JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, December 3, 2010

HANYA KERANA SATU URUTAN

Ini merupakan kisah benar. Walaubagaimanapun, untuk tidak menyinggung hati mana2 pihak, maka cerita ini sy tokok tambah dan mengubah sedikit daripada cerita sebenarnya….Kisahnya bermula begini.
Daniel dan Syamsul merupakan 2 orang kawan rapat dan bekerja satu office. Satu hari Daniel mengadu badannya sakit2 akibat bermain futsal pada malam sebelumnya.
“Kenapa kau ni Daniel? Aku tengok lain macam kau punya jalan, dah macam orang nak beranak je?” Syamsul hampir tergelak melihat reaksi Daniel yang mengurut-urut pinggangnya.
“Kau apa tahu. Dah bertahun aku tak bersukan, tiba2 semalam sedas aku main futsal…nilah hasilnya. Gol tak dapat, sakit yang dapat” keluh Daniel sambil memerhatikan Syamsul yang masih tersenyum.
“Pasal tu kau tak payah risau. Lepas ni ikut aku. Kita pergi berurut. Aku pun dah lama tak pergi. Baik punya urut. Kau pun mesti terujalah” Syamsul memberikan satu idea sambil Daniel menggeleng2 kepala.
“Kau gila ke? Tempat2 urut ni aku mana pernah pergi. Karang lain jadinya, mana nak letak muka?” Daniel seperti tidak setuju dengan cadangan Syamsul.
“Relaxlah…Aku dah banyak kali pergi berurut kat tempat ni. So far tak pernah pun kena tangkap. Jangan risaulah. Nak pergi ke tak nak?” sambil kerutan kasihan raut wajah Syamsul membuatkan Daniel ‘tercair’ dengan pujuk rayu Syamsul dan terus mengangguk tanda setuju. Selepas waktu pejabat, mereka pun pergilah kesatu tempat yang cukup Syamsul kenal. Sesampainya disitu….
“Haaaa…inilah tempatnya.” Kemudian Syamsul berbisik kepada Daniel….
“Kat sini, bukan diorang pilih kita, tapi kita yang boleh pilih diorang…so kau nak mana satu?” Sambil Daniel melihat-lihat sekeliling.
“Aku rasa aku pilih yang hujung…Nampak macam baru je” tiba-tiba terukir senyuman di wajah Daniel disebalik kerisauannya sebelum ini.
“Wah..wah..wah. Baru datang dah pandai tahu yang mana baru yang mana lama” Syamsul tersenyum kerana sudah dapat mempengaruhi kawannya.
“Kat sini berapa diorang caj?” Tanya Daniel yang masih mentah dengan keadaan disitu.
“Untuk permulaan, biar aku uruskan semua. Kau Cuma relax dan rasakan bagaimana satu badan kau diurut…” Syamsul pun tanpa membuang masa menguruskan kesemuanya. Bila saja urutan Syamsul hendak bermula, kedengaran..
“Aduhhhh…sedapnya…Ahhhh…erkkkk….” Daniel mengeluh dan meraung seperti budak kecil.
“Ehhh Daniel!! Mana ada orang mengerang masa tengah berurut. Kau ingat ni kat rumah ke?” Syamsul menyuruh Daniel menghentikan suara-suara sumbangnya itu.
“Sorryy…sorry.”Daniel baru tersedar aksi spontannya itu. Mereka menghabiskan hampir setengah jam mengurut dan kelegaan nyata terpancar dari wajah Daniel.
“Amacam? Best tak?” tanya Syamsul melihat Daniel yang ceria seketika…
“Mau tak best. Sampai ke punggung aku kena urut. Macam ni, esok aku nak kesini lagilah. Kau beritahu aku macam mana caj diorang ni?” Daniel pulak beria-ria untuk berurut lagi. Syamsul hanya mampu tersenyum.
“Senang je. Caj diorang Cuma RM10 je untuk setengah jam. Kau masukkan je duit dalam mesin sebelah kerusi ni dan kemudian kau duduk dan nikmatilah urutan sambil bersantai…..Kau cuma perlu rest and go.. itu aje”

6 comments:

  1. mesin ker?
    ingtkan gay td...
    huhhuhu
    oooooooooooppppppppsssss..
    lupa nk bgtau..
    fiq dtg follow blog ni..
    :)

    ReplyDelete
  2. salam....

    errrrr.... no komen.

    t dh privatekan blog.. x sure u dh accept @ belum..

    kalau belum, nanti nk ur emel add, nak invite u..

    ruziawatibukhari@yahoo.com

    tq & take care

    ReplyDelete
  3. ahahahha!!!
    Dok siyes baca dr awal tp rupa2 nya....
    hahahhaha!!!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails