JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, December 26, 2010

HARGA MAKANAN NAIK..SEPERTI DIJANGKA

Masa sy dok nak beli barang kat kedai, sy sekilas pandang terbaca kat Harian Metro mengatakan harga makanan dan minuman di kedai mamak seluruh Malaysia akan naik. Baru beberapa hari lepas sy ada buat entry pasal harga gula dan minyak naik, lepas ni sure harga makanan akan naik..memang dah jadi kenyataan.… Yang best nya persatuan peniaga kedai makan mamak ni mengatakan mereka tidak akan berbincang dengan kerajaan pasal kenaikan harga makanan tersebut, sebaliknya semuanya terserah kepada pengguna. Jika pengguna tidak setuju dengan kenaikan harga makanan, jangan makan dan minum. Well tak naklah sy komen panjang2 pasal kenaikan harga barang ni sebab macam sy kata dululah, bila harga petrol dan gula naik, risikonya akhirnya tetap kepada pengguna jugak sebab diorang lah end user… Teringat sy kepada masa mula2 KFC dijual dan dibuka di Malaysia. Masa tu KFC ni dikatogerikan kepada makanan sekali sekala untuk pergi…Maksudnya bukan selalulah kita boleh makan di KFC sebab harganya yang mahal ( pada ketika itu ) tapi sekarang KFC bila-bila masa. Mungkin jugak makanan di kedai mamak ni pun akan jadi macam tu jugak …Tepuk dada tanya selera.

2 comments:

  1. oh, patut la mamak kat uia ni buat kerek je. cis. haha

    ReplyDelete
  2. dayya - bukan kat uia je, kat pj ni pun, harga makanan dan minuman semuanya dah di'blank'kan..dah ready nakletak harga baru :-)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails