JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Wednesday, September 29, 2010

KATA ORANG - MEMILIH ATAU DIPILIH

Pilih atau dipilih? Mana pilihan anda? Kalau kita pilih, sudah tentu semua ciri2 yang kita inginkan ada pada seseorang manakala kalau kita dipilih, kita pulak mempunyai ciri2 yang diingini oleh seseorang itu. Tapi dalam kedua-dua situasi ini, manakah yang mempunyai peluang cerah perhubungan itu untuk bertahan lama? Mungkin jawapan biasa yang akan kedengaran adalah semuanya bergantung kepada kejujuran dan hatibudi masing-masing. Tapi bilakah kejujuran dan hatibudi itu dapat anda ketahui setelah mengenali pasangan anda? Sebulan? 2 bulan? Setahun? 2 tahun? Emmm… you’ll never know. Macam petikan dalam cerita Forest Gump “ Life is like a box of chocolate. You’ll never what’s inside until you open it”. Sekali ombak memukul pantai, sekali itu pantai berubah. Manusia yang kita kenali dulunya pendiam, boleh berubah menjadi kasar dan panas baran. Manusia yang kita kenali dulunya seorang penyabar dan pemalu, boleh berubah menjadi tegas dan pemarah. Mungkin ada juga situasi daripada buruk menjadi baik macam dalam cerita Lagenda Budak Setan. Kadangkala, ada jugak situasi kita memilih mengikut ciri2 yang diinginkan, mengenali hati budi diorang, berhati-hati dengan setiap langkah, tapi masih terkena jugak, masih jugak menemui kekecewaan, masih jugak ditinggalkan atau kita yang terpaksa meninggalkan diorang.
Mungkin agaknya kena balik kepada tradisi orang dulu-dulu iaitu mengikut pilihan ibubapa tetapi persoalannya orang dulu sama ke dengan orang sekarang? Generasi ibubapa kita dulu2, ibubapa mengenali ibubapa pasangan terlebih dahulu, barulah mereka mengenali anak mereka. Zaman sekarang, ibubapa kita mengenali pasangan kita dulu, barulah mengenali ibubapa mereka.…arus perubahan begitu ketara. Cara hidup semakin memerlukan kekuatan rohani dan jasmani. Meskipun kita masih ada adat dan budaya tapi pernahkah kita amalkan seperti generasi ibubapa kita dulu2… Mungkin ada, tapi saya rasa boleh dikira. Apakah anda memilih atau dipilih mengikut naluri hati anda? 60% penceraian berlaku dari pasangan yang telah mengenali diri masing-masing lebih daripada 3 tahun. Mana silapnya?  


5 comments:

  1. susah juga nak cakap. zaman yg makin maju nie sebenarnya banyak cabaran. tapi kan orang cakap lebih baik kita dipilih daripada memilih. tapi saya terfikir, orang yg pilih kita tu, memilih la kan? jadi yg terpilih saja lah, ok tak?

    ReplyDelete
  2. Emm ada point disitu. Yang memilih pun tidak, yang terpilih pun tidak. Kalau terpilih memang satu bonus buat kita. Macam mana kalau tidak terpilih?

    ReplyDelete
  3. itulah, nak tunggu sampai terpilih tu yg jadi masalah. dari pengalaman saya, memang susah nak memilih nie. selalu je tak dapat. tapi bila terpilih, terlepas pula. heee~

    ReplyDelete
  4. Bila pernah terpilih tu maknanya ada peluang untuk terpilih sekali lagi pada masa akan datang, macam artis yang terpilih untuk calun festival filem, walaupun tak menang tapi terpilih sebagai calun dah cukup baik. Mana tahu akan datang boleh menang award pulak..so get ready, mana tahu akan...

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails