Custom Search

JomSantaiSekejap Followers

TRANSLATE OF OTHER COUNTRIES

 

Monday, October 4, 2010

RESEPI MUDAH LONTONG GORENG

Diam tak diam dah masuk minggu terakhir kita merayakan bulan Syawal. Rasanya macam baru semalam menyambut hariraya. Mungkin ada diantara kita yang masih mempunyai balance2 kuih atau jugak ketupat atau nasi impit yang disimpan dalam peti sejuk dek asyik makan benda sama je...so hari ni saya akan beri resepi mudah buat lontong goreng aka ketupat goreng aka nasi impit goreng..mana satu yang masih ada dalam stock. Next entry saya akan beri resepi special lontong goreng ala santai. Jadi, bila cakap mudah, bahan dia pun mudah jugak lah....antara bahan2nya adalah:
Ketupat @ Nasi Impit dalam 5 kampit dipotong 12 setiap satu. Ikut suka hati andalah.
6 biji bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
2 batang lada merah ditumbuk halus
1 batang lada hijau ditumbuj halus
Sedikit udang kering @ ikan bilis ditumbuk halus
Garam secukup rasa
Kicap manis secukup rasa
Telur sebiji
Sedikit sayur hijau - apa2 sayur hijau pun boleh.... untuk kesihatan :-)
Cara membuatnya adalah panaskan minyak dalam 2 sudu dan tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau kemudian masukkan lada, udang kering @ ikan bilis, garam dan kicap dan tumis sekejap. Kemudian masukkan ketupat @ nasi impit tadi dan gaul sehingga sebati. Bila sudah sebati, masukkan telur dan gaul hingga rata dan anda boleh slurrrpppp panas2.

4 comments:

  1. tak pernah lagi makan lontong goreng. selalu makan lontong yg ada kuah. heeee~

    ReplyDelete
  2. rasanya lebih kurang macam nasi goreng jugak.. tapi kalau kena gaya sedap daripada nasi goreng

    ReplyDelete
  3. rasanya lagi sedap kalau awk masak :-)
    anyway awk boleh cuba dan rasa andai nak ubah selera asyik makan nasi je kan.

    ReplyDelete

Terimakasih di atas komen-komen anda.
Semuga ceria dan salam santai.....

Related Posts with Thumbnails