JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, December 4, 2010

PETROL NAIK 5 SEN, GULA NAIK 20 SEN

Naik lagi? Harga petrol naik 5 sen dan gula pula 20 sen. Kenapa harus naik? Harga minyak mentah di pasaran dunia masih stabil. Macam biasalah kerajaan akan mengatakan untuk mengurangkan tanggungan subsidi dan juga boleh mengurangkan kos sebanyak 1.2 billion tapi berapa pulak kos yang terpaksa di tanggung oleh rakyat? Lambat laun, semua harga barangan tidak kira samada barangan makanan mentah seperti ayam, daging, sayur dan ikan mahupun produk2 lain pastinya akan naik dengan alasan harga kos pengangkutan naik dek harga minyak naik. Lambat laun jugak, semua produk yang menggunakan gula sebagai bahan asas seperti chili sauce, tomato sauce, kicap manis, roti, minuman, barangan dalam tin dan lain2 juga akan naik kerana harga gula naik. Jadi pada asasnya, rakyat bukan hanya akan menanggung kenaikan harga petrol sebanyak 5 sen dan gula sebanyak 20 sen, malah lebih daripada itu….tapi semuanya berpunca hanya daripada kenaikan harga petro dan gula yang tak seberapa itu!!

4 comments:

  1. gula naik, marah kerajaan.
    umur naik? nak marah sapa?
    takkan nak marah tuhan..
    kita hamba mana boleh marah dia.
    biasalah tu.

    ReplyDelete
  2. MayangDanyDaud - siapa yang marah kerajaan? Tak ada siapa yang marah pun...Kita cuma cakap implikasinya terhadap rakyat jika harga naik.
    Lagipun, yang pimpin kerajaan tu manusia. Undang2 pimpinan manusia boleh diubah bila2 masa saja, bukan undang2 yang dibuat oleh Tuhan...Beza tu:-)

    ReplyDelete
  3. huh..asyik naik je..bila nk turun?hujan je yg turun..hehe

    ReplyDelete
  4. Rafina - Mungkin tunggu hujan emas turun kot..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails