JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, October 6, 2010

LAWAK SANTAI 2

Kisah benar Patch Adams
Pernah anda melihat cerita Patch Adams lakunan Robin William yang difilemkan pada tahun 1999 rasanya. Kisah bagaimana seorang doktor pelatih yang ditugaskan untuk merawat pesakit kronik. Doktor2 lain sibuk membuat kajian ttg pesakit manakala dia pulak sibuk membuat lawak untuk membuatkan pesakit yang mengidap penyakit kronik tidak merasakan kesakitan yang mereka alami. Baginya, lawak merupakan satu ubat mujarab untuk meredakan penyakit kronik. Patch Adams ini merupakan kisah benar. Ada suka duka mengenai usaha doktor tersebut yang cuba untuk menggembirakan pesakitnya termasuk kematian teman wanitanya yang di bunuh oleh salah seorang pesakit. Ini kisah benar. Sy belum cerita lagi pasal lawak2 ye... saya baru cerita intro pasal lawak2 yang mana kesimpulannya lawak ni boleh meredakan masalah yang kita hadapi tidak kira sebesar mana masalah tersebut... ambil secawan kopi dan kita santai-santai dengan cerita2 lawak.


Sebelum sy diketawakan biarlah sy ketawa dulu supaya sekurang-kurangnya hilang masalah saya jika cerita lawak sy ni tidak lawak. Cerita ni berlaku waktu sy bekerja di Segamat dan sy sewa satu rumah bersama dengan seorang rakan. Satu hari berlakulah perbualan begini:
Rakan : Hgau hak hikut haku hegi he handar khe? ( Opsss...lupa nak tambah, rakan serumah saya ni sengau)
Saya : Tak naklah. Ada banyak loan kena process ( Opss..lupa nak tambah, waktu tu sy kerja di bank)
Rakan : Hapa? adhe hite vest? Hite hape? ( Opss..lupa nak tambah, waktu ni sy baru tahu yang dia jugak ada sedikit masalah dengan pendengaran )
Saya : Bukan. Ada banyak pinjaman yang kena check ( sambil tunjukkan borang pinjaman yang banyak kat tangan)
Rakan : Oooo ( tanda fahamlah tu ). Hengahari hgau nhak hungkus mahan hak?
Saya : Tak naklah. Aku masak sendiri je. Maggi kan banyak stock... ( Orang bujang katakan :-) )
Rakan : Haku hakap mahan hengahari..hukan fagi.
Saya : Bukan...( sambil kedapur dan mengambil sebungkus maggi) Ni hah..nanti aku masak maggi.
Rakan : Ooooo ( tanda fahamlah tu) Hokey..haku gi hulu. Hanti hetang haku halik. Haku tak hawak hunci, hau hade heluar hana2 khe?
Saya : Tak ada. Kat rumah je. No problem.
Rakan : Haku thak halik halam. hane hada vah. Han dah hakap hadi?
Saya : hukan. haku hakap haku hade khat humah.
Rakan : Ooooo hapa hak hakap hadi...( sambil keluar dengan senyuman )
Sejak itu, setiap kali kalau bercakap dengan rakan serumah saya tu, saya kena ikut style dia, kalau tak mesti ada aje yang tak kena...Dia cuma tinggal di rumah sewa tu selama 6 bulan sebab dia pindah rumah. Kahwin dgn orang Segamat dan sama sengau dengan dia )

4 comments:

  1. nasiblah tak duduk lama. kalau tak nanti terikut-ikut sengau tu. huhu.

    p/s: nape sy tengok font kecik eh? susah sikit nak baca. hehe

    ReplyDelete
  2. ooo rabun dekat ye :-)..., no problem. sy buat back to normal.

    ReplyDelete
  3. thanks prihatin dgn keadaan saya. bukan rabun dekat, tapi tulisan kecik sangat susah nak baca. nampak rapat-rapat sangat. hehe :)

    ReplyDelete
  4. Tak ada masalah. Lagipun sy tulis untuk rakan bloggers baca, kalau you all tak baca, siapa lagi nak baca? appreciate yr komen...:-)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails