JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, September 4, 2010

KE KIRI ATAU KE KANAN

Ehsan google
Bila sentuh pasal Raya ni, mesti berkait dengan balik kampong. Bagi yang bujang, balik kampong tak ada masalah, Cuma masalahnya macam mana nak balik kampong sebab tiket bas habis. Bagi yang dah berkahwin pulak, nak sampai ke kampong tak ada masalah sebab biasanya diorang dah berkereta, tapi masalahnya kampong mana yang nak beraya dulu? Belah suami atau isteri? Macam2 cara yang digunakan, ada guna cara bergilir-gilir, tahun ni kampong suami, tahun depan kampong isteri. Ada yang guna cara mana yang dekat, raya kat situ dulu. Ada yang guna kuasa veto…maksudnya kampong suami dululah…unless kuasa veto tu kat tangan isteri :-)
Kadang-kadang sebab isu balik kampong ni jugaklah yang menyebabkan pertelingkahan rumahtangga. Tak ada yang nak mengalah, last-last sorang balik utara, sorang balik selatan. Kalau tak pun, sepanjang balik kampong tu mulut dan muncung memanjang sebab kena paksa balik kampong pasangan dia.
Itulah antara intipati ragam manusia bila menjelang Hari Raya. Yang pastinya, nikmat dan suasana Hari Raya itu patut kita raikan dengan sebaik mungkin setelah kita menjalani ibadah puasa dengan sabar, takkan pasal isu balik kampong kita tak dapat gunakan kesabaran bulan puasa untuk menyelesaikan isu balik kampong?

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails