Wednesday, December 8, 2010

BUKAN AKU MINTA JADI POPULAR


Orang beratur nak dapat autograph
Susah betul kalau kita ni famouskan? Popular sana sini. Kat mana-mana kita pergi mesti ada orang sapa, ada orang minta sign autograph, kalau yang jenis pemalu pulak daripada jauh dah senyum tapi bila dekat dok tertunduk-tunduk. Malu tapi mahu. Bukannya sy nak macam tu, tapi memang dah keadaan macam tu, sy tak boleh nak tolak. Dia datang macam petik jari je...tiba-tiba sy dah berada di persada orang-orang popular. Setakat barisan artis macam Dato' Siti Nurhaliza ke, M.Nasir ke, Norman KRU ke, Misz Nina ke, Fauziah Latiff ke...uncle seekers ke :-), memang dah macam biasa dah bagi sy. Bukan sy yang ada buat appointment jumpa diorang, diorang yang nak jumpa sy. Sekali lagi, bukan pinta sy...Bukan sekali-kali. Sekali sekala tengok blog sy ni, yang datang bukan calang-calang, Red Mummy...Orange Mummy, Blue Mummy...semua warna ada, Ben Ashaari pun sekali sekala terpaksa berchatting dengan sy sebab nak tahu apa petua sy boleh famous sampai macam tu..Sy cuma cakap dengan jujur.."Buat semua perkara dengan niat yang betul. Niat kena betul, tulisan kena betul, isi kena betul...yang penting diri kita kena betul...Biar betul-betul, baru semua betul"....Tapi langit tidak selalu cerah, kusangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengahari.
Tepat pukul 6.30 pagi tadi...semua ke'popular'an sy musnah, lenyap macam tu aje. Tak dapat sy nak sambung mimpi sy jadi famous.....Mungkin malam ini ada sambungan lagi cerita tadi.

3 comments:

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails