Monday, December 6, 2010

LAGU PERTAMA DALAM HIDUP ANDA

Kehidupan masakini pasti tidak akan lengkap tanpa lagu tidak kira apa jenis lagu sekalipun yang anda minat samada jazz, sentimental, rock, keroncong, asli, hip hop, nasyid, R&B, new wave dan macam-macam lagi. Anda orang yang minat lagu bukan kerana lagu tapi kerana liriknya yang mungkin ada kaitan dengan kehidupannya. Ada orang pulak yang minat lagu bukan kerana lagu dan lirik, tetapi minat pada penyanyinya yang mungkin handsome atau cantik. Walau apa sekalipun alasan, kita mesti ada lagu yang mula2 sekali kita terpesona dan tertarik dalam hidup kita. Lagu pertama yang menyentuh hati kita, lagu pertama yang menangkap naluri kita, lagu pertama yang membuat kaki kita tak henti2 menari...apa saja alasan anda, pasti ada lagu pertama.
Apa lagu pertama anda? ( Emmm lagu yang ibu anda dodoikan tu tak masuk katogeri ini ye...ini masuk dalam lagu sepanjang zaman ) dan kenapa lagu itu menjadi lagu pertama anda? Bagi sy, lagu pertama yang benar2 memberikan sy ummmph adalah lagu daripada Fauziah Latif iaitu "Kau Yang Merubah Segalanya". Malangnya lagu ini sy tertarik bukan kerana liriknya tapi kerana lagunya yang cukup sentimental dan masa tu sy memang minat habis kat Fauziah Latif yang masa tu baru menjadi Juara Pertandingan Pesta Pujaan Kingsway. Well, I'm still fans of Fauziah Latif. So, bagaimana dengan anda? Apa lagu pertama dalam hidup anda?

1 comment:

  1. Lagu .. Menyesal - 6ixth Sense, tak tau la.. 1st time dgr dah suka.. lgpun mmg minat dgn 6ixth sense.. boleh kata lagu2 dorang tu 1st time dgr dah jatuh cinta :)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails