JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, December 15, 2010

ANDAI DIRIMU BUKAN JODOHKU

Kadangkala susah untuk kita meramalkan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Biar sekuat mana naluri kita, biar seteguh mana keyakinan kita, namun itu semua bukan jaminan yang semuanya akan terjadi mengikut apa yang dirancangkan. Kenapa sy berkata begini? Well, kita sambung cerita kawan rapat sy di entry ‘merisik, dirisik dan terisik’ yang lepas.
Rupa-rupanya, yang merisik girlfriend kawan sy tu bukan orang lain sebaliknya adalah saudara girlfriend dia sendiri (kira anak saudara belah mak dialah) yang jugak sebenarnya sudah lama menaruh hati kepada June ni. Secara kebetulan keluarga dia datang merisik sama dengan hari keluarga kawan sy datang untuk merisik… Tapi oleh kerana kata putus sudah diberi, lebih2 lagi ianya melibatkan keluarga, maka terjadilah satu perkahwinan yang tidak dirancang sama sekali. Kawan sy? Jangan cakaplah betapa sedih dan frustatednya dia. Pelbagai usaha telah dilakukannya seperti berjumpa beribu2 kali mengadap keluarga girlfriend dia serta keluarga saudaranya yang merisik June tu…namun hampa. Semasa hari perkahwinan mereka yang berlangsung setahun kemudian, dia cuma melihat mereka bersanding daripada jauh…sy ada bersama dengan dia dok tengok daripada bawah pokok seberang jalan rumah June. Tentang June? Dia ada jugak menentang dan menyatakan kesilapan dan salah faham keluarga dia tetapi June ni bukan anak yang suka menentang…setakat mana dia dapat membantah, jadi akhirnya terpaksa menerima qada’ dan qadar Tuhan. Selepas itu, kawan sy ni pun telah melarikan diri daripada bersemuka dengan sahabat2nya termasuk saya kerana terlalu kecewa dan tidak sanggup berjumpa kawan2nya yang menyangkakan dia akan hidup bersama dengan June seadanya. Sy boleh lihat betapa beban yang ditanggungnya di dalam hati teramat sangat bila melihat bengkak2 dimatanya…hinggakan sy sendiri mengalir airmata kerana tidak dapat berbuat apa2 untuk membantu dan mengurangkan kesedihan yang dialaminya...Selepas itu, 5 tahun sy tidak berjumpa dengannya. Tiba-tiba satu hari sy sewaktu sy berada di KLCC, sy bertembung dengan dia dalam keadaan yang cukup berlainan… That’s it. Done for now…sambung kerja. Will continue later.

10 comments:

  1. ade lagi sambungan....sabar menanti..hehee

    ReplyDelete
  2. ~PIJA~ - tak sempat nak habiskan satu round..kena tunggu next round ye..will keep inform.

    ReplyDelete
  3. sedih la, hmm x sabar tunggu sambungan

    ReplyDelete
  4. aisyahyusof - nnt sy inform. homework balik rumah nnt..

    ReplyDelete
  5. a big girl - of coz sy akan inform awk jugak ye.. thanks for the comments

    ReplyDelete
  6. alaa nape sambung lagi nie. tak sabar nak tau kesudahan cerita nie :D

    ReplyDelete
  7. zirconia - dah nak siap. esok pagi boleh post kot.. kali ni tak ada sambung dah, finish.

    ReplyDelete
  8. babykristal - entry 'jika ini kesudahannya'...sambungan bagi cerita

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails