JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, October 6, 2010

KATA ORANG BERDUA LEBIH BAIK..

Tajuk ini bukan berkaitan dengan lelaki yang sudah berkahwin ye... jangan salah faham. Ianya berkaitan dengan kehidupan kita yang dulunya bergelar " Single" tapi kemudian berjumpa seseorang dan menjadi double...atau kata orang berdua. Ikut kiraan matematiknya
single + single = couple!
single + double = trouble!! ahakssss...
Anyway, betul ke berdua lebih baik? Macam lagu yang dinyanyikan oleh Acha Septriasa tu.
Kata orang kalau berdua segala masalah menjadi ringan kerana kini masalah kita dapat dikongsi dengan orang lain. Betul jugak, tapi bagaimana jika sepanjang hubungan kita tu, pasangan kita aje yang memanjang ada masalah? Dah daripada elok2 kita tak ada masalah, kena pulak fikirkan masalah orang lain. Kata orang kalau berdua, semua yang pahit pun akan terasa manis. Betul jugak ye sebab bila kita tgk pasangan kita makan gelojoh ke, kentut tak kira tempat ke, terpakai baju koyak ke, pasangan kita dok marah2 ke, cemburu buta ke...semua tu kita akan mudah lupakan dan memaafkan diorang. Cuba kalau kita lihat orang lain...mesti rasa meluat dan eeeeeehhh. Kata orang bila berdua terasa diri disayangi dan dikasihi. Betul jugak kan ..ialah bila ada sapa2 pandang pasangan kita, mulalah kita nak muka masam, mulut memuncung sedepa kedepan. Maknanya cemburulah tu..cemburu tanda sayang. Tapi macamana pulak jika cemburu tu berterusan menjadi selisih faham, daripada selisih faham menjadi pergaduhan mulut dan kemudian break off atau clash. Kemanakah menghilangnya lagu unbreakable yang pernah ditujukan kepada pasangan kita dulu? Kata oranglah...

6 comments:

  1. setiap benda kan ada pro dan kontra nye. kalau ikut fitrah, memanglah berdua lebih baik kan.

    p/s: suka dgn single+double=trouble tu. hehe.

    ReplyDelete
  2. yup...betul tu tak kira apa benda, memang ada pro and kon, nak lari mana pun tak boleh.

    ReplyDelete
  3. Rasanya lebih baik kawin dan bukannya bercouple..pastikan niat tu btul..kan?

    ReplyDelete
  4. ehh.. tak sangka ramai jugak ada bakat jadi pakar motivasi. Kalau niat betul, segalanya akan menjadi mudah...kan gitu ckin?

    ReplyDelete
  5. yup..btul..sbb tu diri ini tak mau bercinta..ahakz mengelakkan dari bnda tak baik and menjaga diri sendiri...

    ReplyDelete
  6. bile da kawin bertiga lebih baik..:)

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails