JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, July 31, 2010

RESEPI AYAM PERCIK

Sudah saya kata, sempena bulan puasa yang semakin dekat, blog JOM SANTAI SEKEJAP akan memperbanyakkan resepi2 untuk anda mencubanya. Kali ini, kita tengok resepi ayam percik yang memang wajib ada di mana-mana bazaar Ramadhan. Resepinya ialah:

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong lapan)
6 sm halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
1 ½ biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (ambil santan peket 1 mangkuk) Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut

Cara:
Ayam yang sudah dipotong lapan dibersihkan kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat. Daun kunyit dikoyak-koyakkan dan daun kunyit diramas kemudian masukkan dalam periuk ayam tadi. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat disebelah bawah dan pangganglah ayam tadi sambil di sapu air yang jernih pada ayam. Biarkan hingga ayam masak dan bolehlah dihidangkan bersama kuah yang pekat tadi. Untuk menambahkan kesedapannya, perahkan sehiris limau nipis ke atasnya. Enak dimakan ketika masih panas.

Friday, July 30, 2010

SOTO AYAM INDONESIA

Sempena bulan puasa yang akan menjelang tak lama lagi, maybe blog JOM SANTAI SEKEJAP akan memperbanyakkan ceritera mengenai makanan dan makanan dan makanan. Kali ini, saya akan memberitahu anda cara-cara untuk membuat soto ayam yang saya ambil dari salah sebuah website di internet. So, let's start...oppsss sorry, guna bahasa Inggeris pulak, sebab recipe ni pun dalam bahasa Inggeris... I'm sorry.


Bahan-bahannya adalah :
1/2 chicken breast meat, skinless and deboned (cut into small cubes)
1 stalk of lemon grass (cut into 3 strips)
1 can of coconut milk
1 can of chicken broth
1 glass of water

Sambal Soto:
1 teaspoon of coriander seeds
1 teaspoon of cumin seeds
4 shallots (chopped)
3 cloves of garlic (chopped)
2 pieces of turmeric (peeled and chopped) or 1 tablespoon of turmeric powder
2-inch piece of galangal (peeled and sliced)
2-inch piece of ginger (peeled and sliced)
1 tablespoon of fresh lime juice

Bahan-bahan lain::
2 cups of sliced cabbages
2 cups of bean sprouts
1/2 pack of vermicelli or 1 small package of glass noodles
2 limes, cut into wedges
2 hard-boiled eggs (cut into wedges)
1 stalk of spring onion (chopped)

Cara-cara membuatnya:
Blend the spice paste in a food processor. Add some water if needed. Pour some oil in a pot and add in the spice paste. Stir the spice paste and wait for it to turn light brown. Add in chicken broth, coconut milk, lemon grass strips, and water. Once the broth starts boiling, add in chicken breast cubes. Cover the pot and lower the heat and simmer for 30 – 40 minutes. Add salt to taste.

Blanch beansprouts, pre-soaked vermicelli / glass noddles, cabbages in another pot of boiling water and transfer them into a bowl once they are cooked. Add in toppings of hard-boiled eggs,
Inilah rupanya soto ayam.

HAPPY WEEKEND

Atas wajah office baru. Bawah...of coz office lama
Berakhirlah kerja office pada hari Jumaat yang cukup indah ini. Petang ni hari pun semakin gelap tanda hari nak hujan...angkat jemuran. Well, kena fikir pulak apakah agenda yang nak di buat esok? Dok kat rumah ke atau berjalan? Petang tadi baru saja mengemas office lama di Puchong. Sedih juga bila lihat office lama tapi nak buat macam mana, boss suruh pindah kita pindahlah...nanti tak pindah, orang kata derhaka pulak. So bila cakap pasal pindah ni, of coz perkataan yang seiring dan sejalan dengan pindah ini adalah penat. Kalau dengar cakap pasal pindah ni orang mesti fobia sebab penat dan letih nak packing...yang bestnya ialah berpindah ke tempat yang baru...( ada juga yang berpindah ke tempat yang lagi teruk...jimat kos katakan)

Walau apa pun, pindah tetap pindah dan yang penting perpindahan tu akan memberikan kita semangat baru walaupun tempat baru tu nampak lebih teruk daripada tempat lama kerana bukan tempat menjadi ukuran tapi diri kita yang seharusnya sentiasa mempunyai semangat baru pada setiap masa tidak kira di mana jua anda berada......
Macam bermadah pulak bunyinya.

5 LANGKAH ASAS KURANGKAN BERAT BADAN

Saya akan berkongsi dengan anda 5 langkah mudah bagaimana anda dapat mengurangkan berat badan anda:
1) Kalori adalah penting dalam hidup kita terutama dalam proses metabolisma badan tetapi kita hendaklah mendapatkannya bukan dengan cara meminum air berkabonat kerana ianya akan memudaratkan badan anda. Satu tin soda mengandungi 150 kalori. So anda hendaklah maintain kalori anda dalam 1800 - 2000 kalori sehari.
2) Buat senaman ringan 10 minit sehari. Senaman ringan setiap hari dapat memberikan hampir 50% impak kepada pengurangan berat badan anda jika di gabungkan dengan senaman biasa. Senaman jenis ini termasuklah berjalan, berenang, menggunakan tangga untuk ke pejabat atau apartment.
3) Jangan tinggalkan rutin makanan harian anda seperti sarapan pagi dan makan tenghari. Sebagaimana petua penurunan 1kg dalam seminggu sebelum ini, anda tidak di galakkan skip rutin makanan anda kerana sebenarnya jika anda skip, maka perut anda akan mula berasa lapar lebih daripada biasa menyebabkan anda akan mengambil makanan lebih daripada biasa. Anda boleh menikmati hidangan anda daripada 3 hidangan berat setiap hari kepada 5 hidangan ringan sehari.
4) Lebihkan makan buah-buahan dan antara buah-buahan diet adalah seperti oren, pears, beans, timun, beri, kacang peas, tomato...tetapi bukan kentang ye...di larang sama sekali.
5) Cukup tidur. Saya rasa ini adalah langkah yang paling penting dalam mengurangkan berat badan kita iaitu tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari atau 10 hingga 12 jam bagi mereka yang masih muda. Tidur dapat memberikan kesegaran dan ketenangan kepada badan kita.

Thursday, July 29, 2010

KUCING OH KUCING


Petang tadi masa on the way balik, saya singgah sekejap di taman rekreasi perumahan dan bersantai sambil melihat orang berjogging dan berlari-lari anak, beriadah dan pelbagai aktiviti. Tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing yang berlari kesana sini tanpa tujuan...maybe cari mak dia kot tapi mana pergi mak dia? Anak kucing tu pulak tak adalah mengiau-ngiau macam hilang mak, cuma nampak macam lost aje....
Teringat saya kepada kucing peliharaan saya yang pertama dulu bernama nyau-nyau. Kucing berwarna kuning yang cukup bijak dan pandai. Dia ni pandai buka pintu, pandai tutup pintu, pandai cari makanan sendiri, pandai makan durian!! pandai tengok tv...dan macam-macam lagi. Saya bela dia daripada kecik sampai lah ke tua...well, last sekali dia mati. Dia mati pun tak menyusahkan saya, waktu dia sakit, dia mengiau-ngiau macam nak beritahu something...dia pun macam biasa, lompat dan bukak pintu, keluar dan esoknya saya nampak dia dah terbaring depan rumah....sad story hahh. Well memang pun but itu asam garam bila kita bela binatang dan binatang tu pulak pandai ambik hati.... macam juga si Blackie ni yang saya jumpa beberapa bulan lepas, tiba-tiba muncul belakang rumah dok tidur sesuka hati dia je macam rumah sendiri.....  

DALAM TIDUR TERMIMPI PULAK



Dalam sedap-sedap tidur, boleh termimpi pulak masa jadi budak -budak dulu idamkan sebuah kereta....

HARI YANG CUKUP MENGANTUK.

Hari ni memang mengantukkan. Pagi-pagi dah kena pergi Setapak ambil surat akujanji daripada pejabat consultant. Sampai kat Setapak, sesat pulak dua tiga tapak tak jumpa office diorang, rupa-rupanya nun jauh dah ter ke belakang. Dahlah cuaca panas terik hari ni...jalan ikut MRR2, jam teruk pulak. Sampai balik office dan pukul 12 tgh...waktu makan tu...nasib baik. So lepas makan ingatkan nak update kerja sikit..tup-tup nampak keyboard tu macam double-double...sah..memang sah..saya dah mengantuk. Tak boleh jadi... terus pergi bilik air basuh muka...tapi malangnya memang tak berhasil. Saya buka mp3 lagu rock. Tak juga berkesan. Saya sembang dengan office mate saya, boleh dia cakap saya makan banyak sangat... sehingga ke saat ni saya menaip...saya masih mengantuk...akhirnya saya mengambil jalan mudah, saya dah give up...saya mengambil keputusan untuk...................
zzzzzzzzz................

Wednesday, July 28, 2010

BUFFET RAMADAN - HOTEL SAH HALAL

FYI, kalau you all dah plan nak booking atau rancang bukan puasa buffet masa bulan puasa nanti, di senaraikan hotel-hotel yang mendapat sijil sah halal untuk buffet buka puasa:

Ancasa Hotel Kuala Lumpur - Jalan Tun Tan Cheng Lock, KL
Brisdale International Hoted Sdn Bhd - No 65, Jalan Hj Hussein, KL
Cititel Hotel Penang - 66, Penang Road, Penang
Crystal Crown Hotel - Jalan Utara, PJ
Cyberview Lodge Sdn Bhd - Cyberjaya
Dynasty Hotel Kuala Lumpur - 218, Jalan Ipoh, KL
Evergreen Hotel - 53, Persiaran Gurney, Penang
Grand Dorsett Labuan Hotel - 462, Jalan Merdeka, Labuan
Grand Seasons Hotel - 72, Jalan Pahang, KL
Hotel Armada - Lorong Utara, PJ
Hotel Seri Malaysia - Jalan Stadium, Alor Star
Hotel Seri Malaysia - No 11, Jalan Jati 1, Genting Highland
Hotel Seri Malaysia - Jalan Teluk Sisek, Kuantan
Hotel Seri Malaysia - Marang, Terengganu
Hotel Seri Malaysia - Jalan Pasar, Sungai Petani, Kedah
Hotel Seri Malaysia - Bagan Lalang, Sepang
KL Airport Hotel Sdn Bhd - Jalan CTA 4B, KLIA
KLI Hotel Management Sdn Bhd - Jalan Raja Muda Abd Aziz, KL
Hotel Putra - Jln Tunku Abdul Rahman, KL
Legend Hotel - 100, Jalan Putra, KL
Midah Hotel - No 8, Jln Kg Atap, KL
Ming Court Hotel - Jln Ampang, KL
Nilai Putra Hotel - Nilai, NS
PG Hotel Sdn Bhd
Puteri Park Hotel - Jln Raja Laut, KL
PNB Darby Park Hotel
Quality Hotel City Centre - Jalan Raja Laut, KL
Residence Hotel - Universiti Tenaga Nasional, KL
Grand Bluewave Hotel - Shah Alam
The Paramount Hotel - Sibu, Sarawak
The Plaza Hotel - Jln Raja Laut, KL
The Summit Hotel - USJ Subang Jaya
Tradewind Hotels & Resort - Jln Dato Sulaiman, JB
Tradewind Hotels & Resort - Hotel Istana - Jln Raja Chulan, KL
Salah sebuah hotel di KL - Ehsan Google

NASI CAMPUR RESTORAN HASSAN

Hari ni lunch saya makan nasi campur di Restoran Hassan. Masakan kelate. Lauk sedap belako tapi mahah sikik....Yang penting, sedapkan. Kalau mahal sangat, pergi belakang, duduk kat kerusi, ambil pinggan, cuciii!
Kalau tak salah restoran Hassan ni ada cawangan, di USJ Taipan, di Kg Baru dan di Awan Besar, Lebuhraya Kesas. Lauk dia adalah dalam 15-20 jenis, maintain daripada dulu sampai sekarang. Masakan pilihan dah semesti ayam goreng kampung dan ulam2 dia yang fresh dan menyegarkan terutama pucuk pegaga dan petai. Ikan percik, gulai kawah, telur masin...semua tu memang sentiasa ada. So hari ni saya makan nasi berlaukkan gulai kawah daging, ulam dan seketul ayam goreng kampung beserta air limau panas. Harganya....saya tak tahu sebab hari ni kawan saya yang bermurah hati belanja :-)

DECO RUMAH CITARASA ENGLISH

Sebenarnya sebelum beli rumah baru dulu, saya dan isteri dah sepakat nak buat rumah berkonsepkan English, maksudnya yang banyak bunga-bunga dan warna utama adalah putih. So banyak tempatlah kita pergi survey dan surveydan survey untuk membeli barangan deco bagi menampakkan ke'english'an rumah tu dan salah satu tempat yang banyak barangan berkonsep english selain daripada Vantage, KK Decomart ialah Romantika yang terletak di 5th floor Plaza Alam Sentral. Memang banyak pilihan bagi mereka yang meminati konsep English cuma kalau masa dulu-dulu pergi, harganya masa murah tapi sekarang sebab demand dah tinggi, saya rasa harganya dah mula naik malah KK Decomart pulak yang nampaknya murah sedikit daripada harga barang Romantika, but still ada pilihan barang masih banyak di Romantika.

Cabinet Sesuai Letak Di Bilik Or Ruang Tamu
Selamat Datang
<><><><>
<>
<><><><>
Krringgg Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan

Ding Dong
Cabinet Dan Pasu Bunga
.
Pinggan Untuk Gantung - Bukan Untuk Makan :-)


APARTMENT SIERRA RESIDENCY

Gambar Hiasan - Batt HP habis masa sampai situ
Minggu lepas, saya ada pergi ke Puchong dan berjalan-jalan dan bertinjau-tinjau kawasan Bandar Kinrara dan saya tertarik dengan sebuah apartment yang baru siap di bina terletak atau bukit yang tak berapa tinggi di BK5 kalau tak salah saya. Nama apartment tu Sierra Residency atau Sri Sierra kot, lebih kuranglah. Yang bestnya tempat tu ialah lokasinya berada tepi bukit dan memang kalau tak pasang air cond pun, angin sentiasa ada.... saya tanya guard kat situ, ada kosong lagi ke? Dia jawab sudah sold out, tapi ada new phase sebelah bukit sana sambil dia tunjukkan kawasan kosong yang betul2 berada sebelah bukit dan kawasan hutan...wahhh lagi cool. Maybe bila launching nanti saya boleh tengok apa pulak yang menarik di kawasan tu.

Tuesday, July 27, 2010

BULAN PUASA TAK LAMA LAGI

Tup tap tup tap, pejam celik pejam celik, dah nak bulan puasa. Sekejap betul rasanya. Macam baru beberapa bulan lepas baru sambut raya, dah nak kena beli baju raya lagi ke tahun ni? Biasanya ada 2 jenis shopping masa nak raya. Satu shopping sambut puasa, satu lagi shopping sambut raya. Yang sambut puasa tu nak beli macam-macam jenis barang untuk di masak samada jenis instant atau pun untuk di masak. Al maklumlah, kalau nak bershopping masa puasa nanti penat pulak, so cara mudah, sebelum puasalah kita membeli kecuali barang-barang basahlah kalau nak masak untuk berbuka. Bazzar Ramadhan juga sure dah ready dah. Dulu pernah sekali saya pergi bazzar Kg Baru. perghhhh, tak larat nak jalan...nun jauh melangkah. Semua ada. Cakap aje. Bila cakap pasal bazzar ni, saya selalu ingat yang bukan orang nak bukak puasa aje yang sibuk membeli, yang tak puasa pun...( kaum lainlah ) kita nak beli, diorang pun nak beli...demand tinggi pulak tu :-) anyway...highway...amway...subways kita 1 Malaysia kan.

SAJAK KEDUA

Malam ni saya memang rasa ngantuk lain macam daripad malam-malam lain. Maybe sebab dah beberapa malam berjaga untuk updatekan blog agaknya...so malam ni mata memang kuyu semacam je, macam mata orang jepun je...so sebelum mata ini semakin layu, sambil tu, terimalah sajak spontan kedua dari saya.
Bila malam muncul kembali...
Manusia mula mencari erti
Meniti siang tanpa henti
Bagai esok akan mati
Kiranya pupus sang mentari
Berlari deras berlalu pergi
Mencari setitik harga diri
Yang lama hilang menyepi
Dek penuh perasan sangsi
Menikam sukma merobek hati
Kerana hidup gagal lagi
Hapus sudah keyakinan diri
Mana langkah harus ku pergi?

Monday, July 26, 2010

BLUE MONDAY

yang berdiri tu...bukan saya
Orang cakap hari monday ni blue. Ada juga yang cakap black. Ada juga yang cakap moody. Bagi saya, hari Isnin ni mengantukkan. Tak tahu kenapa, tiap kali datang hari Isnin, dia punya menguap tu lebih banyak daripada hari biasa, terutama hari Khamis. Kenapa saya tak cakap Jumaat? Sebab hari Jumaat tu, entah kenapa masa khutbah Jumaat, automatik bilangan menguap dia sama macam hari Isnin!! :-) Tapi apa-apa pun, hari tetap hari. yang datang tetap datang yang pergi tetap pergi, hari tetap berlalu tanpa kita jemput dan tanpa kita menyuruh...wahhh macam pernah dengar skrip ni. Well, let's start ....emmmm apa kata minum dulu baru start kerja...ahakkssss. Jangan salah faham, minum nescaffe supaya tak ngantuk. See u then.

Sunday, July 25, 2010

FISH AND CHIPS ALA SANTAI

Barang asas Fish & Chips
Emmm..macam yang telah saya cakap tadi, anak no 2 request suruh saya masak fish & chip. So, tadi semua bahan dah saya beli, maka bermulalah kerja chef di dapur. Kalau pasal masakan ni, saya biasanya suka menokok tambah apa yang ada. Macam contoh rempah atau tepung bagi ikan dory tu, saya campurkan tempura, tepung KFC, sedikit serbuk daun basel, sedikit garam, sedikit serbuk secukup rasa, sedikit serbuk lada hitam sedikit serbuk daun herba. Setelah tu semua di gaul dan di tambah dengan sedikit air tapi jangan terlalu cair dan kemudian masukkan ikan dory tadi dan peram selama beberapa minit. Sosnya saya cuma kacau ready make sup cendawan ditambah dengan serbuk lada hitam dan cendawan potong. Lepas tu gorenglah ikan tadi dengan api sederhana besar atau pan lebar. Sampai dah cukup masak, Letak atas pinggan yang telah di hiaskan dengan daun salad hijau dan purple serta sos thousand island beserta sedikit buah anggur merah. Sebelum tu juga saya dah masak red bean siap-siap serta buat sedikit bawang goreng untuk ditaburkan atas F&C. Perah sedikit lemon atas ikan tadi dan letak sos cendawan ...decorate sikit...walaaaaaaahhhhhh. Makan time. So, saya namakan resepi ni sebagai FISH AND CHIPS ALA SANTAI :-)
Fish & Chips Ala Santai
Nak resepi, just email me...

JALAN-JALAN DI PLAZA MASALAM

Hari ni anak saya baru beritahu ada buku yang nak kena beli, so plan contigency adalah pergi ke plaza masalam sebab kat sana semua senang cari. So sampai saja di sana, hujan mula turun dengan lebatnya, bermakna kenalah stay di plaza tu lama sedikit sebab kat situ parking tak ada bumbung. Anak-anak pergi ke kedai buku manakala saya pergi ke Giant. Isteri saya, biasalah kekedai pakaian dan tudung, wajib tu walau dimana sekalipun . Anak no 2 saya dah pesan awal-awal tadi, malam ni saya kena masak fish and chip. So kena beli barang di Giant. Banyak juga kedai pakaian yang baru di buka kat plaza ni. Maybe kerana plaza ni dah di upgrade dan banyak renovation sudah dibuat untuk tampil berwajah baru, maka banyak jugaklah kedai yang baru. Ada kedai barangan kecantikan, accesories, pakaian dan macam-macam. Saya ada juga tertarik dengan kedai pakaian budak-budak yang menampilkan baju raya...Mood raya dah datang dah...puasa belum lagi tu.

PAK HAILAM KOPITIAM

Sekarang ni sana sini situ tempat, ada saja restoran yang menamakan kopitiam sebagai trademark. Pak Li kopitiam, Pak Long kopitiam, Pak su kopitiam...yang terbaru Pak Hailam kopitiam...yang pelik tu, depan mesti ada Pak...hormat...kena hormat. mesti letak Pak di depan. So restoran Pak Hailam Kopitiam ni banyaklah cawangannya dan saya sempat singgah di salah satu cawangan dia di Carrefour Bukit Rimau. Duta dia tak lain dan tak bukan, "Pak" Datuk Misbun Sidek. senyum memanjang je gambar dia sambil menikmati meminum secawan kopi. Menu dia tak ada beza yang saya nampak dan masakan dia pun lebih kurang sama dengan kopitiam dia yang lain...pada pendapat saya ada sedikit kuranglah pada setengah-setengah masakan dia berbanding Old Town kopitiam dan yang lain tapi ada juga makanan yang boleh tahan seperti nasi lemak rendang dan juga mee masak daging halia...Harga, boleh tahan mahal terutama bahagian air dia. Bagi yang mengutamakan budget, faham-faham jelah...apa-apa pun jika singgah di mana-mana Pak Hailam kopitiam, cubalah sendiri.

POTONGAN 50% DI CITY CHAIN

Semalam sewaktu saya berjalan-jalan di Subang Parade, Subang Jaya, saya tengok ramai orang berkerumun di sebuah kedai sampai saya tak nampak apa benda kedai tu jual sebab semua cermin kedai tu tertutup kerana ramai orang melihat daripada luar barangan yang mereka jual. Tapi bila dah dekat, baru saya nampak signboard dia...oooo CITY CHAIN. Jualan 50-60% jam-jam branded diorang rupanya, patutlah ramai orang yang datang berpusu-pusu, bayangkan jam titus berharga RM400 dah jadi RM180...hebat. So memamg ramailah yang datang dan membeli masa tengah buat potongan harga. Kalau tak ada potong macam tu, makna nak beli dalam keadaan ekonomi sekarang ni. Dalam waktu yang sama, bukan saja CITY CHAIN saja yang buat jualan disitu, tetapi MPH juga ada buat jualan diskaun diruang legar serta banyak lagi kedai. Macam pakat-pakat pulak diorang semua ni :-) Anyway, bagi anda yang berkunjung ke Subang Parade, jangan lepaskan peluang untuk bershooping sementara sales.

SALERO NEGORI

Hari ini saya lunch di Restoran Salero Negori. Masakan minang atau Negeri Sembilan. Antara masakan yang paling mendapat tempat adalah gulai tunjang, masak lemak ikan keli, gulai tempoyak, daging dendeng dan pelbagai lagi masakan negori. Hari ini agak lengang sikit berbanding dulu, mungkin ramai yang makan di rumah atau masa saya datang memang tak ada orang :-) Lagipun dah hampir setahun saya tidak datang kesini. Tiada apa yang berubah. Lokasinya adalah di depan Carrefour Subang Jaya. Ada juga cawangan utamanya yang saya tak berapa ingat, maybe di Wangsa Maju dan ada beberapa tempat lagi. Hari ni saya order gulai tunjang, sambal sotong, daging dendeng, gulai tempoyak dan air mineral. Makan bertiga, so harganya dalam RM24.00. Harga boleh tahan mahal tapi kira berbaloi jugak sebab ada rasalah masakan diorang, dan gulai tunjang diorang memang sedap walaupun harga dia RM7.00 semangkuk kecik macam di bawah ni.

Saturday, July 24, 2010

PETUA TURUN 1KG DALAM SEMINGGU

Hahhh!! Ini petua yang paling senang bagi sesiapa yang nak menurunakan berat badan 1kg dalam seminggu. Tiada kos, Tidak perlu ke gim dan tidak perlu berdiet atau mengambil apa2 produk pelansingan. Actually benda ni dah selalu orang dengar cuma tidak dipraktikkan je, tapi its work for me and saya rasa anda pun begitu juga. Langkahnya mudah saya. Ikut saja 3 step dibawah selama seminggu, anda pasti akan terkejut dengan resultnya.
1) Puasa - Maksudnya puasa daripada makan nasi waktu malam. Anda boleh makan waktu pagi dan tengahari. JANGAN SKIP breakfast dan lunch. Anda kena makan sebab jika tidak, anda akan makan lebih daripada yang sepatutnya bila anda rasa lapar. Gantikan nasi waktu malam dengan wheat bread atau salad untuk mengalas perut dengan segelas susu.
2) Makan sayuran atau buahan sebelum makan - Breakfast rasanya tak perlulah, cuma makan tengahari dan malam, sebelum anda makan, kenalah makan sayuran atau buahan dulu kerana fyber dalam sayuran dan buahan membantu penghadaman yang baik dan membuatkan anda rasa kenyang dengan segera. JANGAN MINUM AIR sebelum atau semasa makan. Ini boleh menyebabkan anda kenyang sebelum waktunya dan kemudian anda akan cepat lapar balik menyebabkan anda ingin makan lagi.
3) Tidur kena awal.....bagi bloggers yang kerja dia dok menaip waktu malam, dok cari ilham waktu malam...( anda di maafkan...termasuk saya) kerana dah minat, nak buat macam mana.
So, selamat mencuba dan kalau nak turun 2 kg, buat lagi seminggu....ahakkkssss.

FURNITURE RUMAH

Dah macam Eric Leong pulak bila cakap pasal furniture rumah ni, tapi memang daripada dulu kalau cakap pasal furniture ni, saya memang kenan sangat dengan warna putih. Dalam rumah saya, 70% perabut adalah warna putih dan kalau cakap pasal warna putih ni, rasanya yang sure ada perabut putih adalah di IKEA. 1 thing pasal IKEA ni, kalau beli barang kat sana, "spare part" pun kena beli kat sana. Macam masa dulu saya nak nak buat built in kitchen cabinet, dah ukur, dah ok semua. kemudian teringat pulak nak buat pull out rack tu...alaaaa yang bila kita buat cabinet, ada rack besi pulak yang kat dalam tu boleh tarik, biasanya nak isi barang2 dalam botol. Oleh kerana harga di IKEA boleh tahan mahal juga, so plan nak beli di luar tapi memang hampa, sebab ukuran semuanya tak sama. Bila check2, rupanya hanya IKEA saja yang mempunyai ukuran sebegitu. Macam juga katil dengan tilamnya. Well, ada pro and con di situ. Masa dok survey2 dulu, ada kerusi rotan warna putih yang memang saya tertarik, menarik, tercarik... opsss terkenan. so ingatkan sebab nak beli barang banyak, tak muat kereta, nak beli next time datang...tapi tiap kali datang, hampagas...asyik tak ada stock. Bila call, stock belum sampai. Almaklumlah, semua imported.

Friday, July 23, 2010

SAJAK PERTAMA

Dulu dulu, masa sekolah menengah, memang saya suka bersajak. Kira boleh tahan jugalah. mana ada majalah yang memerlukan sajak, saya akan hantar begitu juga dengan pertandingan mencipta sajak. Tapi biasalah kebanyakan sajak saya berunsurkan cintan. Sajak lain ilham susah nak dapat :-) So malam ni sempena ada masa, why not saya mendeklamasikan sajak untuk anda semua.... ahhaakkks.
Tatkala kukucup wangian tanganmu,
Bertaburlah kesedihan malam sepi,
Tatkala kusentuh licin pipimu,
Berdetiklah kencangan bayu nostalgia
Mimpi apakah ini menanti aku,
Fantasi apakah ini merentang jauh di hadapan
Merasa setitik azimat semalam,
Tapi terkulai juga tanpa meronta.
Kembang takkan kembang, pudar takkan pudar,
Langkah masih jauh, Langkah masih longlai
Tatkala kukucup wangian tanganmu.

So, bersedialah dengan sajak2 spontan yang lain bila kena masa dan harinya ye. Itupun bila ada mood dan jika ilham datang.

PASAR MALAM


Malam ni dinner saya ialah di pasar malam. Apa yang diorang jual kat situ, itulah dinner saya. So lepas cari parking baik punya, saya pun terus berjalan laju ke gerai permulaan yang menjual baju2 dan kasut. Adalah lebih kurang 100m panjangnya pasar malam di Jalan Kebun tapi hampir 70%  gerai menjual makanan dan minuman, manakala yang selainnya menjual barang basah, mainan, pakaian dan kasut. Ada satu gerai yang menjual DVD.. ehemmm DVD yang tuuuttt..
So first round dah survey, pusing balik dan kali ini berjalan perlahan sambil recall balik apa yang saya nampak tadi dan apa yang ingin dibeli. Mula-mula saya beli kuih lepat pisang RM1 ( dpt 3 keping), kemudian beli nasi ambang RM3.50 ,beli leher ayam goreng RM1. Kemudian untuk anak saya belikan char kuey teow dan mee goreng berharga RM5 dan untuk isteri saya belikan nasi kerabu lauk ikan tongkol harga RM3.50, So semua dinner saya berjumlah RM14.00. Settle dinner saya. Malam ni program tv tak ada yang best sangat, so ada masa untuk saya menaip apa yang ada di fikiran dalam blog ini.

KELEBIHAN BUAH MENGIKUT WARNA

Hari ni kita cakap apa kelebihan buah-buahan mengikut warna buah tersebut. Hari ni mood saya ok. Almaklumlah hari Jumaat. terasa macam dah nak weekend dah. Semalam masa on the way balik, saya ternampak orang jual buah rambutan. Ingatkan nak beli sekila dua tapi bila tengok orang ramai, cancel. Bila cakap pasal buah-buahan ni, apa kelebihan dan kesan dia dalam kehidupan kita terutama dalam mengurangkan berat badan secara semulajadi. Buahan dan sayuran memain peranan penting dalam mengurangkan berat badan...wahhh macam pakar fitness dalam The Biggest Loser pulak. Pendek cerita, kita saksikan apakah kelebihan buah-buah atau sayuran mengikut warna mereka.
Merah - Buah seperti anggur pink, tomato merah, lada benggali merah/red bell peppers dan tembikai merah mempunyai lycopene yang membantu menentang cancer paru-paru dan cancer prostate( ni cancer untuk kaum lelaki ) Buah tomato dalam tin juga boleh di ambil kira berkhasiat. "Redmummy" tak masuk ye..
Green - Yang ini banyak. Bayam, broccoli, kacang pendek dan panjang, bok choy dan apa sajalah yang warnanya hijau mempunyai lutein yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke serta mengurangkan penuaan...emmm bila cakap pasal ni, sure lepas ni yang tak makan sayur, jadi peminat sayur pulak. Sayur hijau pekat ( atau hijau tua ) juga mempunyai tinggi folate dan vitamin B.
Orange - Carrots, Mempelam atau pauh, labu dan orange mempunyai beta carotenes yang boleh mengelakkan cancer paru-paru, sakit bahagian perut dan esophagus...
Putih - seperti cendawan, bawang dan pisang mempunyai anthoxanthins dan alicin yang boleh mengurangkan darah tinggi serta mengelakkan cancer perut.

Thursday, July 22, 2010

BUNGA ROS JEPUN

Selalunya activiti waktu weekend memang dah di rancang. Hari Sabtu memang hari untuk berjalan dan hari Ahad selalunya dok kat rumah bersantai atau membuat kerja-kerja mengemas. Salah satu aktiviti favourite saya adalah landscaping. Kalau ada tanah, kalau ada ruang mesti saya akan terfikir apa nak di buat dengan ruang atau tanah yang ada supaya nampak lebih cantik. Salah satu tanaman atau pokok yang menghiasi kawasan rumah saya adalah pokok BUNGA ROS JEPUN...orang cakaplah. Pokoknya memang amat mudah ditanam. Patahkan aje batang dia dan cukup kat tanah, dah boleh tumbuh. Bunga dia pun ala mini ros, dengan pelbagai warna yang menarik. Kalau tak salah saya ada lebih daripada 10 jenis warna. Saya hanya dapat tanam bunga berwarna kuning, pink, merah, putih, orange dan putih belang pink! Kalau datang bila semuanya berbunga, naik sengeh dibuatnya sebab jadi seri rumah kita. Cara jaga dia pun senang dah tidak perlu banyak air, cuma macam biasalah, jaga dari serangga perosak yang memang sentiasa cemburu dengan bunga-bunga yang cantik ni. Disadvantage bunga ni satu aje...dia hanya akan berbunga untuk sehari saja...tapi jangan takut sebab pokok ni memang suka berbunga...sentiasa ada aje yang akan berbunga. So bagi sesiapa yang ingin melihat kawasan rumah dia dipenuhi dengan bunga ros kecik, cuba tanam pokok bunga ros jepun ni....

DINNER DI SECRET RECIPE


Malam ni saya dinner di Secret Recipe(SR). Saja sekali sekala nak belanja keluarga. Asyik makan nasi dengan lauk pun kadangkala muak juga, so ubah seleralah. Maybe ramai yang dah tahu dan mahir sangat dengan menu SR ni, so rasanya tak payahlah saya cakap panjang2 pasal apa yang ada di SR tu. Cuma malam ni saya order Thai Green Curry Chicken. Anak ke 2 saya order kids burger yang ada bendera tapi bukan bendera Malaysia, dan sorang lagi anak saya order Fish & Chips. Macam biasalah, wife saya sure share dengan saya sebab selalunya kalau order lagi sure tak habis. Di SR ni, kalau tak beli cake diorang, maknanya tak lengkap kalau pergi ke sana sebab memang kepakaran diorang adalah cake mereka yang pelbagai rasa dan sedap pulak tu. Siapa sangka Durian dengan cheese pun boleh di gabungkan sekarang menjadi cake!! Rasa Thai Green Curry Chicken dia bolehlah tahan...kadangkala sedap, kadangkala rasa biasa saja...almaklumlah, diorang masak ni kadang-kadang ikut menu je...bukan kat restoran, ikut pada naluri dan citarasa tukang masak tu sendiri. Tapi outcome dia lain lah pulak, dia boleh jadi sedang sangat dan boleh jadi tak sedap.

RESTORAN SAMURI ADA AIR FREE

Hari ni lunch saya makan di sebuah restoran satay kajang. Kira macam franchise dialah sebab kat situ bukan setakat satay kajang, tapi ada juga lauk pauk serta pelbagai lagi hidangan ala-carte. Hari ni hujan turun agak renyai sedikit, so ini boleh menambahkan selera makan...ialah waktu sejuk-sejuk ini, perut memang macam-macam lagu boleh keluar...silap-silap kalah lagu dalam program keynote tu.
So kelebihan restoran ni satu je sebenarnya..air dia PERCUMA. Lauk-lauk dia kira biasalah selain ada masak sambal, masak lemak dan kurma. Hari ni saya makan nasi dengan lauknya ikan sambal, kentang goreng dan sayur peria serta air FREE :-) Harganya RM5.50. Boleh tahan mahal jugak lah sebab maybe kos air tu dia masuk sikit kat dalam harga lauk...sebab tu kalau saya makan, air kena minum 2 round. Kata orang rezeki jangan di tolak... Lokasi dia di USJ 10. Jalan saya tak berapa pasti tapi rasanya kalau jalan kat situ dan tanya orang, mesti diorang tahu...

BLACKOUT

Rasanya selepas mengharungi hari yang kurang baik semalam, harapnya tak adalah perkara lain yang menyusul. So semalam saya dengan penuh harapan tidur malam mesti tangkap lentuk dengan penuh lena walaupun lambat, pukul 2 pagi baru tidur sebab melawat blogger-blogger lain sambil menyambung siratulrahim katakan...mata pun dah kuyu, laptop tu nampak macam bantal dah, nyamuk bunyi pun dah rasa macam lagu tidur..so belayarlah saya ke negeri mana pun saya tak ingat, tapi rasanya macam negeri yang cuacanya panas. Apa ke tidaknya, pukul 3 pagi, letrik kawasan perumahan saya putus!! Whaahh.... rasa nak nangis...kenapa masa ni pulak tak ada letrik. Nak putus buatlah masa tengah kerja ke.. ini masa orang dengan tidur. Ingatkan sekejap saja letrik nya putus...tapi ku sangka siang kiranya malam...sampai saya pergi kerja pukul 6.45 pagi tadi letrik masih belum ada...Inilah yang di katakan sudah jatuh ditimpa tangga.

RESTORAN ADAM

Lepas mengharungi hari yang tak menentu, lupa pulak malam ni saya ada janji untuk berjumpa dengan seorang kawan yang dah agak lama tak saya jumpa. Dia tinggal kat area Kota Kemuning. Kalau ikut kesas memang mudah nak kesana. So, janji punya janji, sms punya sms, kita orang akhirnya berjumpa di sebuah restoran bernama Restoran Adam. Rasanya ianya terletak di seksyen 32 berdekatan dengan pasaraya Econsave. Malam ni saya order nasi goreng daging merah dengan teh tarik manakala kawan saya memesan nasi goreng kampung dengan nescafe tarik. Makanannya boleh tahan, maknanya boleh di makan tapi tidak ada yang ummmgghh. Harga makanan saya dalam lingkungan RM5.20. Yang syok nya saya makan nasi goreng daging merah tapi bila masuk dalam mulut, rasa durian....rupa2nya tak jauh daripada situ, ada gerai durian...memang power betul bau dia sampai kat restoran Adam pun boleh bau. Ada satu lagi restoran sebelah Restoran Adam yang kalau tak salah saya namanya Restoran Dapur Kita. Nampak daripada luar memang inviting, tapi maybe next time saya akan ajak kawan saya pulak untuk menjamu selera di sana..... 

Wednesday, July 21, 2010

TODAY NOT MY DAY

Orang cakap " Bukan hari kau" selalu terungkap jika sesuatu peristiwa malang atau menyedihkan atau menyiksakan berlaku pada kita. Well, ungkapan tersebut terjadi pada saya pada hari ini.
Bermula daripada sesudah subuh bertolak menuju ke tempat kerja melalui kesas, saya sudah merasakan ada sesuatu yang cukup tidak selesa semasa memandu. Kereta terasa berat, bila berhenti pada gear N, kereta pun macam nak mati enjin, terpaksalah saya sentiasa menggunakan gear D sepanjang masa walaupun semasa berhenti. Sampai depan office, dapat parking, saya pun picit kunci alarm saya dan tiba2 alarm berbunyi. Tengok2 rupanya pintu belakang tak boleh tutup sebab jam. Nak tak nak, kena kunci secara manual. Kemudian seperti biasa, saya mengambil beg kerja di bonet belakang dan ternampak satu file yang perlu saya bawak ke office, saya pun terus ambil dan menutup bonet. Dua langkah kedepan, saya meraba2 poket seluar..."Mana kunci kereta?" "Ya Allah....dalam bonet kereta!!!" Lebih malang lagi kunci spare juga saya simpan dalam bonet kereta! Nasib baik depan office tu kedai tukang kunci, so maybe dia boleh tolong bukak pintu kereta. Pendek cerita si tokey kunci ni pun buatlah macam mc gyver pakai mcm2 kunci nak bukak. Pintu depan, pintu kiri, bonet belakang...2 jam buat tak ada hasil. Dia cakap dia panggil kawan dia seorang foreman. Pendek cerita lagi kawan dia sampai bawak tools box dia dan terus bukak wayar kat bahagian tayar dan terus kerat sikit wayar2..Wahh,,,memang pakar betul. Katanya nak buat litar pintas so bagi alarm function dan pintu boleh terbukak...(opsss lupa nak beritahu, saya pakai kereta waja, so memang tak boleh bukak ikut cermin yang pakai pembaris ke, besi panjang ke...sebab kereta waja pakai cable...)..last-last, 2 jam juga dia buat tapi tak berhasil...pendek cerita, handle pintu belakang jadi mangsa!! Kena ganti handle belakanglah jawabnya. Petang tadi saya bawak pergi kedai foreman tu dan pasang handle yang dah rosak dan yang menyebabkan kereta saya rasa lain macam pagi tadi sebab 5 fuse kereta terbakar!! So, hari ini langsung saya tak pergi kerja. 2 jam tunggu mc gyver.2 jam tunggu foreman. 3 jam kat workshop repair kereta sambil tunggu stock sampai....Not my day.

RESTORAN LORONG SERATUS TAHUN


Hari ini saya breakfast di Lorong Seratus Tahun (LST) yang bertempat di USJ Taipan Subang Jaya. Dulunya tempat tersebut adalah restoran daun pisang, tetapi kemudian di gantikan dengan restoran ala kopitiam penang pada tahun 2009 Pagi ni saya makan set roti bakar, telur separuh masak dan kopi. Harganya RM6.90/set. Kalau tak salah di SS2 Petaling Jaya juga mempunyai restoran LST. Kira asasnya masakan LST bercirikan daripada Penang yang pernah anugerah "Best Street Food" di Asia oleh Time Magazine pada tahun 2004. Banyak sangat celotehnya. Apa yang istimewa kat sini? Emmm kalau pergi mana-mana restoran mesti kita tanya " Apa yang best kat sini?" Kalau dah nama LST, so speciality dia juga mesti bermula dengan LST...seperti LST curry mee, LST nasi lemak dan LST kuey teow goreng. Banyak lagilah makanan-makanan yang lain tapi bagi saya, kopi dia memang kow-kow. Apa kata orang tu, betul-betul how liaw!! Suasana dalam dan luar dia cukup tenang dan nyaman dengan kesejukan serta wallpaper bercirikan suasana keadaan di pulau pinang waktu dulu-dulu. Jika sesiapa yang singgah di USJ, well, cubalah makan di restoran Lorong Seratus Tahun yang terletak berdepan dengan bank UOB.

RADIO TEMAN WAKTU MALAM

Bila cakap pasal student IPTA @ IPTS, mesti tak boleh lari daripada study malam. Dah jadi benda wajib study kena waktu malam sebab ikut ceritanya, waktu malam ni suasananya tenang, sepi dan hening menyebabkan kita senang fokus untuk study. Betul ke? Emmm tepuk dada tanya selera. Silap2 bukan kita baca buku, buku yang baca kita :-) Macam-macam cara dan perangai untuk menahan mata daripada mengantuk. Basuh muka tu memang dah wajib. Selagi tak sejuk muka tu dengan asyik membasuh, memang tak sah. Ada juga yang menghisap kopiko dan buat kopi O sepekat tidak. Ada yang bila dok senyap2 study, tiba-tiba dia terjerit sorang-sorang...ingatkan histeria, rupanya nak lepaskan menguap dia...habis satu bilik terbangun dengar tarzan melalak. Paling popular sekali untuk menghilangkan ngantuk masa study malam adalah mendengar radio. Kira macam peneman waktu study malam lah tu...ada juga sebab takut, daripada dengar suara yang macam-macam, baik dengar suara radio! Bagi saya, satu ketika dulu, rancangan radio waktu malam yang menjadi peneman saya adalah rancangan yang di kendali pada waktu itu Tok-tok dan Pok-pok. Menang tak kering gusi di buatnya dengan kerenah mereka berdua yang menyiarkan lagu-lagu menarik sambil mereka sendiri berlakun pelbagai watak untuk menyemarakkan lagi suasana malam. Biasanya rancangan waktu malam lebih kepada berbentuk romantis dan mengimbau kenangan lalu. Apa tidaknya, waktu malamlah kadangkala idea datang mencurah-curah. Ada yang guna bulan sebagai sumber ilham, bintang-bintang sebagai sumber inspirasi, deru angin sepoi-sepoi jadi cerita novel dan macam-macam lagi. Saya pasti anda juga mempunyai banyak kenangan sewaktu menempuh zaman pembelajaran tidak kira di mana anda berada. Apa rancangan kegemaran anda?

PEMBUKA KATA PENGENALAN DIRI

Salam hormat kepada pembaca blog semua. Ini merupakan detik permulaan bagi saya dalam memulakan perjalanan sebagai penulis blog atau orang kata bloggers. Dari mana datang ilham nak tulis blog ni? Sebenarnya dah lama cuma tidak mempunyai masa dan kadangkala commitment yang terlalu banyak membuatkan kita rasa kurang berkeyakinan untuk meneruskan impian menulis blog sehinggalah sekarang bila masa mula mengizinkan saya untuk menulis dan berkarang. Masa bersekolah menengah dahulu di Maktab Rendah Sains MARA, saya telah menjawat satu jawatan sebagai Ketua Jabatan Sebaran Am. Dari situlah minat penulisan pun bermula, tidak kiralah samada dari segi sajak ke, cerpen ke, teka teki ke, skrip drama radio ke, janji apa juga bentuk penulisan, saya join. Tamat saja sekolah menengah, maka tamat jugalah impian penulisan serta minat kerana tidak mempunyai ruang dan masa yang sesuai untuk menulis walaupun dengan sebuah madah. Kehidupan seharian berubah sekelip mata dan tanpa disangka-sangka, semua yang kita impikan juga semakin pudar dan lari jauh seolah-olah itu semua bagaikan sebuah mimpi yang tak sudah... nyanyian Ibnor Reza satu masa dulu.
Apa ada dalam blog ini nanti? Soalan yang bagus. Kalau ikut pada blog JOM SANTAI SEKEJAP tu bermaksud blog ini adalah untuk menenangkan anda seketika. Gabungan pengalaman serta realiti kehidupan dan suasana situ sana sini akan saya bentangkan kepada anda. Macam kalau dalam kesesakan lalullintas dengan jam sana jam sini, anda mendengar celoteh dan kisah-kisah menarik di radio hinggakan meredakan keresahan anda menempuh jam tersebut, begitu jugalah idea disebalik blog ini untuk memberikan anda sesuatu keunikan dan ketenangan minda sambil membaca dan berkongsi ideas dan pendapatan. Angan-angan tetap ada supaya blog ini akan berkembang dan berkembang sebagai mana impian saya untuk menulis dan menulis. Walaupun begitu, saya pernah mendengar dan kadangkala saya juga memberikan kata-kata ini sebagai perangsang kepada sesiapa saja jika ditakdirkan satu masa kita menemui kegagalan.... People always fail to plan but never plan to fail.
Seiring dan sejalan dengan perjalanan blog ini pasti sedikit demi sedikit akan saya bercerita tentang saya dan juga pengalaman dan realiti kehidupan bukan sahaja daripada saya, tapi apa yang berlaku di sekeliling kita. Till then, WISH ME LUCK.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails