JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Saturday, September 4, 2010

KATA ORANG HATI MANUSIA CEPAT BERUBAH

Manusia memang cepat berubah…kata orang. Saja saya tak mention samada lelaki atau perempuan. Biar itu semua anda saja yang menilaikannya atau memberikan pendapat. Bagi saya, biar saya celoteh mengenai tajuk manusia memang cepat berubah. Kenapa ye boleh jadi macam tu? Mesti ada sebab musabab terjadinya macam tu atau manusia ni sebenarnya mempunyai hati yang tidak kuat. Mudah cair, mudah termakan dengan kata-kata, mudah percaya kepada pujuk rayuan, mudah terasa, mudah mencintai, mudah marah, mudah tergoda….pendek kata,semua mudah ajelah. Bila dah jadi macam tu, mestilah ada yang jadi mangsa. Kadangkala manusia ni tak pernah merasa puas dengan apa yang diorang miliki. Tidak kira dari apa segi, mental mahupun fizikal. Ada pepatah mengatakan hati manusia seperti sekeras kerak nasi lembut jugak akhirnya bila disiram air. Emmm…macam mana pulak kalau hati batu? Ada pepatah lain yang mengatakan hati manusia seperti pantai. Sekali ombak memukul pantai, sekali tu jugak pantai berubah. Emmm jarang pulak kita dengar pepatah mengaitkan dengan hati manusia yang teguh dan kental….semuanya asyik senang berubah aje. Kalau pepatah pun banyak mengatakan hati manusia senang berubah, macam mana tu? Takkan kita nak cakap satu dalam sejuta. Takkan nak cakap manusia yang kuat pendirian dan tak mudah berubah amat sukar dicari? Dimanakah katogeri anda? Kata orang…..

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails