JOMSANTAISEKEJAP FOLLOWERS

Thursday, August 5, 2010

RESEPI LEPAT PISANG

Asyik resepi lauk pauk je, apa kata kali ni kita buat lepat pisang pulak. Saya pasti ramai yang suka lepat pisang sebab rasanya sedap dan mudah pula untuk membuatnya. Jadi kalau anda ada masa, senang-senangkan diri untuk membuat lepat pisang ni....boleh juga buat untuk juadah berbuka puasa nanti.

Bahan-Bahan utama adalah: 
4 biji pisang emas yang besar atau 3 biji pisang raja yang sudah masak
45 gm gula pasir
30 gm tepung gandum (ayak)
3 sudu besar kelapa parut (dibuang kulit arinya) & sedikit garam 8 keping daun pisang anggaran
1 helai daun pandan (dipotong)
8 keping tiap-tiap satu 5 cm panjang) jika suka

Cara-cara untuk membuatnya adalah:
Sediakan pengukus: Jerang dalam sejari air . Sediakan daun pisang: Basuh & celurkan daun pisang dalam air yang panas atau layur di atas api. Keringkan atau lap daun yang lembut itu. Sediakan buahnya: Kupas pisang & lecek dalam mangkuk adunan. Campurkan gula,kelapa parut & tepung.Kacau rata-rata. Letakan sepotong daun pandan di atas sehelai daun pisang & bubuh 1 sudu daripada adunan itu memanjang & ratakan. Balut adunan itu dengan daun pisang & lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan berukuran mengikut kesesuaian. Letakkan dalam dulang pengukus & kukuskan selama 15-20 minit. Keluarkannya dari dulang pengukus & hidangkan dalam pinggan. Boleh di makan samada panas atau sejuk.

No comments:

Post a Comment

TerimàkàŚih di àtàŚ komen-komen àndà.
Śemugà ŚentiàŚà cerià dàn Śàlàm Śàntài

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails