JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, September 21, 2010

KATA ORANG MEMORI LAMA SUSAH DILUPAKAN

Kadangkala amat payah untuk kita melupakan setiap memori2 silam yang pernah singgah dalam kehidupan kita, lebih2 lagi bila ianya berkaitan dengan hati dan perasaan. Pasti setiap bait-bait nostalgia bersemadi dalam ingatan kita membuatkan kehidupan mendatang sentiasa dirintangi dengan memori masa lampau. Lumrahnya manusia, kita sentiasa memerlukan kenangan yang indah dan manis untuk memberikan kita inspirasi bagi menempuh kehidupan akan datang walaupun pada hakikatnya kita tidak lagi berada di dalam memori itu. Tapi bolehkah memori masa silam mengubah persepsi dan perasaan kita pada seseorang pada masa sekarang atau akan datang? Wajarkah kita membandingkan mereka? Kenapa susah sangat untuk kita melupakan kisah-kisah silam jika orang yang berada di depan mata jauh lebih baik daripada memori usang?
Mungkin itulah kuasa Cinta pandang pertama. Pertama untuk segalanya hingga terbuka hati untuk menerima kasih sayang daripada seseorang hinggakan bila kisah cinta itu tidak kesampaian seperti yang dirancang, ruang untuk menerima kasih sayang semakin mengecil, semakin berkurang, semakin tipis bagi sesiapa yang ingin mencurahkan sayang kepadanya walaupun sebesar mana kasihsayang mereka. Tapi saya pasti, jika seseorang itu dapat memberikan sesuatu yang mampu menyamai memori yang ada, lambat laun ruang untuk menerima kasih sayang mula terbukak dan bermulalah satu memori baru dalam kehidupan anda. Tapi sejauh mana memori baru dapat bertahan, sejauh mana memori lama mengubah segalanya, andalah yang akan menilainya… Kata orang.

4 comments:

  1. setuju nie. tapi tak semestinya cinta pertama, kedua ketiga keempat dan seterusnya pun tak lupa jugak. hehe.

    ReplyDelete
  2. wah..wah..wah...orang lain bukan main susah nak lupakan yang pertama, dia dah sampai ke 4..:-) tapi jika semuanya mendatangkan kesan dalam kehidupan kita, mesti memang sukar untuk kitalupakan

    ReplyDelete
  3. eh, saya bukan cakap tentang diri sendiri tu. hehe. yang pastinya setiap org yg pernah singgah dlm hidup kita mesti akan diingati, tak kisahlah yg baik ataupun yg buruk.

    ReplyDelete
  4. kisahnya...huss semangat.Kita ingatkan dia nak banyak kali pengalaman macam tu. Betul tu. yang tu agreed sangat-sangat sebab baik buruk sesuatu memori, ianya dah jadi sebahagian dari hidup kita...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails