Friday, October 1, 2010

KATA ORANG BERGADUH ASAM GARAM PERCINTAAN

Ehh...betul ke ni? Kalau bercinta memang ada gaduh ehhhh? Patutlah kita selalu tengok ada pasangan-pasangan yang selalu bergaduh tak kira tempat. Kat bus stand pun ada, kat pondok talipon pun ada, kat medan selera sambil makan pun mulut siap kumat kamit marah2...Jadi kiranya semua tu cuma adat orang bercinta ye. Kalau ada yang dok pukul sana pukul sini, itupun adat orang bercinta jugak ke? Ooooo lagi kuat pukul lagi thrill percintaan diorang. Kira pukul memukul ni saja nak test kekuatan cinta diorang...kisahnya. Jadi apa klimaks pergaduhan diorang? Takkan masa bersanding pun masih lagi dok bergaduh... Tak pun masa bersanding dua2 pengantin pakai cermin mata hitam...orang ingat style, rupanya mata diorang lebam dok asyik bergaduh. Kata orang, baik bergaduh sekarang daripada bergaduh masa dah kahwin atau dah beranak pinak. Lebih baik kita tahu perangai sebenar pasangan kita sekarang daripada keluar semua tembelang dia selepas kahwin. Kenapa kerap kita lihat pasangan asyik berselisih faham atau bergaduh? Kenapa masa mula2 bercinta dulu bahasa semua indah2,jalan 10 batu pun tak perasan jauh, janji jumpa pukul 5 ptg, pukul 5 pagi dah terpacak.. Bila sedikit demi sedikit ikatan mula rapat, masing-masing mula committed antara satu sama lain, mulalah sedikit demi sedikit sifat negatif mula keluar. Tapi dek kerana sayang...asam ke garam ke, semuanya terasa manis. Kata oranglah....

4 comments:

  1. paling tak boleh tahan kalau jumpa couple bergaduh kat tempat awam, mcm kat shopping complex. walaupun tak dengar suara, tapi tengok si gadis dah mencebik masam nak menitis air mata, si jejaka buat tak endah pandang tempat lain.

    ReplyDelete
  2. zirconia - saya takut awk dok pandang sijejaka tu je bila diorang gaduh :-) Beberapa bulan lepas, masa saya dok pam tayar kat petronas, tiba2 ada kereta parking sebelah kereta saya. Saya ingatkan diorang nak pam tayar, rupanya diorang berhenti kat situ sebab nak bergaduh.. Sama sedap, saya boleh dengar daripada luar masing2 dok tutttt....
    hamzah ian - kalau lu setuju, gua lagi setuju.

    ReplyDelete
  3. marah-marah sayang...

    eh! u pandai masaklah.. suka tau!!

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails