Wednesday, December 22, 2010

RINTIHAN JEJAKA SETENGAH HANDSOME

Aku dilahirkan dalam keluarga yang ramai. Adik beradik aku 15 orang. Mak-mak aku ada 4 orang. Cuma aku saja sorang lelaki dan anak yang sulung. Aku ingat sebab aku sorang je anak lelaki, bolehlah aku jadi anak manja, tapi sangkaan aku meleset. Semua kerja aku kena buat, baik memasak, membasuh, jaga adik2 aku, kemas rumah, sapu lantai..pendek kata apa yang Labu-Labi buat, semua aku buat. Masa aku sekolah rendah, semua dalam kelas dah ada partner masing2. Yang tak ada partner cumalah Kumari, sebab dia sorang je pelajar india dan tiada pelajar india lelaki dalam kelas tu, so aku memberanikan diri dengan menulis kat mana-mana meja dan papan hitam nama aku dan kumari…sangkaan orang, aku di gossipkan dengan kumari padahal aku sendiri yang tulis. Malangnya perasaan syok sendiri aku ditolak mentah2 oleh Kumari. Frust jugak aku walaupun semua tu aku sendiri je yang buat. Naik sekolah menengah, aku dapat tawaran belajar di Sekolah berasrama penuh. Biasalah, masuk sekolah asrama, pet sister pet brother ni dah jadi adat. Yang peliknya, ada sorang kakak form 2 ambil aku jadi pet brother dia. 
Samada dia memang dah tak ada pilihan atau sebab muka aku masih licin tak ada jerawat atau dahi aku luas dan ada bertanda dua hitam kat dahi…tapi bukanlah sebab aku kuat bersujud, sebab masa aku frust dengan Kumari, aku dok hantuk2 dahi aku kat dinding!! Hubungan aku dengan kakak angkat aku berjalan lancar sampai dia menghabiskan form 5. Cuma kami benar2 berkomunikasi masa aku form 1 saja sebab bila aku naik form 2, giliran aku pulak untuk mencari adik angkat…sorry ye kak. Oleh kerana aku ni tak handsome, jadi aku meng’offer’kan diri menjadi pengawas orientasi semasa form 1 mendaftar, jadi bolehlah aku cari adik angkat dulu sebelum semua pelajar form 2 – 5 masuk mendaftar dan dah tentu aku akan ketinggalan….bijak kan? Memang bijak...rentetan selanjutnya di entry akan datang.

3 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails