Tuesday, October 19, 2010

MENCEGAH DAN MENGURANGKAN RISIKO BARAH

Tiba-tiba pulak saya terasa nak bagi entry pasal kesihatan. Masa kecik-kecik dulu, cita-cita memang nak jadi doktor, tak kisahlah doktor apa..doktor haiwan ke, doktor pakar sakit puan ke, doktor klinik ke... tapi cita2 tu tak kesampaian. Hancur lebur bila result matapelajaran Biology tidak seperti yang diharapkan. So, berbalik pasal entry kali ni, saya pernah terbaca beberapa artikel mengenai penyakit barah yang semakin meningkat dan apakah perkara-perkara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan risiko mengalami penyakit barah ini. Antara cara-caranya adalah:

1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.
2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.
3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.
4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.
5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.
6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain buah sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.
7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.
8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.
9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.
10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.
Itu adalah antara pemakanan yang dapat mengurangkan risiko daripada mengalami penyakit barah. Diharap sama-samalah kita menjaga kesihatan demi diri sendiri.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails