JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, December 5, 2010

RESEPI OTAK2 AYAM DAUN PISANG ALA SANTAI

Daun pisang kalau kena gayanya boleh menyedapkan lagi masakan dan resepi kita. Kali ni sy akan kongsikan dengan anda cara untuk membuat Otak2 Ayam Daun Pisang Ala Santai. Bahan-bahannya cukup senang dan mudah, cuma daun pisang jelah mungkin susah sikit nak dapat di setengah2 hyper market. Antara bahan-bahannya adalah:
½ ekor ayam, ambik isi dan ditumbuk halus.
1 sudu teh jintan manis dikisar
½ sudu teh jintan putih dikisar
3 batang serai dikisar
1 sudu teh serbuk kunyit dikisar
6 ulas bawang merah dikisar
6 ulas bawang putih dikisar
1 sudu besar asam jawa
1 biji kelapa ( kalau boleh kelapa muda) dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Dan yang penting, daun pisang.

Cara membuatnya ialah mula2 satukan kesemua bahan yang dikisar dengan ayam dan gaul sehingga sebati. Masukkan asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan gaul lagi sehingga rata. Bungkus bahan tadi kedalam daun pisang dan bungkus seperti yang biasa kita nampak orang buat tapai pulut atau ubi. Kemudian kukus selama 1 jam dan that’s it. Sedia untuk di makan.

2 comments:

  1. DAUD - rasanya memang sedap daud sebab banyak rempah yang digunakan...Awk boleh cuba.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails