JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, December 21, 2010

BANYAK BETUL UNDANGAN MAJLIS PERKAHWINAN

Sebelum acara silat dimulakan

Selagi masih cuti sekolah, selagi tu banyak jugak undangan ke majlis perkahwinan yang sy dapat dan baru2 ni sy telah mendapat undangan di majlis perkahwinan Basree dan Siti Aisyah yang di adakan di Kelab Golf Subang Jaya. Acara cukup simple tetapi ada beberapa persembahan silat dan nyanyian daripada persatuan seni silat serta anak2 saudara pengantin daripada yang berumur 4 tahun hingga ke 12 tahun. Diorang nyanyi lagu Maher Zain...boleh tahanlah sebab suara Maher Zain pun ada, cuma yang tak boleh tahan tu bila adik2 kita ni siap gelek. Majlis itu jugak dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara sebab tu pesilat tu pun daripada persatuan polis.… Anyway,Selamat Pengantin Baru kepada pengantin kita dan jugak kepada rakan-rakan bloggers yelah, mana tahu ada di antara mereka jugak bakal melangsungkan majlis perkahwinan cuti sekolah kali ini.
Sy pernah beberapa kali menjadi mc hammer bagi majlis perkahwinan. Bukanlah diorang ambik sy jadi mc sebab bakat sy tetapi kerana kesemua majlis perkahwinan tu adalah saudara mara punya majlis, so biasalah, diorang pakat bagi tugas-tugas dan kerja mc kena pada saya.....Bila cakap pasal mc ni, masa kat sekolah dulu2, kalau kat atas stage, memang sy cukup gemuruh, apalagi bila berucap...boleh siap dengar lagu vibrato nervous tu...tapi bila dah cakap lama sikit, mulalah confident sikit dan gemuruh tu hilang...

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails