JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, October 7, 2010

LAGU DAN NOSTALGIA KEHIDUPAN

Kadangkala lagu-lagu memainkan peranan dalam setiap perjalanan kehidupan kita tidak kita apa situasi kita ketika itu samada sedang bergembira, berduka, bercinta, bertunang, berkahwin, mendapat cahaya mata, mendapat kejayaan, kerjaya..sebut apa saja keadaan, ada saja lagu yang dapat membayangkannya. Tapi saya pasti, lagu2 yang bertemakan cinta dan kasihsayang pasti paling menusuk dan diingati dalam hati kita apatah lagi jika dalam masa yang sama kita juga sedang di landa alam percintaan... wahhh jiwang pulak bunyinya. Anyway, straight to ampang point, kadangkala, ada orang menyukai sesuatu lagu bukan kerana iramanya tetapi kerana senikata atau liriknya yang memberi makna mendalam terhadapnya. Sebagai contoh, ada seorang rakan sepejabat saya dulu yang pernah bertunang tiba-tiba putus kerana tunangnya ada orang lain dan lagu yang paling memberi kesan dalam hidupnya adalah lagu Januari nyanyian Glenn kerana perkara itu berlaku pada bulan Januari. Lagu2 berentak balada, slow tempo dan klasik sentimental sentiasa diminati dan senang menyentuh jiwa dan sanubari kita. Bagi saya pulak, terlalu banyak lagu yang memberi kenangan bermakna dalam hidup saya dan salah satu daripadanya adalah lagu "Teratai" nyanyian Sweet Charity. Bukan sebab seseorang, bukan sebab bercinta..tapi lagu itulah lagu pertama yang saya nyanyikan didepan orang ramai. Waktu itu saya berumur 14 tahun. Saya diminta untuk bermain gitar oleh arwah ayah saya bagi mengiringi band dia sewaktu diadakan pertandingan talen time..so masa selingan menunggu result, arwah ayah suruh saya nyanyi dan saya memilih lagu Teratai :-) Jadi, bagaimana dengan anda? Pasti ada lagu yang anda suka dan memberi seribu kenangan dalam hidup anda...

3 comments:

  1. saya memang bagi perhatian kat lirik kalau dengar lagu. lagu yg saya suka pulak bergantung pada keadaan sy pd masa tu. masa tension, saya suka dengar lagu Bawaku Terbang by Fabulous Cats. Pakai headphone volume paling kuat dengar ulang-ulang. memang best. all time favourite lagu-lagu rossa :)

    ReplyDelete
  2. Lagu rossa tu sure yang lentok santai punya.. sy start minat rossa bila dengar lagu pudar.
    anyway, kalau dgr lagu bawaku terbang tu janganlah sampai si pendengar pun turut terbang.. nnt jadi superwoman pulak.

    ReplyDelete
  3. memang lentok habis lagu rossa. layan jiwang , patah hati memang best. dengar lagu bawaku terbang tu memang rasa nak terbang. heheh.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails