JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, September 1, 2010

MALAM 7 LIKUR


Apa yang dimaksudkan dengan malam 7 likur? Saya pun kurang pasti, tetapi ianya juga ada berkaitan dengan malam Lailatul Qadar dan ianya juga disambut dengan memasang pelita disekeliling rumah bagi menyerikan lagi malam teutamanya pada 7 malam terakhir. Adapun para ulamak mengatakan sambutan malam 7 likur itu tidaklah harus sampai berlaku pembaziran kerana kita boleh lihat setengah-setengah orang kan membuat persiapan secara besar-besaran menyambut 7 likur. Itu sudah menyimpang sedikit daripada tujuan asal bulan Ramadhan, iaitu bersederhana daripada apa segi.... Apa2 pun, pada pendapat saya,malam 7 likur ini adalah semata-mata untuk memeriahkan lagi suasana 7 malam terakhir bulan Ramadhan dan cahaya pelita melambangkan cahaya keriangan menanti Hari Raya yang akan menjelma...
(Saya ada mendengar cerita tentang malam 7 likur ini dan kaitannya dengan roh-roh mereka yang sudah pergi tetapi bagi saya itu semua kepercayaan yang tiada asas, jadi tak perlulah saya jadikan isu...)

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails