JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Tuesday, August 3, 2010

RESEPI ROTI JOHN

Are you sleeping..are you sleeping brother John..brother John...Famous jugak orang nama John ni, ada lagu, roti pun ada nama John. So hari ini kita akan buat resepi Roti John. Bila bulan puasa nanti kalau beratur panjang sangat kat gerai roti John, apa kata buat sendiri....gerenti sedap. So, let's start.

Bahan-bahan asasnya adalah ( Untuk 4-6 orang )
250gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu serbuk daun pasley 
3 sudu makan minyak untuk menumis
sedikit garam dan serbuk secukup rasa
3 biji telor
sedikit mentega 
6 keping roti hot dog 
sos dan mayonis (jika suka)

Cara-cara membuatnya:
Blend bawang dan bawang putih. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang dan letakkan garam dan serbuk secukup rasa secukupnya hingga masak. Belah dua roti jangan sampai putus dan masukkan telor dalam daging cincang. Pukul sebentar telor+daging sambil panaskan mentega dlm kuali. Sapukan adunan daging dan telor tadi atas roti. Terlangkupkan atas kuali. Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar.Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing dan hiaskan dengan sos dan mayonis jika suka. Walaaaaa...Roti John ala Santai. 

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails