JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, December 7, 2010

RESEPI NASI MINYAK ALA-SANTAI

Musim cuti ni pasti ramai yang buat kenduri kahwin, Jadi apa kata kali ni sy kongsi dengan anda bagaimana nak buat nasi minyak pengantin.Nasi je ye, lauk dia tu sy ada bagi resepi pada entry yang lepas2. Antara bahan-bahannya adalah:
I kg beras basmathi
1 cawan minyak sapi
1-2 inci kulit kayu manis
10 gm bunga lawang
10 gm bunga cengkih
10 gm buah pelage
2 tangkai daun kari
2 helai daun pandan
2 bawang merah diracik
3 cawan susu cair
1 liter air
Sedikit halia
Garam dan kismis secukup rasa

Cara membuatnya pun senang. Panaskan minyak. Kemudian masukkan semua bahan kecuali air dan susu cair. Lepas naik bau barulah masukkan air dan susu cair hingga mendidih. Akhir sekali masukkan beras yang telah di tos...senangkan. Macam ni anda tak payah nak pergi rumah orang kahwin kalau nak makan nasi minyak.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails