak jadi masalah. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan asasnya adalah:
10 kepak ayam
3 camca besar minyak masak
2 biji perahan limau nipis
1 kotak santan 500ml @ 1 biji kelapa
Garam secukup rasa

Bahan untuk dimarinate:
8 biji cili merah dikisar halus
2 batang serai dihiris halus
1 sudu besar serbuk kunyit
10 biji bawang merah dikisar halus
2 biji buah keras dikisar  atau ditumbuk halus
Sebotol madu - mengikut kesukaan anda bila dimasukkan dalam acuan
1sudu kecil serbuk daun pasley
2 sudu kecil kerisik

Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan untuk dimarinate tadi kedalam satu bekas bersama dengan kepak ayam dan simpan dalam peti ais ( tak simpan dalam peti ais pun tak pe ) selama sejam dan kemudian masukkan kedalam bekas tahan panas. Lumurkan pulak dengan bahan asas tadi seperti santan, perahan limau, minyak dan garam secukup rasa keatas kepak ayam dan tutup bekas tahan panas dengan foil. Jika anda menggunakan arang, anda boleh terus membakarnya tanpa menggunakannya bekas tahan panas dan foil. Jika anda menggunakan oven, anda perlu bakar pada suhu 180 - 200 darjah dalam masa 1jam hingga 1 1/2jam atau sehingga masak.  

Saturday, September 25, 2010

KATA ORANG KAWAN KARIB TAK BOLEH JADI KEKASIH

Emmm...kenapa ye macam tu? Kata orang, kalau kawan karib menjadi kekasih, maka secara automatik, dia akan kehilangan seorang kawan karib tetapi mendapat seorang kekasih. Segala-galanya akan berubah samada dari segi layanan, percakapan, topik perbualan, gurauan samada sesama sendiri atau pun dengan orang lain.. yelah, masa jadi kawan karib, tak ada rasa cemburu..kalau ada pun cemburu sebagai kawan, tapi bila dah jadi kekasih, ada pulak perasaan cemburu. Kenapa kena berubah? Kenapa tak boleh kekal segalanya sebagaimana semasa kita berkawan rapat? Sebab tu kalau kita tengok cerita-cerita dalam slot cerekarama ke, ada kisah2 dimana seseorang tu sanggup kehilangan kekasih daripada kehilangan seorang sahabat. Bayangkanlah, selama ini kita sentiasa berkongsi suka duka, segala kepahitan hidup, kegembiraan, cerita kehidupan ...semua dicurahkan dan diluahkan kepada kawan karib kita...tiba-tiba satu hari kita mencurahkan pulak luahan rasahati bahwa kita sayang pada kawan kita tu...Ada pepatah mengatakan bahwa kawan gembira kat mana-mana boleh cari, kawan menangis amat sukar untuk dijumpa. Ada jugak keadaan dimana kerana kita terlalu sayang dan takut kehilangan seorang kawan karib, maka segala yang perasaan dalam hati terpendam begitu saja tanpa diluahkan dengan kata-kata kerana takut disalah erti atau berlaku salah faham...kawan menjadi kekasih, kata orang.

Friday, September 24, 2010

RESEPI MAGGI GORENG BASAH

Resepi ni saya khaskan kepada orang bujang yang kehabisan fulus dek menyambut Hariraya. Almaklumlah, bila balik kampung, sure budget lari, bila budget lari, maka makan pun tak macam biasalah...jadi resepi kali ini mempunyai mottonya tersendiri...biar murah tapi sedap.
Bahan-bahannya cukup senang.
Sebiji bawang merah dan bawang putih dikisar/tumbuk
Sos Cili ikut kesukaan anda. nak pedas letaklah banyak2
Serbuk secukup rasa
Garam secukup rasa
1 sudu kicap manis
Sebiji telur
1 sudu sos tiram
Sayur apa-apa saja jika perlu.

Cara memasaknya pun senang. Mula-mula tumis bawang merah dan putih hingga naik bau. kemudian masukkan semua bahan juga 2 mangkuk air ( kecuali telur dan maggi ). Bila dah mengelegak, masukkan maggi tanpa perisa dan panaskan sehingga kuah hampir kering dan masukkan telur dan sayur. Kecilkan api dan angkat mengikut kesukaan anda samada anda inginkan kuah pekat atau kuah banyak sedikit.

Wednesday, September 22, 2010

ROLLER COASTER DALAM SHOPPING COMPLEX

Actually apa benda saya nak panggil pun kurang arif, so saya panggil roller coaster jelah sebab ianya menyerupai. Sekali tengok macam tempat laluan barang, tapi tiba-tiba ada orang menggelongsor di dalamnya. Kalau tak salah saya ianya bermula daripada tingkat 3 bahagian IT departmental store dan slide hingga ke gound floor dan sesiapa saja boleh masuk. Lupa pulak, kat mana ye... Ianya berada di dalam Empire Shopping Gallery,Subang Jaya. Semasa saya pergi, sudah ramai yang mencubanya dan seronok juga melihat gelagat mereka yang memasukinya. Ada yang menjerit, ada yang diam je, ada yang boleh tersekat kat tengah-tengah terowong tu dan macam-macan lagi kerenah yang lucu dapat anda lihat secara langsung. Macam-macam cara untuk menarik pelanggan untuk berkunjung ke sana. Teringat saya pada permainan dulu-dulu sewaktu belum ada lagi permainan gelongsor. Biasanya kita akan menggunakan pelepah kelapa dan kemudian pergi kat mana-mana bukit dan dusshhhh mengelongsor turun bukit. Pelepah kelapa tu jugaklah boleh buat main tarik-tarik kesana ke sini....emmm sekarang adalagi ke yang main macam tu?

Tuesday, September 21, 2010

KATA ORANG MEMORI LAMA SUSAH DILUPAKAN

Kadangkala amat payah untuk kita melupakan setiap memori2 silam yang pernah singgah dalam kehidupan kita, lebih2 lagi bila ianya berkaitan dengan hati dan perasaan. Pasti setiap bait-bait nostalgia bersemadi dalam ingatan kita membuatkan kehidupan mendatang sentiasa dirintangi dengan memori masa lampau. Lumrahnya manusia, kita sentiasa memerlukan kenangan yang indah dan manis untuk memberikan kita inspirasi bagi menempuh kehidupan akan datang walaupun pada hakikatnya kita tidak lagi berada di dalam memori itu. Tapi bolehkah memori masa silam mengubah persepsi dan perasaan kita pada seseorang pada masa sekarang atau akan datang? Wajarkah kita membandingkan mereka? Kenapa susah sangat untuk kita melupakan kisah-kisah silam jika orang yang berada di depan mata jauh lebih baik daripada memori usang?
Mungkin itulah kuasa Cinta pandang pertama. Pertama untuk segalanya hingga terbuka hati untuk menerima kasih sayang daripada seseorang hinggakan bila kisah cinta itu tidak kesampaian seperti yang dirancang, ruang untuk menerima kasih sayang semakin mengecil, semakin berkurang, semakin tipis bagi sesiapa yang ingin mencurahkan sayang kepadanya walaupun sebesar mana kasihsayang mereka. Tapi saya pasti, jika seseorang itu dapat memberikan sesuatu yang mampu menyamai memori yang ada, lambat laun ruang untuk menerima kasih sayang mula terbukak dan bermulalah satu memori baru dalam kehidupan anda. Tapi sejauh mana memori baru dapat bertahan, sejauh mana memori lama mengubah segalanya, andalah yang akan menilainya… Kata orang.

TRIBUTE TO ALLAHYARHAM M RAJOLI

Bab-bab menceritakan perihal seseorang bukan kepakaran saya tapi pemergian Allahyarham M Rajoli cukup menyentuh hati saya hinggakan saya 'terpanggil' untuk membuat entry yang saya khaskan kepada pelakun yang amat saya minati iaitu Allahyarham M Rajoli yang telah pulang ke rahmatullah pada hari Jumaat di Hospital Ampang jam 10.45 malam akibat sesak nafas setelah beliau menderita penyakit barah otak sejak 3 tahun yang lalu sehingga lumpuh satu badan dan terpaksa menggunakan system bantuan pernafasan. Allahyarham meninggalkan dua orang isteri iaitu Hashimah Md Din dan Wan Chik Daud serta 4 orang anak iaitu Siti Dzaleha, Nur Muhammad, Siti Nazirah dan anak bongsu beliau yang bergelar Hafiz dan telah mengimamkan sembahyang jenazah bapanya.
Bagi saya, bakat Allahyarham bukanlah daripada segi rupa parasnya, bukan dari segi glamournya, tetapi bakar seni lakunannya yang semulajadi dengan setiap watak yang di lakukannya membawa kesan yang mendalam tidak kira watak komedi atau sedih. Saya pasti akan sentiasa mengenang beliau yang mampu mencuit hati dengan dengan lakunan selamba, berpakaian ranggi serta kegemaran beliau membawa motor berkuasa besar. Allahyarham pernah menggondol anugerah Pelakun Pembantu Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 15 pada tahun 2001. Dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 7 April 1945, telah mula berlakun sejak tahun 1964 menerusi filem Ibu Ayam.
Mengikut apa yang saya dengar, Allahyarham tidak pernah meninggalkan sembahyang walaupun ada shooting dan begitu juga semasa beliau sakit. Bagi saya, Allahyarham adalah seorang idola yang harus di contohi oleh pelakun2 muda sekarang ini. Untuk pengetahuan anda semua, Allahyarham pernah belajar tahfiz Al Quran di Lahore, Pakistan pada penghujung 1960an, tapi terkandas kerana berlaku peperangan di sana dan perjuangan beliau disambung oleh anak bongsu beliau yang sudah bergelar hafiz.
Dikesempatan ini, sama-samalah kita berdoa agar rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan salam takziah juga kepada keluarga dan anak-anak beliau semuga tabah menghadapi realiti kehidupan. Al Fatihah.

ULASAN MOVIE - GROWN UPS

Filem  Grown Ups mengisahkan tentang perjalanan hidup 5 sekawan yang rapat semasa kecil dan kemudian masing2 membawa haluan masing-masing .30 tahun kemudian, mereka dipertemukan kembali untuk menghadiri pengebumian jurulatih bolakeranjang mereka semasa kecil dulu. Dari perjumpaan itulah berlakunya kisah-kisah lucu yang cukup mengelikan hati anda. Bagi sesiapa yang inginkan ketenangan jiwa sambil  bersantai, cerita ini memang sesuai untuk anda. Adegan-adegan para bapa melatih anak2 mereka sehinggakan mereka tidak dapat mengawal diri, menyebabkan si bapa yang yang bermain semua permainan kanak2….cukup kelakar dan lawak. Dibarisi pelakun2 komedi terkenal seperti Adam Sandler, Kevin James, Chris Rock, David Spade dan Rob Schenieder pasti membuatkan anda tidak kering gusi melihatnya.
Jom santai sekejap - ****

Sunday, September 19, 2010

MID AUTUMN FESTIVAL AT SUMMIT USJ

Clown performance at Summit USJ
Yesterday I went to Summit USJ for a dinner together with my sis in law family. We had it at Mandy’s, beside Sushi King. As usual, I ordered teriyaki chicken rice and same to the others except my father in law who ordered fish and chips…Before that I went to the Summit main stage and there’s a clown performances. I couldn’t hear anything what the clown said as the sound systems was not that good, but you know what the clown’s joke all about from their gesture itself. There’s also a group of lion dance performance and there’re many people behind them with what I called ‘Tang Lung’ followed the lion dance group entered each shop at the ground floor of the Summit USJ Shopping Centre. I suppose it’s for Mid Autumn Festival. I can see there are Chinese, Malays and Indians together bringing their colorful Tang Lung together with their children. This is something that rarely we can find and see in other countries. The unity of Malaysian people regardless of what race there are........ (Entry kali ni saja buat dalam bahasa Inggeris, sayang score tinggi -tinggi bahasa Inggeris dalam SPM kalau tak digunakan )

KATA ORANG BERKASIH BIAR SATU

Berkawan biar seribu, berkasih biar satu...kata orang. Tapi dalam situasi sekarang ni, rasanya susah untuk kita cari kawan yang boleh kita panggil kawan sedangkan mencari kekasih pulak yang rasanya senang.. Setakat putus cinta , putus kasih tu dah macam biasa berlaku dimana-mana. Bercinta masa sekolah menengah lain, bercinta masa alam IPTA lain, bercinta masa bekerja lain....Bagaimana pulak dengan kawan? Kawan yang macam mana yang kita panggil kawan? Adakah setakat kenal nama dan berbual beberapa kali sudah dipanggil kawan? Adakah rakan2 satu kuliah dipanggil kawan? rakan sepejabat dipanggil kawan? Terserah kepada anda untuk mendefinasikan makna kawan tapi bagi saya kawan adalah seseorang yang mengenali hatibudi kita dan membantu kita samada darisegi sokongan mahupun dorongan semasa kita susah mahupun senang. Tetapi adakah mudah untuk mendapat kawan sebegitu? Kadangkala manusia sentiasa memandang seseorang melalui mata kasar tanpa menilainya melalui hati menyebabkan kita sentiasa keliru untuk menganggap seseorang itu sebagai kawan atau kekasih. Sebab itulah juga jangka hayat sesuatu perhubungan yang dipanggil 'kekasih' tidak seperti yang dirancang kerana pandangan mata kasar tidak sedalam dan seikhlas mata hati.....Kata orang.  

ULASAN MOVIE - THE EXPENDABLES

The Expendables bagi saya mempunyai jalan cerita yang simple dan penuh dengan aksi yang lasak. Kenapa tidak, lihat saja barisan pelakunnya yang hampir semua merupakan hero-hero filem aksi seperti Slyvester Stalone, Arnold swchanizenger, Jason Staham, Dolph Lugren, Bruce Willis, Jet Li, Mickey Bourne, Steve Austin dan lain-lain…sorry ejaan kalau tunggang terbalik. Letup sana letup sini memang anda boleh jangkakan. Macam biasalah, yang saya rasa kurang logik sikit adalah tang bila pasukan Expendables ni menembak pasukan musuh yang begitu ramai, satu peluru pun diorang tak kena tapi musuh semua kena…tak kiralah pakai mesin gun ke, pakai pistol ke, pisau ke….musuh mesti kena. Anyway, bagi saya filem ni memang seronok untuk ditonton dan setiap minit penuh dengan aksi yang mendebarkan.
Jom santai sekejap - ***1/2

Saturday, September 18, 2010

JUSCO SALES HINGGA 19SEPT

Jusco Bukit Tinggi

Entry dulu pernah saya inform yang Jusco Tebrau Citydi Johor Bahru mengadalan sales hingga 19Sept. Begitu juga dengan Jusco Bukit Tinggi. Saya tak tahulah samada barangan yang ada jualan tu sama bagi setiap cawangan Jusco tetapi kemungkinan besar sama. Walaupun kedengaran lagu-lagu raya masih lagi berkumandang, tapi saya lihat diruang legar Jusco Bukit Tinggi sudah di adakan promosi pesta tanglung dimana pelbagai jenis tanglung dijual disitu. Ramai pengunjung yang datang ke Bukit Tinggi ini maklumlah hari cuti, so semua orang mengambil kesempatan untuk membeli belah sementara ada jualan dan diskaun yang ditawarkan. Antara bahagian-bahagian yang saya lihat menawarkan diskaun sehingga 70% adalah di bahagian kasut dan pakaian. Bahagian-bahagian lain ada juga menawarkan diskaun antara 30 -50%. Selain daripada Jusco, kedai-kedai yang berada di dalam Jusco Bukit Tinggi juga mengadakan jualan seperti FOS, Padini, Bata dan lain-lain kedai. Cuma satu kedai je yang memang tak ada buat sales iaitu kedai Hinode Shop sebab ianya kedai barangan harga RM5 setiap barang :-) anyway, bagi saya memang berbaloi membeli barangan di Hinode Shop sebab murah dan tahan lama...kalau anda kreatif, pasti macam-macam benda anda boleh buat dengan barangan di Hinode Shop terutama barangan yang diperbuat daripada kaca.

Ruang Legar Jusco Bkt Tinggi - Pesta Tanglung

Friday, September 17, 2010

ASAM PEDAS DI TANJUNG EMAS, MUAR

Asam pedas ikan merah, ikan mayong dan telur ikan

Satu lagi masakan yang menjadi kegemaran saya di Muar adalah asam pedas. Di Muar, kalau ada lauk asam pedas saja sudah memadai untuk dimakan dengan nasi. Lauknya pulak terdiri daripada beberapa jenis ikan seperti ikan merah, ikan mayong, ikan pari dan ada jugak ikan kembong. Tempat yang paling kerap saya singgah untuk makan asam pedas selain bentayan adalah di gerai No 10 Hj Othman bin Koming yang terletak di Tanjung Emas. Asam pedas dia memang cukup sedap sehingga setiap kali balik KL, saya akan bungkus asam pedasnya. Sebelum saya bertolak ke KL hari ini, saya sempat singgah ke gerai Hj Othman ini dan order asam pedas ikan merah dan ikan mayong serta asam pedas telur ikan, di tambah dengan sayur campur dan telur masin….perghhh memang menjilat jari. Pendekata, sepanjang gerai sebelah menyebelah dengan gerai Hj Othman, semuanya menjual lauk asam pedas, jadi tak payah risau jika ada lauk asam pedas yang dah habis sebab anda boleh pergi mana-mana gerai disitu. Pada entry yang lepas, saya ada juga memberikan anda semua resepi asam pedas ala santai dan anda boleh mencubanya. Memang berbaloi jika anda memasak asam pedas Muar. Harga asam pedas di Muar pulak bukan begitu murah, jumlah semua yang saya order termasuk saya bungkus 1 lauk ikan mayong berjumlah RM30 termasuk dengan 2 air lai chee kang dan 2 air suam. Jadi jika anda ada tersinggah ke Muar, cubalah asam pedas Muar yang terletak di tanjung emas, bersebelahan masjid jamek/besar Muar.
Gerai Makan Asam pedas di Tanjung Emas, Muar


Thursday, September 16, 2010

ULASAN FILEM - LAGENDA BUDAK SETAN

Lagenda Budak Setan bagi saya merupakan sebuah movie yang agak mendatar jalan ceritanya dan dari setiap babak ke setiap babak tiada klimaks. Contohnya bila kita nak rasa klimaks sedih, babak bertukar ke cerita lain. Bila nak rasa klimaks gembira, bertukar lagi ke babak lain menyebabkan setiap jalan cerita terasa mendatar dan tiada ‘feel’. Tetapi pujian harus saya berikan kepada pelakun2nya yang benar2 menghidupkan watak2 mereka seperti Farid Kamil, Que Haidar dan Lily Surihani. Begitu juga dengan Sqikin Kamal, Raja Farah dan Nur fazura. Mereka2 inilah bagi saya yang membuat filem Lagenda Budak Setan hidup.
Sipnosis cerita menceritakan bagaimana Ayu(Lily Surihani) dapat ‘menjinakkan’ Kasyah yang terkenal dengan perangai suka membuli(Farid Kamil) dan mereka bercinta tetapi Kasyah terpaksa menjalankan research luar kampus selama setahun dan Ayu pulak terpaksa dikahwinkan dengan Azmi ( Que Haidar) atas desakan ibu Ayu. Rumahtangga mereka porak peranda dan Ayu sentiasa didera sehingga satu hari Ayu nekad keluar dari rumah dan mendapat kemalangan menyebabkan mukanya cedera teruk dan terpaksa menjalani pembedahan plastik dan bertukar wajah dan menukar nama menjadi Amelia. Azmi dan Ayu/Amelia bercerai dan bila mereka bergaduh, Ayu cedera dan hilang ingatan tapi akhirnya berjaya juga berkahwin dengan Kasyah tetapi apabila melahirkan anak, dia meninggal. Watak Nur Fazura bagi saya tidak banyak membantu kerana Kasyah tetap sayang kepada Ayu dan tidak meninggalkan apa-apa impak kepada jalan cerita. Anyway, bagi mereka yang belum melihat ceritanya, bagi saya, anda boleh menonton ceritanya walapun tidak se’setan’ cerita Ali Setan.
Jom Santai sekejap - ***

BERMALAM DI MUAR RAYA KE 4

Hotel Classic Muar reception
Di Muar saya bermalam di Hotel Classic yang terletak bersebelahan dengan Mc Donald atau Wetex Parade. Kalau di Muar ni, rate dia tak adalah semahal di JB mahupun KL. Bilik standard 2 single bed cuma dalam lingkungan RM125 sahaja. Ada yang lebih murah seperti di Hotel Pelangi dan Muar Trades Centre yang pernah saya stay pada bulan puasa dulu yang saya ceritakan pada entry yang lepas. So, selepas check in, saya dan family pun berjalan-jalan ke Wetex Parade kerana ianya terletak bersebelahan dengan Hotel Classic, so tak perlulah nak berkereta pergi ke shopping complex yang lain, malah ada beberapa lagi shopping complex yang berdekatan yang boleh sampai kesana dengan berjalan kaki saja. Macam yang saya cakap, barangan di Muar ni jauh lebih murah daripada KL tidak kira barangan jenis apa.  Saya pernah pergi kekedai pakaian dan melihat pakaian jenis yang sama tapi di Muar dijual dengan harga RM50 sedangkan di KL, harganya mencecah RM98!! Double tu harganya. Malah DVD yang dijual ditepi jalan pun harganya RM5 sedangkan di KL harganya dalam RM8 bagi sekeping DVD….. opsss yang pirate punyalah.

Ruang legar Wetex Parade

Anyway, saya taklah beli DVD tersebut sebab manalah tahu gambarnya tak cantik, satu hal pulak saya nak ke Muar untuk menukar dengan yang lain. Di Wetex Parade ni ada jugak ruang legarnya yang didecorate sempena menyambut Hariraya cuma saya tak pasti samada ruang legar itu hanya untuk hiasan atau ada beberapa pertunjukan, masa saya datang tu ruang tu macam tak ada apa2 aktiviti.


Wednesday, September 15, 2010

JOM MAKAN DI BENTAYAN MUAR

Pintu masuk ke Muar selepas jambatan
Saya bermalam di Muar sebelum menyambung perjalanan ke KL esoknya. Salah satu destinasi tempat makan yang paling saya suka di Muar ialah Bentayan. Lokasinya bersebelahan dengan bus stand Muar. Dulu pernah saya ceritakan serba sedikit tentang keistimewaan dan pelbagai makanan yang dijual disini dan makanan kegemaran saya di Bentayan ialah Mee Bandung Muar dan juga tahu bentayan. Saya jugak ada memberikan anda resepi tahu bentayan pada entry yang lepas. Dulu pernah ada orang jual nasi beringin yang jugak merupakan makanan kegemaran saya tapi gerainya dah lama ditutup, tapi ada satu gerai makan di tanjung agas yang menjual nasi beringin dengan lauk seperti ayam, daging,limpa dan kambing. Malam ni saya order Mee Bandung Muar dan jugak teh tarik. Makanan kat sini masih lagi murah. Harga minuman asas masih lagi pada harga RM1 dan harga Mee Bandung ialah RM3. Harga tahu bentayan pulak pada harga RM2…. Cukup murah bukan. Di Muar ni, satu keunikannya adalah apabila menjelang pukul 9 je, hampir semua kedai-kedai kecuali supermarket dan hypermarket, akan menutup operasi, maka kita akan lihat sepanjang jalan dalam bandar agak lengang...bukan dengan kereta, tapi dengan kedai-kedainya sebab kereta masih lagi penuh di jalan-jalan dalam bandar.
Bentayan Muar sentiasa penuh




BERSANTAI DI TANJUNG MUAR

Salah satu tempat yang mesti saya pergi jika ke Muar adalah tanjung. Ianya terletak dibandar Muar sendiri bersebelahan dengan masjid besar / jamek Muar. Masa dulu-dulu, kawasan tanjung ni memang banyak tempat makan, tapi kemudian tempat-tempat makan itu di pindah ke gerai berhadapan dengan tanjung, berdekatan dengan jeti tanjung. Salah satu daripada keistimewaan tanjung adalah pemandangannya yang memukau. Pemandangan sungai Muar yang tenang, sekali sekala kedengaran bot peronda dan juga bot nelayan yang mundar mandir di sepanjang sungai Muar. Antara makanan yang menjadi kegemaran saya ditanjung adalah rojak dan  juga mee siput. Rojak nya ada kelainan sikit daripada rojak-rojak ditempat lain dan begitu jugak mee siput yang saya rasa memang originally datangnya daripada Muar, dicicah dengan sambal membuatkan terasa kesedapan mee siput tersebut. Tanjung pada waktu malam juga cukup meriah dengan kelihatan beberapa orang sedang memancing dan jugak ada pertunjukkan nyanyian jalanan daripada beberapa orang yang ingin memghiburkan pengunjung tanjung. Saya pasti bagi yang ingin menghirup udara segar serta angin sepoi-sepoi bahasa, pasti akan berkunjung ke tanjung pada waktu malam. 
Saya memang jarang pergi ke tanjung pada waktu malam tapi suka mengambil angin pada waktu petang. Ramai jugak pengunjung yang membawa keluarga mereka pada waktu petang sambil bersantai, ada juga yang bentang tikar dan open table.... kira open house raya tapi buat kat tanjung.

Tuesday, September 14, 2010

JUALAN DI JUSCO TEBRAU CITY

Ruang Legar Jusco Tebrau City
Lama jugak saya tak berjalan ke JUSCO Tebrau City. Hampir 2 tahun rasanya. Tak banyak perubahan yang saya nampak kecuali pertambahan kedai-kedai. Saya bawak mak dan adik2 saya serta family berjalan-jalan sambil belikan diorang ‘hadiah’ Hariraya. Kami makan di Rasa Mas. Lepas tu berjalan ke sana ke sini dan disebabkan kat Jusco Tebrau City ni panjang…memang tak semua tempat dapat kami round dan survey. Kira suku bahagian je yang sempat tengok dan ronda. Di Jusco sendiri ada sales di semua bahagian dan sales tersebut rasanya sampai 19Sept. So, bagi sesiapa yang tinggal di JB, apalagi, terjahlah Jusco sebab memang banyak jualan diskaun disana. Sempat jugak saya lihat ruang legar disana, nampak macam sama je dengan di Subang Parade. Ada beberapa persembahan tarian dan nyanyian diruang legar tapi saya tak pasti samada ada artis terkenal yang terlibat atau tidak sebab ramai yang melihat persembahan mereka.
Jualan di Jucso Tebrau City
Saya sempat bershopping ke Padini dan beberapa kedai pakaian sekitar Jusco termasuk Jusco sendiri yang menawarkan jualan sehingga 70% terutama dibahagian pakaian. Walaupun pada masa itu adalah Hariraya ke 3, tapi kelihatan Jusco Tebrau City penuh sesak dengan orang terutama di restoran2 dan Jusco tidak kira apa kaum, semua ada memenuhkan shopping kompleks tersebut.




RESEPI RENDANG DRUMMET ALA SANTAI

Rendang Drummet Ala Santai
Resepi kali ini cukup simple dan mudah. Rendang ayam drummet ala santai adalah resepi dimana jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak, makan resepi ini sesuai untuk anda. Tetapi anda perlu menyediakan bahan-bahan utamanya iaitu:


1 bungkus drummet ayam original – tak kira apa jenama
1 peket rendang ayam/daging tidak kira apa jenama
3 batang serai
1 ikat daun pandan
2 @ 3 helai daun limau purut
800ml santan
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
1 biji bawang besar dihiris kasar
3 sudu besar kerisik

Cara membuatrnya adalah mula2 goreng dulu drummet tadi sehingga masak. Asingkan. Kemudian panaskan satu sudu minyak dan masukkan hirisan bawang besar, sehingga naik bau, masukkan pes rendang ayam/daging dan juga santan sambil mengacau. Masukkan kesemua bahan yang lain dan setelah kuah kelihatan likat, masukkan drummet ayam tadi dan kacau sehingga rendang tersebut kelihatan pekat dan melekat. Dan kemudian anda boleh makan….pergghh sedap sungguh.

BERAYA DI JOHOR BAHRU

R&R Machap - Penuh sampai luar
Jarang benar sy tidak ‘mengupdate’ blog entry melebihi 2 hari. Cuti raya punya mood sampai ke blog dia punya effect. Anyway, saya masih lagi dalam mood cuti sehingga isnin depan tetapi adalah masa terluang sikit untuk melepaskan rindu terhadap blogging. Diharap semua bloggers sentiasa ceria dan gembira di Hariraya , lagipun Raya sebulan…so raikanlah selagi boleh dan selagi termampu. Banyak benar ingin saya perkatakan sepanjang cuti saya ke Johor Bahru, tempat kelahiran saya.Bermula dalam perjalanan balik, saya, singgah di R&R Machap. Penuh orang sampai nak cari parking pun susah. Dahlah sebelum tu saya tersangkut jam di Seremban, tapi nasib baik tak panjang, adalah sangkut dalam setengah jam… tak macam dulu saya pernah tersangkut jam hampir 3 jam di Seremban. Selepas je Seremban, perjalanan clear all the way. Biasanya saya drive memang tak laju…dalam 110 hingga 130km/jam. Tengok keadaan. Kira dalam 4jam setengah sampailah di JB daripada Shah Alam. Sampai di JB, saya terus check in di Seri Malaysia sebab rumah parents saya tak cukup untuk saya dan family, jadi saya dah booking awal-awal di Seri Malaysia yang terletak berdekatan dengan Stadium Larkin….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails