Wednesday, November 3, 2010

RESEPI IKAN TONGKOL BAKAR BEREMPAH

Bila cakap pasal ikan tongkol ni mesti kita akan ingat nasi dagang. Kira diorang ni kawan kariblah, mana ada nasi dagang, kat situlah ada ikan tongkol. So hari ni kita pisahkah diorang sekejap, kita ambik ikan tongkol je :-)
Cara membuatnya tidak lah susah sangat, cuma nak panggang atau bakar jelah, tapi sekarang ni bakar atau panggang dah macam2 alat boleh guna...so, tuan2 dan puan2, mari kita mulakan operasi kita.
Bahan-bahannya adalah:
1 ekor ikan tongkol ( Kalau anda nak ikan lain pun, Aiman tak kisah )
10 biji bawang merah dikisar
10 biji bawang putih dikisar
1 batang bunga kantan dikisar
3 batang serai
10-15 batang cili kering dikisar
3 sudu besar sos tiram
Sedikit belacan
Air asam jawa secukup-cukupnya
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu kicap manis
Minyak
Cara membuatnya adalah dengan membakar atau memanggang ikan terlebih dahulu dan kemudian ketepikan. Tumis bahan yang dikisar iaitu bawang merah, putih dan bunga kantan. Masukkan sos tiram, cili kisar, air asam jawa, garam, gula, kicap dan belacan. Bila bau naik dan sedikit garing, bolehlah angkat dan tuangkan ke atas ikan yang telah dibakar @ panggang tadi....makan panas2...pergghhh. Santai.

3 comments:

  1. resipe menarik...terima kasih.kami org johor jarang mkn ikan ni..sbb tawar.nak cuba lah..tq

    ReplyDelete
  2. lydia - sy pun orang johor..kat doha tu ada ke jual ikan tongkol?

    ReplyDelete
  3. Ada buat mmg sedap anak2 pun suke...:)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails