JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Monday, October 11, 2010

KATA ORANG BERTUNANG JANGAN LAMA

Ehsan Google
Kadangkala masa boleh mengubah keadaan dan perasaan seseorang. Mungkin itu adalah salah satu daripada sebab mengapa ikatan pertunangan jarang diikat begitu lama. Dugaan mendatang siapa yang tahu. Begitu juga pandangan yang kurang manis jika pasangan yang bertunang terlalu lama tapi keluar kesana kesini berdua. Kebiasaannya ikatan pertunangan adalah di janjikan kurang daripada setahun dan ada jugak pertunangan dan pernikahan di jalankan hampir serentak. Ada persoalan timbul kenapa dugaan semasa bertunang lebih mencabar sedangkan kadangkala dugaannya sama aje dengan semasa sebelum bertunang atau berkasih? Kenapa tahap cemburu mendadak 100 celcius sedangkan sebelum bertunang, pasangan kita tulah yang paling cool dalam dunia? Adakah kerana nama ikatan pertunangan itu sendiri? Kalau macam tu tak payahlah kita bertunang, cukup semua terus je nikah dan kahwin :-) Kenapa perlu bertunang? Mengikut adatnya, bertunang adalah satu tanda persetujuan secara lisan antara kedua-dua keluarga sebelum mereka dinikahkan pada satu masa yang ditetapkan, cuma selama mana masa tersebut tidaklah di nyatakan secara terperinci. Teringat saya kepada lagu nyanyian Sweet Charity yang bertajuk " Jangan tunggu lama-lama" ataupun lagu Tan Sri SM Salim yang bertajuk "Apa dah jadi". Apa-apapun, diharap ikatan pertunangan tidak kira pendek atau panjang akan memberikan ruang kepada pasangan yang bertunang untuk mengenali dan merancang ke arah perhubungan yang lebih erat dan persefahaman yang lebih kukuh agar ikatan perkahwinan nanti akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin... Kata orang. 

7 comments:

  1. takut tak jadi kalau bertunang lama-lama.

    ReplyDelete
  2. ooo kira sebab takutlah ni. So agak2 paling lama bertunang berapa lama ye?

    ReplyDelete
  3. Nak bertunang skjap saja..tak mau lama2..takut hati berubah...

    ReplyDelete
  4. ckin kembaq - ni hati sapa yang berubah ni?

    ReplyDelete
  5. Both..eh?

    Kalu dah mmg nak bersama,tak yah risau sgt..insyaAllah akan bersama jugak kan?...

    Statement tu myb khas buat yg nak bercinta ja..hehe

    ReplyDelete
  6. culik ini boleh tak???? terima kasih

    ReplyDelete
  7. Rose - silakan . Nak culik ke, kidnap ke, copy ke...tak jadi masalah.

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails