JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, August 8, 2010

SAJAK KETIGA

Tiba-tiba malam ni ilham nak buat sajak saya datang pulak, so kenalah saya taip secara spontan sebab sajak saya ni tak boleh tulis-tulis...nanti tiba-tiba dia hilang idea. Kena taip terus dalam blog.
Kutunduk sugul kaku
Mataku pejam tanganku genggam
Hati bertaut tersimpul kusut
Menitik jernih tanpa kata-kata
Kulabuhkan arlogi, kutebarkan intuisi
Bersama wadah-wadah lapuk
Yang tersemat kehujung perjalanan
Masih aku mampu tersenyum
Menanti sesiapa yang sudi
Tatkala dunia mula berpusing
Tatkala darah mula mengalir
Tatkala deruman mula berhenti
Tatkala suara mula menghilang.
Aku masih disitu.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails