JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, October 28, 2010

RESEPI CENDAWAN GORENG

Biasanya kita dok tengok orang dok jual pisang goreng, keledek goreng, ubi goreng, cempedak goreng dan jugak cendawan goreng. Kali ni sy akan berikan anda resepi cendawan goreng yang ranggup dan crispy... kalau makan bunyi macam biskut...tetapi masa mula2 saya buat dulu, perrghhh...dia punya crispy jadi macam cokelat M&M.."Melt in your mouth, not in your hand". Tapi kita belajar daripada kesilapan kan, so bila dok baca daripada rakan2 chef yang memang saya kenal sangat dengan mereka walaupun mereka tak kenal saya, barulah sy tahu ada rahsia rupanya macam mana nak buat cendawan jadi crispy....so mari kita mulakan.
Bahan-bahannya adalah:
Cendawan yang warna kelabu di potong ikut suka anda. Jangan kecik sangat.
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung jagung
2 sudu air kapur
Sedikit serbuk daun pasley
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit serbuk secukup rasa
Garam secukup rasa
Air mengikut kesesuaian...tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
Kesemua bahan diatas di campur dan di gaul serta di pukul sehingga sebati.

Sebelum kita masak, ada beberapa petua. Jangan basuh cendawan dengan air kerana secara logiknya cendawan tu sudah bersih semasa di packing dan dari segi penanamannya. Jika dibasuh, air akan menyerap ke dalam cendawan menyebabkan cendawan itu menjadi lembik dan lembut...auuwwww. Ingat tu ye. Jika cendawan tu basah, sy nasihatkan anda keringkan atau jemurkan dulu sekejap supaya ianya kering. Petua kedua ialah jangan rendam cendawan tu dalam adunan kerana air akan menyerap dan sekali lagi menjadikan cendawan kita auuwww...
Ok...panaskan minyak, ambil cendawan dan celup dengan pantasnya dan terus masuk dalam kuali sehingga warna kekuningan dan boleh di angkat...siap.

7 comments:

  1. salam,
    saya suke cendawan goreng ni... sedap..he3x


    entry terbaru "anak jantan"

    ReplyDelete
  2. Kalau kena gaya crispynya memang sedap...ranggup.
    nnt sy singgah balas yr blog ye

    ReplyDelete
  3. uuu..mmg sedap tue.lama x mkn.mcm kn buat je nie...hehehe

    (^_^)v

    ReplyDelete
  4. kalau nk lagi sedap ltak tepung kfc..seruisly mcm mkn kfc..xdpt kfc,yg nie pon dh ok..heheh

    ReplyDelete
  5. nadhratul - betul tu, cuma make sure cendawan tu tak basah je...nanti dia lembik.
    norul - cuba jangan tak cuba, tukar selera sekali sekala
    nina - masak banyak sikit ye...nnt sy singgah kat blog awk sambil makan cendawan goreng

    ReplyDelete
  6. iye2..dah lama x buat tue yg kn buat...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails