JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, October 11, 2010

RAKYAT MALAYSIA BUAT DUA KERJA?


Kenapa saya buat tajuk seperti di atas? Sebenarnya berlaku satu incident pada hari ahad lepas. Saya nak singgah ke kedai untuk membeli top up internet prepaid saya ( Sebab tu saya dah beberapa hari tak update blog ) dan semasa saya keluar daripada kereta, saya terlihat seorang budak yang berpakaian kemas mengambil satu botol plastik kosong di jalan. Sangka saya dia nak membuangnya di tong sampah, tapi tekaan sy meleset dan kebetulan sy dapat berjalan seiring dengan budak tersebut sambil bertanyakan kepada nya apa yang hendak dibuat dengan botol kosong itu. Budak itu menjawab dia nak menjual botol tu, tiap2 minggu dia akan menjual pada pakcik lori yang selalu memekik pakai speaker tu. Saya tanya lagi banyak ke dapat sekali jual. Katanya kalau dicampur sekali dengan yang dikumpul oleh ibubapa serta 3 orang adik beradiknya...dapatlah sekali jual dalam RM20 ke RM30 ringgit, maknanya sebulan dalam RM80 ke RM120 Saya tersentak sekejap. Bukan kerana berapa hasil yang mereka dapat tapi kesemua ahli keluarga budak itu jugak mengutip botol2 atau tin2 kosong untuk dijual dan dari pakaian budak itu, saya tak nampak dia datang daripada keluarga yang susah. Teringat saya pada kata2 rakan saya dulu bahwa sebesar mana gaji, dia tetap terpaksa mencari kerja sambilan untuk mendapatkan duit lebih. Bila difikir2kan rasanya macam ada logiknya jugak disitu, sebab itu kita boleh lihat ramai orang walaupun sudah bekerja tetap tetapi masih mencari pendapatan sampingan seperti menjual makanan dan barangan di pasar malam, memasuki bidang MLM, jual tin2 dan botol2 kosong, jual insuran, investment atau pelaburan, bidang perniagaan internet dan lain-lain...Sejauh mana benarnya, anda saja yang dapat menilainya.

3 comments:

  1. dunia sekarang memang perlukan banyak duit. nak tak nak kenalah usaha lebih sikit. lagi-lagi kalau hidup kat bandar.

    ReplyDelete
  2. tulah pasal... kadangkala berjimat pun tak banyak membantu. Bukan kerana masalah berjimat, tapi masalah kos yang semakin meningkat...

    ReplyDelete
  3. itulah. kos meningkat, taraf hidup tak berganjak. tu yang gaji sorang tak cukup nak tampung keluarga.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails