JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Friday, September 3, 2010

ULASAN MOVIE - NINJA ASSASSIN


Sorrylah kalau ulasan pasal cerita Ninja Assassin ni lewat sikit sebab baru tengok DVD cerita ni. Berderet DVD yang saya beli tapi lagi banyak beli, lagi tak sempat saya nak menontonnya. Walau bagaimana pun, bagi mereka yang belum menonton, maybe ulasan saya ni boleh memberi sedikit gambaran.
Cerita Ninja Assassin ni memang penuh dengan aksi ninja serta lawan yang penuh dengan stunt dan thrill. Sentiasa saja ada aksi-aksi lompat sana lompat sini, cucuk tang sana, cucuk tang sini. Kalau cakap pasal ninja ni, kalau tak ada potong kepala,potong tangan, potong kaki ke...bukan ninja namanya. Bagi mereka yang takut tengok darah, disarankan jangan menonton cerita ini.
Sipnosisnya mengisahkan Raizer ( lakunan Rain ) telah dilatih sejak kecil untuk menjadi pembunuh upahan Ninja. Namun bila teman wanitanya juga seorang Ninja dibunuh oleh gurunya, dia mula berubah untuk tidak mengikuti ninja lagi dan bertekad untuk melawan mereka daripada membunuh orang lain. Ini menyebabkan dirinya juga menjadi buruan Gurunya serta pembunuh upahan ninja. Seorang penyiasat wanita banyak membantu beliau dan pada akhir cerita, Raizer bertemu dengan gurunya bagi menyelesaikan hutang lama mereka....
Jom Santai Sekejap - ****

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails