JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, August 31, 2010

MALAM LAILATUL QADAR

Bila sampai ke penghujung Ramadhan, mesti ingat Lailatul Qadar. Malam yang penuh dengan ganjaran dan pahala berlipat kali ganda. Malam yang tiada siapa pun tahu bila ianya akan berlaku walaupun ada beberapa petanda dan petunjuk untuk menentukan bila berlakunya malam Lailatul Qadar. Hanya Allah saja Maha Mengetahui.
LAILATUL Qadar adalah satu malam pada bulan Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." (Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)
 Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.
Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada 2 perkara iaitu pertamanya, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran dan keduanya, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.
Pendapat dari ulama yang kuat menyatakan bahawa malam Lailatul Qadar adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.
Ehsan Google
Sebuah lagi hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Muslim bermaksud:
"Carilah dengan segala upaya kamu malam al-Qadar pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam akhir Ramadan."
Jelas daripada kedua-dua hadis itu bahawa Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.
Masa saya kecik2 dulu, ada juga saya mendengar bahwa antara bagaimana nak agak malam Lailatul Qadar adalah apabila waktu pagi bunyi kicauan burung yang teramat sangat dan apabila waktu maghrib, hari masih kelihatan cerah...Orang cakaplah, tetapi bagi saya, adalah lebih baik bagi kita menjalankan apa saja ibadah dibulan puasa ini pada kesemua malam tanpa mengira samada malam itu Lailatul Qadar atau tidak.



INGAT RAMADHAN, INGAT ZAKAT

خذ من امولهم صدقة تطهرهم وتزكيهم بها وصل عليهم ان صلأ تك سكن لهم والله سميع عليم


“Ambillah zakat dari harta mereka, guna membersihkan dan menyucikan mereka, dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doamu itu menumbuhkan ketenteraman jiwa bagi mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (At-Taubah: 03)
Ehsan google
Setiap kali Ramadhan menjelma, setiap kali itulah kita sebagai umat Islam harus mengeluarkan zakat fitrah sebagai menjalankan kewajipan kita bagi membantu golongan yang kurang mampu dan miskin. Bukat setakat kita menjalani ibadah puasa semata-mata kerana kena ingat, bulan Ramadhan penuh dengan pelbagai keberkatan, penuh dengan gandaan pahala dan penuh mulia disisi Allah... Saya tulis ni pun sekadar untuk mengingatkan diri sendiri jugak, sambil tulis tu terasa jugak insaf. Semuga saya dan anda semua mendapat keberkatan dibulan Ramadhan ini.
Dimana-mana, anda boleh bayar zakat
Bagi yang tidak mengetahui, secara umumnya definasi zakat adalah bahagian tertentu dari kekayaan yang Allah perintahkan untuk dikeluarkan dan diberikan kepada yang berhak (mustahiq). Disebut pula sedekah seperti dalam firman Allah di surat At-Taubah ayat 60. Yang dimaksudkan sedekah dalam ayat itu adalah zakat wajib, bukan sedekah sunnah.
Saya pasti jika anda berjalan-jalan di bazaar Ramadhan, pasti ada petugas-petugas / Amil-amil yang berkorban masa semata-mata bagi memudahkan kita membayar zakat tanpa perlu pergi ke masjid, walaupun sebenarnya dilakukan di masjid lebih afdal.... Anyway, Ingat Ramadhan, ingat zakat.

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

31 Ogos 1957
Hari ni Malaysia sekali lagi menyambut Hari Kemerdekaannya yang ke 53 dengan penuh rasa bangga dan megah, berdiri tegak mercu kemajuan serta pembangunan setelah dijajah oleh pihak Inggeris, Belanda dan Jepun. Sejarah menyatakan dengan dekegasi diketuai oleh Tuanku Abdul Rahman Al Haj di sertai dengan presidenn pertama MCA iaitu Tun Dato SirTan Cheng Lock dan presiden kelima MIC iaitu Tun VT Sambathan, delegasi ini memulakan aspirasi menuntut kemerdekaan dan hasil daripada itu, pada hari ini kita dapat menikmati sebuah negara yang aman makmur, teguh serta penuh dengan pelbagai budaya serta adat resam yang masih terpelihara....masih terjaga dan masih subur dibumimu Malaysia. Saya dengan rasa bangga, berbangga kerana kerana saya anak MALAYSIA. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!31 Ogos


31 OGOS - Nyanyian Allahyarham Sudirman

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

BERBUKA DI CHICKEN RICE SHOP

Chicken Rice Shop ni tak payahlah saya terang lebih-lebih. Memang orang dah tahu pun apa yang diorang jual...dah tentu nasi ayam, tapi lauk diorang dah di pelbagai dah, ada beef stew, ada ikan asam pedas. Untuk bulan ramadhan ni ada resepi dari Chef Ismail iaitu ayam masak merah. Hari ni saya dan keluarga serta bapa mertua saya makan di Chicken Rice Shop Subang Parade. Kebetulan anak saya ada jamuan berbuka puasa ( tapi kena bayar sendiri ) dengan kawan2 sekolah dia di Fish Manhattan Market, so berdekatanlah dengan Chicken Rice Shop.... Saya orderlah set yang ada ayam masak merah, datang sekali dengan kerabu sayur, ayam stew, taofu, soup fishball dan saya tambah rojak penang serta air bandung cincau. Boleh tahanlah, cuma ayam masak merah dia tu memang warna merah, tapi rasanya saya rasa lebih ke arah macam ayam asam pedas....belum sampai tahap ayam masak merah walaupun warna dia dah merah. Walau apapun, kat sini apa yang paling saya suka adalah Pai Tee nya yang ranggup.....
Berdekatan dengan Chicken Rice Shop tu ada jualan set2 sofa dan kerusi bagi Raya. Harga boleh tahanlah dan ada pelbagai design dan fabrik yang lembut serta beberapa accesories rumah bagi mereka yang suka deco-deco macam Eric Leong. Ada beberapa set kerusi yang menarik perhatian saya. Nampak elegant tapi harga murah...

RUANG LEGAR DI IKANO/IKEA

Dah jadi macam pegawai banci pulak. Mana ada tempat ruang legar, saya mesti ambik gambar. Kali ni lokasinya adalah di Ikea / Ikano Damansara. Ruangnya tak sebesar macam tahun lepas, mungkin kerana kali ini diorang banyak letak gerai-gerai kecil didepan ruang legar menyebabkan ianya kelihatan kecil. Cukup sebagai perhiasan saja. Macam biasalah, pengunjung seperti dijangka, masih ramai kerana Hari Raya hampir tiba dan sempena cuti Merdeka esoknya, maka ramai yang mengambil kesempatan membeli barangan untuk persiapan Hari Raya. Di Ikea, mana tahu tahun ni nak ubah corak dan perabut atau apa2 saja yang rasanya dah memang boleh tukar.

Monday, August 30, 2010

RUANG LEGAR SUBANG PARADE

Ruang Legar Subang Parade
Asal pergi shopping complex, saya mesti pergi bahagian ruang legar diorang. Saja nak tengok bagaimana bentuk dan kreativiti diorang membuat stage. Hari ni saya singgah ke Subang Parade. Sambil bersantai melihat barangan untuk hariraya ( jika ada ) dan jugak barangan lain yang dikira perlu untuk menyambut hariraya nanti. Saya pun mengambil gambar ruang legar Subang Parade dimana stagenya kelihatan tinggi nun di atas sana dimana dibahagian bawah terletak gerai-gerai menjual pakaian2 dan makanan2 dengan harga diskaun yang cukup...emmm cukup-cukuplah. Tapi saya rasa, Parkson Grand di Subang Parade memang buat sales habis...banyak diskaun yang hebat dan murah terdapat disana. So jika anda ter'jalan' ke Subang Parada, singgahlah tempat2 yang mengadakan diskaun 70% keatas...

KATA ORANG KEJUJURAN ITU PENTING

Gambar Hiasan

Kujujuran lebih penting daripada rupa dan harta…kata orang. Dalam dunia serba canggih ini, masih ramaikah lagi orang yang bersikap jujur? Masih ramaikah yang mengamalkan budaya ketimuran yang penuh dengan adat dan adab? Ada jugak setengah-setengah orang yang mengalami keadaan dimana dalam disangka seseorang itu baik, akhirnya terkena jugak… Berapa banyak kes kawan makan kawan? Dalam harapan sahabat dapat menjaga dan melihat kekasihnya, akhirnya rakan yang diharapkan itu yang berkahwin dengan kekasihnya..hinggakan ada kata-kata berbunyi, jangan percayakan sesiapa walaupun sahabat baik sendiri. So, dimanakah hilangnya sifat kejujuran manusia? Itu baru jujur kepada kawan atau kekasih… belum lagi kepada ibubapa, guru, rakan sekerja, boss…dan yang paling penting pada diri sendiri. Katakan satu hari, anda terlihat seseorang keluar daripada kereta Ferrarinya bersama seorang perempuan memang tak cantik langsung…. Apa yang terdetik di hati anda? Saya pasti ayat pertama yang keluar mestilah “ Kalaulah aku jadi girlfriend dia…” atau “ Dia ni buta ke? Boleh pilih perempuan yang macam tu, lainlah macam aku”……. Tepuk dada tanya selera. Walau apa pun, kejujuran itu tetap penting, tetapi sejauh manalah kejujuran kita, hanya anda yang dapat menentukannya… ibarat kata mutiara, kejujuran ibarat sekeping hati yang suci. Jika kotor hati itu, maka hilanglah kejujuran seseorang, kalau bersih hati itu, maka eloklah kelakuan seseorang…..kata orang.

RESEPI LODEH ALA SANTAI

Cakap pasal lodeh ni, rasanya mesti tak lengkap kalau raya tak ada lodeh atau kuah lontong. Cara nak buat pun taklah susah sangat, cuma yang penting, macam mana nak maintain kuah lodeh ni daripada cepat basi. Bahan-bahan isi lodeh adalah:
30 ekor udang kecil
2 peket kecil soo hoon
10 batang kacang panjang
10 batang kacang buncis
1 kotak pati kelapa parut ( atau 1 biji kelapa )
4 keping tauhu digoreng sederhana masak
10 keping tempe digoreng sederhana masak

 Bahan-bahan untuk menumis:
10 biji cili merah digiling halus
3 batang serai
1 inci lengkuas
2 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dimayang halus
5 sm halia
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam serta serbuk perasa secukup rasa
Cara membuatnya adalah: 

Ehsan google - Gambar sendiri masa raya nnt
Panaskan minyak dalam 5 atau 6 sudu. Masukkan bahan bawang merah & putih dan cili dan kacau hingga garing. Kemudian masukkan santan, serbuk kunyit, udang, lengkuas, serai ,halia serta udang dan kacau sehingga mendidih sambil teruskan kacau. Masukkan bahan-bahan isi mengikut daripada yang lambat masak hingga mudah masak iaitu kacang panjang dan buncis, tempe, tauhu dan soohoon. Masukkan garam secukup rasa. Sambil mengacau, tunggu hingga mendidih dan kuah kelihatan pekat, bolehlah diangkat dan dimakan dengan ketupat atau nasi himpit.

p/s: Anda boleh pelbagaikan rasa lodeh anda dengan menambah bahan-bahan seperti terung, carrot, kobis, lada merah dan petai. Orang cakap, untuk mengelakkan kuah cepat basi, kena masukkan tempe dalam lodeh.

BERBUKA DI JOHNNY'S, SUMMIT USJ

Hari ni actually bukanlah nak berbuka kat luar, tetapi sebab adik ipar saya belanja berbuka sempena harijadinya yang ke ....opsss dia ni artis. Tqvm ye hani. Lain kali belanja lagi. So kitaorang berbukalah kat johnnys yang memang tak perlu di terangkan lagi, kalau johnnys ni dah tentu menu utama dia adalah steamboatnya. So kita orang makanlah steamboat serta beberapa lagi side order. Sebenarnya masakan steamboat johnnys ni biasa aje, sama macam restoran2 lain yang meyediakan steamboat, cuma satu keistimewaannya adalah dari segi sosnya yang rasa2 macam paste tom yam. itu yang lain daripada yang lain. Hari ni macam biasa,kalau cakap pasal bukak puasa, sure restoran semua full house. Lepas makan tu sambil berjalan-jalan, kami singgah ke Point B kat tingkat 2. Ada sales 50%. Apalagi, semua terjahlah. Sekarang ni kat mana-mana, pendek kata, semua tempat ada sales sempena menyambut Hari Raya....

Sunday, August 29, 2010

POKOK UNTUK HARI RAYA

Sebelum di make over. Kira kat nursery lagilah.

Bila nak raya ni, mulalah bermacam-macam benda yang kena buat. Samada yang berganti baru atau yang lama kita barukan...maksudnya cucilah atau kemas supaya nampak lebih cantik dan teratur. Saya dan keluarga pun macam tu jugaklah.... Salah satu hobi saya selain daripada membuat resepi ni adalah landscape kat rumah...Kali ni saya tertarik kepada satu pokok bunga yang memang sesuai bagi rumah yang mencirikan english. Rumah saya memang saya decorate bercirikan english dan pokok ni saya beli dan letakkan nya di luar, sebelah kerusi panjang. sesuai untuk bersantai dan mengambil angin petang.....Mungkin pokok ni sesuai untuk rumah anda juga.

Selepas make over. Tukar pasu putih. Jadilah ke'english'an

BERBUKA DI SERAI EMPIRE

Set berbuka di Serai Empire

Serai Empire terletak di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya. Pada entry saya beberapa minggu yang lepas, pada awal puasa saya ada memberitahu 2 restoran yang saya kira menarik di Empire Shopping Gallery iaitu Serai Empire dan Belanga. So hari ni saya mencuba di Serai Empire. Walaupun mereka tidak menyediakan buffet Ramadhan, tetapi mereka ada set-set untuk berbuka dan saya memilih set 1 yang terdiri daripada ikan siakap masak swee sour / sotong goreng crispy / ayam masak percik / tom yam seafood / ulam terung dan bender / pilihan kuih muih / air sirap selasih dan nasi . Air dan nasi boleh refill. Harganya juga berpatutan, better daripada makan buffet kat hotel yang sekarang rate RM80 keatas sorang.... bukan boleh makan banyak pun masa berbuka, kecuali yang betul2 kuat makan.

Friday, August 27, 2010

RESEPI SOSEJ GORENG TEPUNG ALA SANTAI

Ehsan Google
Sosej adalah makanan yang cukup mudah untuk dimasak. Goreng aje dah boleh makan. Panggang aje dah boleh makan. Kukus aje dah boleh makan. Kali ini kita pelbagaikan citarasa sosej ini dengan membuat resepi sosej goreng tepung ala santai. Bahan-bahannya adalah:
6 batang sosej dipotong 2 atau 3, ikut suka anda.
Bagi ramuan tepungnya adalah:
1 peket tepung tempura
sedikit serbuk daun pasley.
1 biji telur - ambil kuningnya 
garam secukup rasa. 
sedikit serbuk lada hitam (jika anda suka pedas)
perahan lemon - setengah biji dah cukup

Cara membuatnya cukup senang. Campurkan semua bahan dan masukkan air sehingga acuan sedikit pekat, jangan terlalu pekat. Kemudian masukkan sosej tadi dan peram dalam 5 minit.
Panaskan minyak dan goreng sehingga warna kekuningan atau mengikut kesukaan anda.

KATA ORANG BENCI TANDA SAYANG

Benci tapi sayang - Gambar hiasan

Benar ke macam tu? Kalau dah benci, kenapa pulak ada sayang? Kalau asyik mendengar kata-kata benci, menyampah, tak suka, tak sayang, tak rindu… perlu ke kita terhegek-hegek menagih cinta daripada seseorang? Benci yang macam mana yang dikatogerikan sayang? Sekarang ni kalau marah sikit, kalau gaduh sikit.. panggg!!! Kat muka. Sayang ke tu? Merajuk sikit, marah sikit…terus ditinggalkan sorang-sorang..sayang ke tu? Nampak cakap dengan orang lain, mula cemburu terus naik ke dahi dan tak bercakap seminggu.. sayang ke tu? Benci tapi sayang…. Bunyinya macam kontra kan.
Bagi saya benci tapi sayang ni cuma scenario tertentu saja yang melibatkan kepada keadaan yang tertentu jugak…tidak semua situasi tu boleh kita kata benci tapi sayang. Manusia sentiasa menggunakan ayat benci tapi sayang untuk mengurangkan tekanan dan juga menenangkan keadaan dengan harapan ianya akan menjadi baik dan ketegangan dan kebencian itu hanya sementara dan datang dari tindakan terburu-buru atau terlalu marah dengan sikap pasangannya. Tapi jika terlalu acap kali perkataan benci timbul, terlalu banyak kali perasaan benci ada di hati…itu bukan benci sementara, bukan benci sayang, tapi memang kita sudah merasa benci…. Yang menyebabkan kenapa kita tidak merasakan ianya suatu kebencian adalah kerana komitmen dan masa yang telah mengikat kita secara mentality bahwa semua rasa benci itu adalah kerana sayang... biasanya kita sudah mampu menilai tahap kebencian seseorang itu dengan perlakuan serta perubahan yang berlaku, cuma kadang-kadang kita masih tidak mampu menerima kenyataan..Walauapa pun, sayanglah seseorang bukan dari rasa benci, tapi rasa kasih dan sayang yang keluar dari naluri dan perasaan dan kebencian hanya akan timbul jika hati kita diganggu dengan dugaan dan situasi yang tidak menentu... Kebencian hanyalah satu sikap, baik buruk kebencian itu terserah kepada anda untuk menilainya. Kata orang.... 

Wednesday, August 25, 2010

RESEPI TAHU SUMBAT ALA SANTAI


Selamat datang tuan2 dan puan2...Kita ke segment resepi lagi. Kali ni saya nak bagi resepi tahu sumbat ala santai yang mana saya mendapat ilham daripada tahu bakar bentayan yang saya makan di Muar dulu. Oklah, sebelum tu kita sediakan dulu bahan-bahannya ye, antaranya adalah:

1.Tauhu - 4 keping di goreng sederhana masak.
2.Timun di hiris halus
3.Carrot dihiris halus
4.Lobak putih dihiris halus
5.Tauge nak patahkan boleh, nak biar macam tu pun tak pe.
6. Kacang goreng ditumbuk sederhana halus

Cara membuatnya, senang sangat.
Tahu yang di goreng tadi, dipotong 4 dan diletakkan di atas pinggan, kemudian taburkan kesemua sayuran tadi atasnya dan diakhiri dengan taburan kacang goreng. Ok, siap satu kerja. Sekarang cara membuat sos ala santainya.

1. Cili boh 1 paket 
2. 5 ulas bawang merah ditumbuk halus/ blend 
3. 5 ulasbawang putih ditumbuk halus/blend
4. Pes petis / kuah rojak buah  
5. Gula secukup rasa 
6. Air asam jawa secukup rasa 
7. Garam secukup rasa
8. Kacang goreng ditumbuk halus.

Cara membuatnya pun senang. Masukkan bahan 1,2,3 dan 4 dan kacau hingga sebati dan tambahkan bahan 5,6,7 dan 8 dan kacau sehingga pekat. Setelah itu, taburkan sos tersebut diatas hidangan tauhu tadi dan siap untuk dimakan.

Tuesday, August 24, 2010

BAGAIMANA JADIKAN BLOG ANDA LUMAYAN

Biarkan blog anda memberikan anda pendapatan sampingan tanpa anda sedari. Tak payah susah-susah nak buat apa-apa, just suruh rakan bloggers kita click. Caranya cukup mudah. Langkah-langkahnya sama juga macam anda menyuruh rakan bloggers kita men'click' iklan lain. Biar saya bagi langkah-langkahnya yang mudah:-
1) Anda daftar melalui website di bawah.
2) Pilih mana2 banner yang anda suka mengikut kesesuaian di blog anda
3) Suruh rakan bloggers kita click sebagaimana diorang click iklan lain
4) Setiap click anda dapat USD0.05 ( lebih kurang RM0.19)
Dah...itu aje. mudah bukan. Cukup USD50( Lebih kurang RM190), tunggu cek.  So apa lagi, jom kita buat duit.

Get cash from your website. Sign up as affiliate.
Daftar dan jadikan blog anda lumayan.

KELEBIHAN SEMBAHYANG TERAWIKH

Ehsan Google
Sepatutnya saya post entry ni awal puasa, tapi rasanya ramai yang dah tahu kelebihan dan pahala serta ganjaran mengerjakan sembahyang terawikh ni, tapi bagi saya tidak perlulah memikirkan sangat mengenai ganjaran dan kelebihan sembahyang terawikh, tetapi jika kita dapat menunaikan ibadah puasa dan mengerjakan sembahyang terawikh pun dah cukup bagus.... kalau tak, macam masa saya bersekolah menengah dulu, cuma datang sembahyang terawikh bila tengok pahala atau ganjaran yang mana besar.. contohnya dihapuskan segala dosa, so malam tulah kelihatan ramai yang datang berjemaah terawikh dengan " harapan' terhapus segala dosa....well, kita semua tahu setiap perbuatan adalah bermula dengan niat, kalau niat baik, maka baiklah jadinya...kalau niat tak baik, sia-sia sajalah apa yang kita buat selama ini..wallahualam. So straight to the ampang point, antara kelebihan-kelebihan mengerjakan sembahyang terawikh adalah:
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Berzakat - ehsan google
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Sama-samalah kita mengerjakan apa juga ibadah yang bermenafaat dibulan Ramadhan ini.

KATA ORANG CINTA TAK SEMESTI KE JINJANG PELAMIN

Bercinta tak semestinya berakhir ke jinjang pelamin….kata orang. Emmm jadi persoalannya, kenapa kita perlu bercinta kalau tidak sampai kejinjang pelamin? Kenapa daripada awal lagi kalau kita sudah mengetahui yang percintaan kita tidak sampai kemana, kenapa perlu diteruskan walaupun kita tahu semua itu hanya akan lebih menyiksakan diri kita? Kenapa kita kena mengenali hati budi seseorang, perlu masa untuk mengetahui baik buruk seseorang tapi akhirnya berpisah setelah kita mengetahui hati budi orang itu? Emmm sedap sungguh saya bertanyakan soalan-soalan itu. Semuanya bermula dengan kenapa? Kenapa? Kenapa? Pernah dengar pepatah manusia gagal untuk merancang tetapi tidak pernah merancang untuk gagal? Macam itulah jugak dengan percintaan. Siapa yang nak gagal dalam bercinta, walaupun ada golongan yang suka bercinta…hobi dia bercinta…kalau tak bercinta, dia rasa macam ada yang kurang je…yang itu saya tak nak bincang, lain kali je.
Berbalik kepada bercinta tidak semestinya berakhir ke jinjang pelamin.. Perkataan cinta itu sendiri adalah sesuatu perkataan yang indah untuk diungkapkan. Cakap saja “Aku cinta padamu” sekelip mata terasa macam dunia kita yang punya…apalagi kalau ungkapan itu dapat kita sebutkan bahwa cinta kita hanya kepada Allah s.w.t….( yang ni pun kita bincang hari lain, belum level saya nak cakap topic ni) Jadi kalau cinta itu indah, sudah pasti setiap perkataan dan perbuatan juga akan menjadi indah, sesuai dengan keindahan cinta itu sendiri, tetapi kenapa pengakhirannya bukan seperti yang kita jangkakan, bukan seperti yang kita impikan? Orang kata, kejujuran, keikhlasan, persefahaman dan keimanan adalah kunci kepada kekuatan cinta itu sendiri, jika salah satu daripadanya pincang, maka bermulalah keretakan cinta itu hingga menemui kegagalan akhirnya…..kata orang.

PERSIAPAN RUANG LEGAR SUMMIT USJ

Ruang legar di Summit USJ
Empire Shopping Gallery sudah. Plaza Masalam sudah. KLCC sudah. Kini saya "blogwalking" kat Summit USJ Shopping Centre pulak, dimana warna hijau menjadi tema diorang untuk ruang legar, di letakkan rumah-rumah lama sebagai model, nampak sikit suasana hari raya. Kedai-kedai disekeliling tak banyak yang ada membuat sales atau jualan diskaun kecuali di ruamg bawah ada sales daripada kedai barangan eletrical berjenama, tapi saya dapati banyak jugak kedai yang sudah tutup terutama yang berada di tingkat 3 atau 4, maybe level atas ni tak ramai orang singgah, kecuali bowling centre saja kot. 

Monday, August 23, 2010

BAZAAR OH BAZAAR 3

Pengunjung semakin kurang ke bazaar
Bazaar semakin surut pengunjung? Ada juga penjual yang dah balik kampung sebab dah untung, atau ramai yang tak beli di bazaar kerana harga kat sana mahal? Emmm tepuk dada tanya selera. Itu cuma pemerhatian saya terhadap bazaar yang ada disekitar Subang Jaya dan Shah Alam. Mungkin tempat lain masih ramai pengunjung seperti di Jalan Kebun dan Petaling Jaya. Tapi yang nyatanya, satu demi satu gerai di bazaar akan berkurangan kerana ramai penjual sudah mengaut keuntungan yang mereka harapkan kecuali peniaga-peniaga daripada restoran dan kedai makan.

PERSIAPAN HARIRAYA DI PLAZA MASALAM

Ruang legar Plaza Masalam Shah Alam

Beberapa hari yang lalu saya sempat singgah ke Plaza Masalam kerana ada urusan di Jabatan Pendaftaran dan melihat persiapan Hariraya di ruang legar Plaza Masalam. Nampak kelainan daripada tahun-tahun lepas dan siap ada kolam air lagi... tapi saya tak pastilah kalau tahun ni ada jemputan daripada artis-artis tanahair.. saya teringat pada 2 tahun lepas dimana diorang ada menjemput artis Anuar Zain dan Ning Baizura mengadakan persembahan. Penuh sesak di ruang legar Plaza Masalam. Kedai-kedai sekeliling jugak tak kurang sibuk mengadakan promosi dan diskaun hariraya dan pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
On the way balik pulak, saya singgah di Carrefour Bukit Rimau. Banyak jugak persiapan sempenan hariraya dan saya tertarik dengan set kerusi ruang tamu yang nampak elegant tapi harganya cukup murah. Selain daripada tu, macam biasalah...baju2 raya yang pelbagai corak dan warna. Saya juga tertarik dengan konsep satu kedai handbag ni yang menggunakan konsep warna hijau. Mana tahu trend hariraya tahun ni semua warna hijau...!!

Handbag hijau di Carrefour Bkt Rimau

Set kerusi nampak elegant tapi murah

MEE BANDUNG MUAR DI BENTAYAN

Salah satu tempat makan di Muar adalah Bentayan yang terletak di sebelah bus stand Muar. Kebiasaannya tempat makan kat situ beroperasi dari jam 7 atau 8 malam. Setiap kali kalau saya balik Muar, Bentayan memang tak pernah saya miss...mesti kena makan kat situ sebab ada beberapa makanan yang saya rasa sedap disitu terutamanya adalah mee bandung dan tahu bentayan...memang sedap. Ada juga masakan asam pedas ikan mayongm, pari dan kembong. Kat situ memang selalu penuh dan sentiasa di kunjungi orang ramai samada daripada penduduk setenpat atau orang muar yang balik kampung dan nak melepaskan rindu makanan muar atau yang melancung sambil menikmati makanan tradisi muar. Satu lagi keistimewaan Muar ni adalah pada breakfastnya iaitu salah satu daripada nya adalah satay.... opsss kalau bukan bulan puasalah. Banyak tempat yang sedap-sedap untuk restoran satay ni tapi saya paling suka makan satay perut dan paru. Memang kow-kow...kuah dia pun berasa. Saya selalu makan satay berdekatan dengan Teksi Stand Muar atau Muar Traders Hotel...atau Toko Buku Manaf..( kalau tak salah saya, ingat2 lupa) Selain daripada satay, ada juga mee jawa dan mee rebus serta lontong. Heavy kan? tapi yang penting....sedap. Jom Makan-makan

Sunday, August 22, 2010

MEDAN IKAN BAKAR SABAK AWOR

Pintu masuk Medan Ikan Bakar Sabak Awor

Berbuka dengan makanan ringan-ringan dan selepas menunaikan solat maghrib, maka kami pun bertolaklah untuk makanan yang berat-berat pulak. Kakak ipar saya yang survey tempat ni. Namanya adalah Medan Ikan Bakar Sabak Aur yang terletak ...saya pun kurang pasti jalan mana tapi di Muarlah. Lebih kurang adalah dalam 5km dari bandar Muar. Tempatnya betul-betul tepi sungai Muar, oleh itu dapatlah kita merasakan kenyamanan dan kesejukkan angin malam. Malam ni kami memlih lauk-lauk yang fresh-fresh. Mula-mula kami pilih makanan laut yang segar-segar dan kemudian kita akan suruh diorang masak ikut citarasa kita. Kami pilih sotong buat goreng tepung, ikan siakap bakar, kupang dan kerang buat masak sambal berlada, udang buat sweet sour dan ikan pari buat masak tom yam. Nasi ada pilihan samada nak nasi lemak atau nasi biasa.
Salah satu kedai ikan bakar di Sabak Awor

Makanan Laut yang kami order

Saturday, August 21, 2010

BERSANTAI DI MUAR

Muar Traders Hotel
Bandar Muar dari Hotel
Dah lama jugak saya tidak ke Muar, Johor. Hari ini saya dan keluarga serta keluarga belah kakak ipar dan adik ipar berkonvoi ke Muar untuk menjalankan satu misi...iaitu membersihkan rumah pusaka yang tidak berpenghuni di Muar. Sekali sakala sesiapa antara kami yang akan balik ke Muar akan singgah dan membersihkan apa yang patut. Rumah tu betul-betul di belakang Masjid Besar Muar. Oleh kerana keadaan rumah tu yang tidak begitu selesa, maka kami semua tinggal di Hotel Muar Trade, iaitu betul-betul tepi sungai Muar dan lokasinya berdekatan dengan masjid dan rumah, lagipun mereka menyediakan percuma untuk dua orang bagi makanan untuk bersahur...tak perlulah bersusah-susah mencari makanan pagi-pagi untuk bersahut. Berbuka nanti kami bercadang untuk makan yang ringan-ringan dulu dan selepas solat Maghrib, kami bercadang untuk makan di Bentayan, tempat makan yang famous di sebelah bus stand Muar. Nanti saya ceritakan apa makanan yang sedap di sini..... 

Friday, August 20, 2010

KATA ORANG - PASANGAN PEREMPUAN TINGGI MURAH REZEKI

Gambar hiasan

Kata orang, jika berpasangan dengan perempuan yang lebih tinggi daripada lelaki, maka tandanya murah rezeki. Betul ke? Kalau macam tu, ramailah yang rezeki diorang mahal, sebab bukan senang nak cari perempuan yang tinggi2... kalau ada perempuan yang tinggi pun dah di ambil oleh lelaki yang lebih tinggi daripada perempuan dengan alasan tak mahu pasangannya nanti lebih rendah daripada perempuan. Secara logiknya, dimanakah benarnya kata-kata itu? Sebenarnya logik bukan dari fizikal yang kita lihat tetapi dari segi dalaman dan keserasian pasangan itu. Selalunya bila kita lihat pasangan -pasangan yang mana si perempuan lebih tinggi daripada lelaki nampak atau kelihatan mesra dan riang. Itu yang memberi impak dan kelebihan kepada mereka membuatkan mereka merasa tenang dalam segala hal. Ketenangan itu bukan sekadar dalam hubungan sesama mereka tetapi juga melibatkan dari segi kerjaya dan kewangan yang lebih teratur dan terkawal. Jadi ada benar jugalah jika pasangan yang mana perempuan lebih tinggi memberi impak dari segi kehidupan pasangan tersebut sehingga melibatkan aspek2 lain. Kata oranglah....

RUANG LEGAR KLCC BUAT PERSIAPAN

Rancangan tergendala.Gambar kurang jelas.
Kebanyakkan shopping kompleks sedang dan ada yang sudah membuat persiapan menyanbut Hari Raya dan KLCC juga tidak ketinggalan. Tengahari tadi saya ada meninjau ( macam YB lah pulak ) kawasan sekitar KLCC dan melihat ruang legarnya sedang membuat persiapan stage. Disamping itu, banyak kedai-kedai di dalam KLCC juga sedang mengadakan jualan serta potongan harga yang boleh tahan harganya. Booth-booth di ruang legar antaranya adalah memory lane dan Hugo Boss. Sorry, yang lain saya tak berapa nak nampak sebab sambil berjalan untuk ke Petronas.

RESEPI TART NENAS

Resepi kali ini adalah cara membuat tat nenas ye tuan-tuan dan puan-puan. Banyak bahan yang diperlukan dan harap semuanya bersabar dibulan puasa ni, kalau rasa macam nak marah ke, geram ke, nak nangis ke.. cuma perlu cakap...cooobaaaaaannnn. Ok, straight to ampang point, bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahagian luar atau doh untuk tart adalah:
2 ½ cawan tepung gandum
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung susu
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur
1 cawan mentega
1 sudu besar minyak
1 sudu besar gula halus ( gula kasar pun boleh)
Sedikit garam

Mula-mula masukkan mentega, susu, minyak, garam dan pukul hingga sebati.

Kemudian masukkan telur dan vanilla teruskan dengan memukul jugak hingga sebati.
Masukkan tepung-tepung diatas yang telah diayak serta gula halus. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.

Inti tart:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Cara membuat inti ( jem nenas ) pulak:
Lepas kupas nenas tu, parut nenas tersebut, air nenas disimpan sebagai stock nenas.
Kemudian nenas yang diparut tu dimasak bersama daun pandan hingga kering. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan semua bahan tadi dan kacau lagi sehingga inti nenas tersebut nampak pekat.

Langkah terakhir:
Panaskan oven pada suhu dalam 130 ke 150 darjah celcius.
Ambil doh tadi dan membentuk acuan bahagian luar, isikan inti nenas yang siap masak dan gulung secara perlahan. Anda boleh membentuk tart tersebut mengikut citarasa anda dan kemudian letakkan di dalam dulang pembakar.

Untuk nampak lebih cantik dan tidak pecah, sapukan kuning telur pada bahagian atas tart.
Bakar sehingga masak, jangkaan dalam 10-15 minit.

Thursday, August 19, 2010

SALES 50-70% DI SOGO

Tingkat 4 SOGO - Jualan pakaian
Hari ni saya ada urusan di CIMB jalan raja laut, KL. Kebiasaannya saya suka jugak nak kesana kerana sambil pergi sana saya akan singgah ke SOGO untuk bersantai, tapi kali ni sebab puasakan, so saya duduk kat food court sambil memerhatikan orang dan menulis entry ini. Rata-rata kat mana-mana level di SOGO ni mengadakan jualan daripada 30% hingga 70%. Wowwww!! Raya lagi 3 minggu dah sales dah. Macam diorang tahu je yang ada orang dapat bonus.... bukan saya, orang lain. Paling banyak slash ialah kat bahagian pakaian. Seperti pakaian Crocodile sales 50%, Caserini 70%, Durban 70%, Ambrosetti 70%, Camel active 50%, Feraud 70%, Alain Delon 50%, Schwarzenbach 70% dan macam-macam lagi. Bahagian pinggan mangkuk potongan diskaun dari 30% hingga 50%, bahagian handbag dan kasut potongan dari 30% hingga 50%...dan.... macam promoter pulak saya. Anyway, kalau anda semua berjalan ke KL atau ada berdekatan dengan Shopping Kompleks SOGO, singgah-singgahlah kesini. Disini sayup-sayup berkumandang lagu2 raya tapi tak tahu darimana datang, tak seperti semasa saya pergi ke EMPIRE SHOPPING GALLERY di Subang, baru masuk hari ke 4 puasa dah keluar dah lagu raya kat ruang legar diorang...satu shopping kompleks boleh dengar, rasa macam nak dekat je raya......
Tingkat 3 SOGO - Jualan Pinggan Mangkuk


Wednesday, August 18, 2010

KATA ORANG - CINTA PADA ORANG YANG MENYINTAI KITA

Cintalah pada orang yang menyintai kita, bukan kepada orang yang kita cintai....kata oranglah. Benarkah kata-kata itu. Bahagiakah kita hidup dengan orang yang tidak kita sayang sepenuhnya, tanpa kerelaan hati 100%, tanpa menyebut kata-kata cinta seperti kita meluahkan kepada orang yang kita cintai? Kemesraan, kasih sayang,belaian rindu dan manja...adakah semuanya hanya lakunan? Adakah kita menerima kehadirannya atas alasan diatas atau kerana terpaksa takut kita akan dikecewakan satu hati nanti?
Kisah yang terjadi pada salah seorang sahabat saya yang kini menetap di Johor Bahru. Saya namakan dia Azman (bukan nama sebenar). Azman mempunyai seorang kekasih yang cukup lawa, cukup diminati di tempat kerja dan menjadi perbualan orang tiap hari, bukan kerana kecantikannya, tetapi kerana kenapa dia memilih azman yang rupa tak handsome, kerja hanya sebagai kerani akaun tapi memilih azman sebagai kekasihnya. Bagi azman, dia terlalu sayangkan kekasihnya ini hingga sanggup menghabiskan wang gajinya hanya untuk membeli apa yang kekasihnya mahu...hinggalah satu ketika bila azman diminta untuk bekerja sambil mengikuti kursus selama 3 bulan di KL, segalanya mula berubah dalam sekelip mata. Kekasihnya mula ligat dengan lelaki lain. Pendek cerita azman frust teramat sangat sehingga terpaksa cuti selama seminggu...mana mungkin dia boleh bekerja ditempat yang sama dengan kekasihnya...opsss bekas kekasihnya yang asyik berjalan dengan lelaki lain? Biarlah saya sambung ceritanya dilain entry...apa yang terjadi kepada azman. 

70% HOTEL TIADA SIJIL HALAL - BUFFET RAMADHAN

Biar betul? Terkejut jugak saya bila mendengar berita daripada sinar.fm pagi tadi. Lebih mengejutkan bila ada diantara hotel-hotel tersebut menggunakan alkohol dalam masakan mereka. Wahhh..macam mana perkara ni boleh terjadi? Kalau setakat 20% ke 30% tu saya rasa mungkin munasabah ke munaserawak ke, tapi ni 70%!! Saya rasa pihak JAKIM kena buat senarai dan siarkan nama-nama hotel tersebut dengan kadar segera, bukan sahaja setakat memantau ke'halal'an makanan di hotel-hotel tersebut. Tak sedap ke makanan yang diorang masak kalau tak dicampur dengan alkohol? Atau ini hanya satu langkah secara tidak langsung dalam cara "menghalalkan benda haram" tanpa pengetahuan kita? Almaklumlah, bila cakap pasal buffet Ramadhan, yang datang 90% sudah pasti orang-orang yang berugama Islam unless hotel tersebut merupakan tempat yang diminati oleh pelancung asing. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Dalam masa yang sama, saya rasa tak perlulah kita membazirkan duit dan masa untuk makan di hotel-hotel hanya sekadar untuk merasakan suasana buffet, beli saja di bazaar atau masak sendiri. Dalam blog JOM SANTAI SEKEJAP contohnya ada pelbagai resepi untuk anda cuba...( macam promote blog sendiri pulak ) Akhirnya diharap pihak JAKIM dan PBT dapat memantau keadaan di atas dengan sebaik mungkin. Selamat meneruskan ibadah puasa anda.

SEBUAH CERITA YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

Nukilan abma
Hi friends and bloggers.
Lama jugak saya terfikir selain daripada JOM SANTAI SEKEJAP ni apalagi yang boleh saya buat untuk mengkreatifkan lagi otak saya ni, fikir punya fikir punya fikir punya fikir, akhirnya saya mendapat satu idea untuk menghasilkan sebuah cerita spontan yang akan saya update seberapa kerap yang mungkin supaya anda tidak tertunggu akan cerita selanjutnya. Saya baru saja buat entry PERTAMAnya pada 18hb Ogos 2010 dan daripada situ bermulalah sebuah cerita yang tiada penghujungnya. Anda boleh layari saja di http://jomsantaicerita.blogspot.com/ . Mungkin jika anda mempunyai masa dan ruang, maka sudi-sudikanlah membaca cerita tersebut sambil bersantai. Semuga anda semua seronok membacanya nanti.

Tuesday, August 17, 2010

KATA ORANG - CINTA ITU PERLU PENGORBANAN

Kata orang cinta itu memerlukan pengorbanan. Masih boleh pakai ke kata-kata tersebut? Pengorbanan yang macam mana? Adakah seperti pengorbanan Hang Tuah memendamkan rasa cintanya kepada Tun Teja demi kerana Sultan Melaka? Adakah pengorbanan itu seperti kata-kata bercinta tidak semestinya berkahwin? Kalau kita cakap pasal bab pengorbanan ni, terlalu subjektif kepada situasi dan sikap individu. Ada orang yang sanggup melepaskan kekasihnya demi keluarga, demi sahabat karibnya yang juga menyintai orang yang sama, demi abang atau kakaknya yang belum berkahwin, demi penyakit yang dihidapinya dan pelbagai lagi situasi yang memerlukan pengorbanan. Tapi relevenkah semua itu dalam dunia yang serba moden, serba canggih dgn cyber, kehidupan sosial yang tinggi dan ditengah manusia yang memburu kejayaan duniawi. Masih adakah antara kita yang bila berjalan di depan orang membongkok tanda sopan? Masih adakah orang yang sanggup berdiam diri kerana malu untuk menyatakan dia suka pada seseorang? Perlukah kita berkorban atau sanggupkah kita berkorban jika situasi itu menimpa diri kita? Kata orang…….
(Ini merupakan entry terbaru bersiri saya yang  mengupas kehidupan berdasarkan kata orang.....)

Monday, August 16, 2010

BUBUR LAMBOK MASJID SHAH ALAM

Masjid Shah Alam saya ambil di depan air pancut
Hari ini saya bercuti kerana ada urusan peribadi... nak pi bayar macam-macam. Bayar cukai tanah, cukai pintu, bil2 letrik, air, indah water dan pelbagai lagi bil2. Sebenarnya ada jugak cara mudah setengah bil2 yang boleh di bayar melalui perbankan internet tapi saya ni dalam hal ni berfikiran sedikit konservatif atau kolot sikit. Saya tak berapa suka menggunakan perbankan internet untuk membayar segala bil2 walaupun sebenarnya ianya memudahkan saya dan pengguna, cuma saya terfikir lagi banyak kita menggunakan perbankan internet, maka lagi besar kita terdedah kepada isu-isu keselamatan akaun bank kita. So, play safe, saya guna cara lama biarpun ianya memakan masa. Sampai di Shah Alam, saya tertarik untuk singgah ke Masjid Shah Alam dan melihat keindahan masjid yang cukup cantik dan menarik. Ramai juga yang menunaikan solat sunat yang saya rasa rata-rata terdiri daripada student UiTM Shah Alam, Ada juga khemah2 yang besar didirikan di belakang masjid dimana terdapat gerai jualan dan jugak pemberian bubur lambok. Dulu saya pernah mendapat bubur lambok di Masjid Shah Alam tapi tak ingat tahun bila dan mereka masih meneruskan tradisi itu pada tahun ini.

Sunday, August 15, 2010

RESEPI SINGGANG IKAN


Resepi hari ni adalah Singgang Ikan. Oleh kerana saya tertarik dan menarik dan termakan dengan kesedapan singgang ikan di laksa paradise di Plaza Masalam, Shah Alam tempohari, maka saya rasa apa kata kita cuba resepi singgang ikan pulak kali ni. Tak memerlukan banyak bahan dan cara membuatnya pun cukup mudah.
Bahan-bahannya adalah:
3 ekor ikan kembung atau 1 ekor ikan tongkol
5 ulas bawang putih dimayang
2 ulas bawang merah dimayang
1 inci lengkuas juga dimayang
3 keping asam gelugur
2 batang lada merah dipotong dua memanjang
3 @ 4 batang bendir
1 inci kunyit dimayang
sedikit belacan secukup rasa 
garam secukup rasa
serbuk perasa secukup rasa

Cara membuatnya memang mudah.
Basuhkan ikan tadi dan potong mengikut selera anda, kemudian masak ikan bersama bawang putih, bawang merah,lengkuas,lada, kunyit, bendir dan sedikit belacan.biar naik baunya. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih. Akhir sekali, masukkan garam, serbuk perasa dan asam gelugor.

HIAS RUMAH GABUNGAN IKEA & ROMANTIKA

Aneka kabinet perhiasan
Deco ala english ni kadangkala memerlukan kreativiti dan imiginasi supaya menampakkan ke'english'an rumah tersebut walaupun tanpa membeli barangan berciri english. Beberapa minggu yang lepas, saya ada pergi ke IKEA dan di IKEA memang kita boleh nampak banyak perabut dan peralatan yang berwarna putih dan ini amat sesuai bagi mendecokan rumah berkonsep ala santai english. Ditambahkan dengan barangan kabinet-kabinet daripada Romantika di Alam Sentral Shah Alam, pasti rumah anda nampak berseri dengan barangan berwarna putih digabungkan dengan barangan bercirikan bunga-bungan english atau vantage. Mungkin ini akan memberikan anda sedikit idea bagi sesiapa yang ingin mencorakkan rumah mereka.
Frame gambar2 hiasan dinding

Rak dinding IKEA bersesuaian dengan konsep

Meja solek ala santai english

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails