JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, December 28, 2010

RESEPI SAMBAL KERANG

Salah satu daripada resepi yang sy ambil bulat2 daripada masakan emak sy adalah resepi masakan sambal dan salah satu daripadanya adalah resepi sambal kerang yang mana jika di makan bersama dengan nasi lemak atau nasi putih, memang sedap. Antara bahan-bahannya adalah:

4 kg kerang direbus dan diambil isinya.

3 biji bawang putih dikisar 
3 biji bawang besar kisar
3 batang cili merah dikisar

Sedikit belacan
Sedikit air asam jawa

1 biji bawang besar dipotong kasar
Garam dan gula secukup rasa



Cara memasaknya pula adalah mula-mula panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar bersama belacan sehingga naik bau. Kemudian masukkan kerang, bawang besar dan air asam jawa. Gaul sehingga sebati dan sedikit pekat. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa atau air jika anda inginkan kuah sambal sedikit. Dalam beberapa minit, bolehlah anda angkat dan hidang.
Kadangkala, sy campurkan jugak tempe goreng atau tahu goreng dalam sambal untuk mempelbagaikan masakan sambal tersebut. Apa saja boleh ditambah mengikut selera anda dan tidak mengubah rasa masakan itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails