JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, December 30, 2010

DARI MANA HARUS KU CARI KEKUATAN INI

Kadangkala kesedihan akan datang bertimpa-timpa dalam kehidupan kita menyebabkan kita lemah untuk mengharunginya apalagi dengan kudrat yang tidak seberapa..Selangkah kedepan kita menentang arus liku-liku kehidupan, dua langkah kita ditolak kebelakang tanpa mampu bertahan dan akhirnya kita longlai, layu dan tertunduk kebumi meratapi dan merintih kesepian.
Cerita ini cerita benar. Berlaku kepada seorang kawan yang amat sy sanjungi kerana tingkah lakunya, kerana kebaikannya dan kerana kejujurannya.
Taufiq merupakan seorang duda. Mempunyai anak 3 orang. Isterinya meninggal kerana mengidap sakit paru2 berair. Taufiq hanyalah seorang kerani akaun manakala arwah isterinya merupakan seorang pengurus jualan. Jadi  sebahagian besar perbelanjaan banyak ditanggung oleh arwah isterinya menyebabkan apabila isterinya meninggal, maka sedikit demi sedikit bebanan kewangan serta tanggungjawab membesarkan anak2nya mula dirasakan oleh Taufiq. Oleh kerana sayangnya beliau kepada arwah isterinya dan kerana janjinya, beliau tidak mahu meletakkan anak2nya dikampung mahupun pusat penjagaan kanak2 sebaliknya beliau berhenti kerja dan menjaga anak2nya. Setiap masa, tanpa rasa jemu, tanpa rasa penat, tanpa rasa marah, tanpa rasa bosan, beliau menjaga anak-anaknya seperti mana beliau menjaga semasa arwah isterinya masih hidup. Walaupun anak2 nya masih kecil dan semuanya masih belum bersekolah, Taufiq tetap tidak mahu mengambil pembantu mahupun menyuruh keluarganya mahupun mertua untuk menjagakan anak2nya. Walaupun dalam hatinya kesedihan masih terasa atas pemergian isterinya, namun semuanya dikuatkan demi anak2nya.
Setahun kemudian, anak bongsu beliau mengidap demam panas secara tiba-tiba. Taufiq bergegas menghantar anaknya ke klinik berdekatan dan kemudian mereka menghantarnya ke hospital pakar berdekatan kerana tahapnya yang membimbangkan. Namun, belum sempat pihak hospital membuat pemeriksaan, anak bongsunya meninggal akibat denggi. Kekesalan dan kesedihan memang tak dapat sy bayangkan. Sy tidak berada disitu tetapi semasa majlis tahlil anaknya, sy boleh lihat walaupun dari raut wajah seorang ayah yang tenang, namun tidak dapat menyembunyikan keperitan yang amat sangat yang jelas dapat sy lihat di matanya.....namun kehidupannya masih beliau teruskan dengan kekuatan yang cukup2 tipis sehingga.....

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails