Custom Search

JomSantaiSekejap Followers

TRANSLATE OF OTHER COUNTRIES

 

Thursday, August 12, 2010

RESEPI TALAM PANDAN ALA SANTAI

Resepi hari ni tuan-tuan dan puan-puan adalah cara membuat kuih Talam Pandan. Bukan kg pandan, tapi pandan ye. Kuih ni cara buat dia cukup mudah ye tuan-tuan dan puan-puan, tak sampai 1 jam dah boleh siap asalkan bahan-bahannya ada. Kalau tak mungkin berjam-jam sebab nak beli barang kat kedai. Bahan-bahan untuk membuat kuih talam pandan adalah:

Bahan Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan cair
1 cawan jus pandan

Cara membuat lapisan bawah adalah:
1. Gaul semua bahan, masukkan dalam periuk dan kacau sebentar saja atas api.
2. Masukkan dalam loyang 8 x 8 inci yg telah lapikkan pelastik atau yang tuan-tuan puan-puan rasa sesuai.
3. Kukus sehingga masak dalam masa 20 ke 30 minit.

Lepas tu, kalau ada bawah kena ada atas ye tuan-tuan dan puan-puan, bagi lapisan atas, bahan-bahannya adalah:
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1. Gaul semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan sikit atas api. Kacau rata-rata, ikut kesuaian.
3. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu.
4. Tuangkan perlahan2 keatas lapisan bawah.
5. Kukus sehingga masak dalam 20 - 30 minit jugak.
6. Biarkan sejuk, barulah boleh potong dan makan.

0 comments:

Post a Comment

Terimakasih di atas komen-komen anda.
Semuga ceria dan salam santai.....

Related Posts with Thumbnails