JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Sunday, August 1, 2010

RESEPI MURTABAK

Hari ni, resepi kita adalah bagaimana untuk membuat murtabak campur ala santai. Kalau kita pergi kat bazaar Ramadhan, bila pergi kat tempat orang jual murtabak, mesti beratur panjang. Jadi, apa kata, kita cuba buat sendiri....kalau sedap, bukak satu gerai kat bazaar....boleh buat duit raya. Cara membuat murtabak campur ala santai adalah:

Bahan-bahan ( Untuk membuat 6 keping murtabak )
80 g daging cincang
20 g  ayam kisar/cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
daun sup
minyak
1 sudu kecil garam dan secubit
serbuk secukup rasa
kulit popia
2 biji telur

Cara-cara membuat:
Mula2 buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging dan ayam cincang
apabila daging/ayam masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan serbuk secukup rasa. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat. cara bungkus murtabak sama seperti bungkus popia.
goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails