JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, September 19, 2010

KATA ORANG BERKASIH BIAR SATU

Berkawan biar seribu, berkasih biar satu...kata orang. Tapi dalam situasi sekarang ni, rasanya susah untuk kita cari kawan yang boleh kita panggil kawan sedangkan mencari kekasih pulak yang rasanya senang.. Setakat putus cinta , putus kasih tu dah macam biasa berlaku dimana-mana. Bercinta masa sekolah menengah lain, bercinta masa alam IPTA lain, bercinta masa bekerja lain....Bagaimana pulak dengan kawan? Kawan yang macam mana yang kita panggil kawan? Adakah setakat kenal nama dan berbual beberapa kali sudah dipanggil kawan? Adakah rakan2 satu kuliah dipanggil kawan? rakan sepejabat dipanggil kawan? Terserah kepada anda untuk mendefinasikan makna kawan tapi bagi saya kawan adalah seseorang yang mengenali hatibudi kita dan membantu kita samada darisegi sokongan mahupun dorongan semasa kita susah mahupun senang. Tetapi adakah mudah untuk mendapat kawan sebegitu? Kadangkala manusia sentiasa memandang seseorang melalui mata kasar tanpa menilainya melalui hati menyebabkan kita sentiasa keliru untuk menganggap seseorang itu sebagai kawan atau kekasih. Sebab itulah juga jangka hayat sesuatu perhubungan yang dipanggil 'kekasih' tidak seperti yang dirancang kerana pandangan mata kasar tidak sedalam dan seikhlas mata hati.....Kata orang.  

2 comments:

  1. Itu kata orang,cuba tanya iman..hehehe
    mesti iman ckp jangan buat benda tak elok kan..right?nanti mencelakan diri sendiri..better tak bercinta sbb cinta sblum kahwin tak smestinya dpt kebahagiaan n smpai ke jinjang pelamin kan?...

    ReplyDelete
  2. pandai betul ckin kembaq bagi pandangan, nak tanya iman tu pun satu hal..takut iman kita sendiri tak kuat..lain yang ditanya, lain pulak yang dijawab. sokong 100%

    ReplyDelete

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails