Thursday, December 2, 2010

ULASAN MOVIE - KNIGHT AND DAY

Sebenarnya dah lama saya nak tengok DVD cerita Knight and Day ni, tapi tak berkesempatan langsung sehinggalah semalam sambil blogwalking!! Lakunan Tom Cruise dan Cameron Diaz ini memang cukup menarik dengan aksi dan lawak santai komedi yang bersahaja daripada mereka berdua. Sy belum pernah tgk Tom Cruise melakunkan watak humor tapi dalam filem ini memang cukup terhibur dengan humor spontan Tom Cruise. Biasanya kita lihat lakunan serius dia dalam aksi seperti Mission Impossible, Top Gun, Skywalker dan lain-lain. Cameron Diaz memang tidak dapat dinafikan mempunyai lakunan humor yang cukup berkesan seperti dalam filem Charlie's Angel, There's something about Mary dan lain-lain.
Cerita mengisahkan tentang Roy Miller ( Tom Cruise ) seorang bekas agent CIA yang terserempak dengan June (Cameron Diaz) di lapangan terbang dan akhirnya mereka berdua bertembung dengan pelbagai situasi yang mencemaskan dalam misi Roy Miller untuk mempertahankan sebuah alat letupan bersaiz bateri dan juga melindungi pembuat alat letupan itu daripada jatuh ke tangan orang jahat dan kehadiran June pulak membuatkan situasi semakin cemas, namun surelah hero kena selamatkan heroinnya walaupun macam mana sekali pun. Adegan romantik mereka jugak cukup lawak habis. 
Jom Santai Sekejap ***1/2

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails