JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, December 27, 2010

CINTAMU ADALAH CINTAKU

"Tahniah Man. Rasa macam tak percaya je kau dah nak kahwin" Daniel membuka percakapan dengan Razman di Coffee Bean sambil duduk memerhatikan Razman yang memicit2 butang handphonenya.
"Haiii...dah nak kahwin pun masih nak sms lagi?" sindir Daniel.
"Kau ni...tahniah tu tahniah jugak. Kau tu bila lagi? Takkan nak membujang aje? Ni hahh kad jemputan, jangan tak datang pulak nanti" Giliran Razman menyindir Daniel yang merupakan rakan sepejabatnya.
"Aku belum ada calunlah. Lagipun siapalah yang nakkan aku yang tak sehandsome macam kau tu" Daniel membalas sindiran Razman.
"Pandailah kau buat lawak..tapi aku tengok kau macam happy je sejak dua menjak. Mesti dah ada yang berkenan" teka Razman sambil memerhatikan reaksi Daniel yang hanya tersenyum.
"Tak adalah sampai macam tu...cuma aku terjumpa balik dengan bekas girlfriend aku dulu.. itu aje" Daniel menerangkan situasi supaya Razman berhenti daripada menyakatnya.
"Hahhhh...eloklah tu. Dah kira jodoh kau dengan dia. Apa lagi?" Razman semakin seronok mendengar situasi Daniel.
"Kau ni...kesitu pulak ceritanya. Aku belum habis lagi cerita. Dia dah nak berkahwin pun." terang Daniel membuatkan Razman terdiam sebentar.
"Laaa...bukan jodoh kau lah nampaknya. Tak pelah...Adalah orang lain tu untuk kau. Jangan risaulah." 
"Aku bukan risaukan tentang jodoh...tapi yang aku risaukan ialah dia mengatakan yang dia masih sayangkan aku dan perkahwinan dia tu semua atas kehendak keluarga dia." Daniel membuka cerita membuatkan Razman semakin terdiam.
"Kenapa jadi macam tu? Dia tak ada beritahu pada keluarga dia ke?"
"Masalahnya keluarga dia tu orang berada, ini semua hanya untuk menjaga nama dan darjat keluarganya. Disebabkan itu jugaklah aku dengan dia berpisah dulu sebab masa tu aku hanya bekerja sebagai kerani bank" Daniel mengeluh sambil di tepuk Razman.
"Nak buat macam mana..kau tak pernah cerita pulak pasal girlfriend kau ni pada aku dulu...siapa nama dia?" tanya Razman sambil menenangkan Daniel yang tersugul seketika.
"Nama dia Diana Shamsudin"...
"Nordiana Shamsudin? tu nama sebenar dia ke?" tanya Razman.
"Ye....macam mana kau tahu nama dia?" tanya Daniel kehairanan.
"Kau tengok kad jemputan tu...." 

5 comments:

  1. Salam...sampai situ je ke citer nya? Ingatkan panjang lagi..

    ReplyDelete
  2. ooo nak panjang lagi ehhh..nanti sy sambungkan ceritanya next entry. Panjang sangat takut boring pulak baca...

    ReplyDelete
  3. sambung je la...lambat lagi ke nak sambung? :)

    ReplyDelete
  4. owh..sedihnya....nasib la kekasihku kekasihmu jua...huhu

    ReplyDelete
  5. perempuan yang nak kahwin dgn razman, bekas kekasih daniel????
    apala nasib perempuan + bakal suaminya tu bila dah kantoi dgn daniel..

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails